Yang selalu jengok

Tuesday, April 19, 2011

Kejora Search di ATDI


Tiba2 pagi ini aku teringat pada Asrama aku sekitar tahun 1985. Ketika itu malam Frieshie untuk pelajar2 baru. Asrama Yayasan Selangor ini menyediakan satu set kugiran untuk pelajar2 yang boleh bermain musik. Pada malam itu tiba2 lampu ditutup dan sebuah kugiran dari luar (diberitahu budak2 ini dari Cheras) naik ke atas pentas dan mengalunkan sebuah lagu baru Search. Pada ketika itu, sesiapa yang ada tape Search "Cinta Buatan Malaysia" nampak terlalu gempak, rancak, 'cool' dan boleh bermegah kesana sini. Lagu yang dimainkan adalah Kejora. Sepanjang lagu lampu ditutup dan kami pelajar2 yang baru hendak naik ini seronok semacam walaupun Pengetua, Warden dan tetamu jemputan yang ketika itu bagi kami orang2 tua yang tidak menghargai seni tidak tahu melayan lagu yang sesedap itu. Bait2 lagu dinyanyikan oleh penyanyi walaupun lebih dari separuh lagu penyanyi itu membelakangi penonton. Banyak kawan2 aku pasti teringat kisah lagu ini - dan kami seronok bercerita ini kerana lagu yang baru keluar sudah ada orang boleh mainkan di pentas dekat di hati kami. Bait2 akhir lagu Kejora "Bila kau berada di samping diriku, Semuanya menjadi keindahan hidupku". Dengan petikan gitas bass melampaui gitar rancak, lagu Kejora ini dinyanyi beramai2 dalam gelap gelita pentas.

2 comments: