Seronok habis belajar seronok lagi kalau dapat kerja |
Dalam kolum surat/email dari pembaca di The Star hari ini bercerita tentang RM2,500 tidak cukup untuk graduan menghadapi alam pekerjaan. Dia minta sangat kerajaan tengok2kan dan sekarang gaji minimum sedang diperdebatkan. Pada graduan yang bertanya - UMS Frieshie dia melihat hutang PTPTN yang kena bayar, kereta perlu diisi minyak, makan, minum, sewa rumah dan hutang kereta sudah cukup melangsaikan RM2,500 Aku sebenarnya berpeluang menemuduga beberapa graduan untuk bekerja di tempat aku. Kerja yang diminta hanya penyambut tetamu/telefon dan gaji yang ditawarkan hanya RM1,000. Pelik mereka yang datang ini tidak menunjukkan satu keadaan yang terlalu terdesak seperti budak UMS itu. Perlu diingat ini juga adalah graduan yang pasti menanggung hutang PTPTN. Sesak berat menghadapi hari2 mendatang dengan RM1,000 pasti dapat dikurangkan jika berbelanja mengikut kemampuan dan duduk dengan ibubapa sebagai permulaan. Tetapi sebagai opportunis bukan kartunis, aku rasa gaji memang perlu dinaikkan pada tahap RM1,500 kerana kuasa membeli yang kurang dengan ringgit menghimpit.
No comments:
Post a Comment