Teringat kawan aku berkata tentang memberi hadiah kepada isterinya. Ia banyak kali berlaku dan berulang2 dan seronok diceritakan. Perempuan kalau menerima hadiah, ia akan tunggu waktu berseorangan untuk buka dan menikmati hadiah seadanya. Tetapi berlainan dengan lelaki, kalau memberi hadiah dia mahu hadiah itu dibuka pada masa itu juga dan menikmati bersama2. Aku belikan isteri aku sebotol minyak wangi berjenama "Nina Ricci" dan diletakkan di almari solek di dalam bilik. Sudah banyak kali aku bertanya "Dah, buka ke belum" Isteri aku tersenyum2 dan menjawab - nanti. Aku dengan ego lelaki yang biasanya berbangga kalau isteri terus membuka hadiah itu. Tetapi isteri aku masih menyimpan hadiah didalam laci tanpa dibuka. Esok aku bertanya lagi "Wangi tak?" Isteri aku masih menjawab - nanti. Esok aku mengambil keputusan memberitahu "Kalau awak tak buka hadiah tu, saya tak bagi hadiah lagi". Dan aku terasa lebih seronok kerana isteri aku dengan kelam kabut mengoyak hadiah dan mengeluarkan minyak wangi dan tersenyum. "Terima kasih" dan aku masih terbau wangi isteri aku bukan datang dari minyak wangi itu.
No comments:
Post a Comment