Perempuan paling tertekan dalam dunia adalah di India diikuti dengan Mexico dan Rusia. Malaysia berada di tangga ke 16. India dalam kategori memang tertekan apabila kahwin pun maskawin mesti disediakan untuk pengantin lelaki. Walaupun India adalah negara paling maju dalam ICT tetapi jalur tradisional yang ketat dipatuhi seerat boleh. Di pendalaman jika suami mati, isteri mereka juga turut kena mati bersama. Tetapi yang peliknya Malaysia juga boleh dikategorikan antara tertekan walaupun berada dalam kedudukan ke 16. Apabila diselidik perempuan di Malaysia mempunyai segala yang ada untuk tidak perlu tertekan. Ke stadium, disko, pub, pasaraya, memandu, tandas sendiri, tak mahu kawin, tidak dipaksa, jadi peguam, keluar demonstrasi, ahli parlimen, doktor, jadi boss, boleh hon orang dan macam2 lagi. Mengikut kajian oleh Neilson Study di New York tekanan kebanyakan terjadi adalah kerana MASA. Masa jaga anak sudah mengambil masa membeli belah. Masa gunting rambut 2 jam suami tak bagi. Membeli belah 6 jam suami tak nak ikut. 'Window shopping' suami tak layan. Make up 35 minit suami dah panggil. Mandi 46 minit dah ada yang ketuk pintu bilik air. Sembang lama sikit boss sudah menjeling. Pening memikir warna tudung sudah tertekan. Warna gincu tak sama dengan selendang boleh tertekan. Keronsang tak bersinar boleh melenting. Baju sudah banyak dalam almari rasa macam dah kurang saja pun boleh tertekan. Memang patut perempuan tertekan. Tarik nafas dan jengok suami tengah tidur, berdengkor atau tidak pun boleh tertekan.
No comments:
Post a Comment