Yang selalu jengok

Friday, April 15, 2011

PENYAKIT Tua


Semalam berjumpa dengan CEO, Agro Bank di pejabat beliau bercerita tentang bank2 sekarang. Seorang yang agak segak, berjambang putih dan masih kuat. Berbagai cerita dibualkan sehingga sejarah bank diluahkan dan ke arah mana bank2 Malaysia akan pergi. Terselit cerita yang amat menarik diceritakan beliau tentang penyakit tua kepada lelaki. Tahap awal dikategorikan tua apabila kita ingat rupa orang tetapi lupa nama. Aku mengangguk macam biasa kena sahaja. Banyak orang aku jumpa dan kenal tetapi aku lupa nama mereka dan selalunya aku akan berbual seseolah kenal sehingga nama dia dipanggil orang untuk aku ingat semula. Tahap kedua apabila ingat nama tetapi lupa pada rupa. Ini belum sampai kat aku. Tahap ketiga selepas ke tandas kita lupa menzipkan seluar. Rasa2 ini bukan berlaku pada yang tua sahaja tetapi yang muda pun kena. Tahap terakhir adalah tiba2 basah di seluar kerana dah tak sempat ke tandas. Rasa2 masalah bank dan ke arah bank mana pergi selesai petang itu juga kerana kami berdua belum masuk tahap Kedua.

2 comments:

  1. Apa aku nak tulis tadi ek... Lupa lak... Eheks...!

    ReplyDelete
  2. Ini tahap orang2 berfikir banyak. Celaru mana satu yang keluarkan dulu

    ReplyDelete