Mereka sudah tukar lampin yang baru. Thailand sudah membuat pilihanraya yang ke 26 dan keputusan berpihak kepada parti Puea Thai, parti baru pimpinan Yingluck Shinawarta (adik kepada Thaksin). Yingluck adalah seorang peniaga dan mengetuai Syarikat telekomunikasi terbesar di Thailand. Parti beliau telah memenangi sebanyak 313 kerusi dari 465 kerusi dipertandingkan. Demokrat pimpinan Abhisit hanya memperolehi 152 kerusi sahaja. Semenjak 2006 sebenarnya Thailand telah mengharamkan 6 parti untuk bertanding, memenjarakan 5 orang pengerusi pilihanraya, tidak membenarkan 250 ahli politik berpolitik dan memecat 2 orang Perdana Menteri. Slogan yang dimainkan oleh Yingluck adalah menyiasat tentang keganasan pihak tentera semasa demontrasi antara April hingga Mei 2010. Aku berada di sana pada awal April dan menyaksikan keghairahan berdemo di jalan2 raya di Bangkok. Sekitar fakta berdemo 80 orang awam dan 6 orang tentera telah tewas dan lebih 2,000 orang cedera. Kemenangan Yingluck adalah kemenangan kepada pasukan T Shirt merah yang nampak condong kepada Thaksin. Ketika 2010, keghairahan berdemo itu tidak nampak menakutkan dan seperti pesta. Sehinggakan kawan aku Zulkarnian Zainal Abidin diberi TShirt Merah kerana nampak seperti menyokong mereka. Setiap lorong utama dipenuhi dengan orang dan berpesta dengan konsert2 ringan tepi jalan tanpa berlaku apa2. Keganasan berlaku apabila pihak tentera bertindak menyuraikan perhimpunan secara kasar dan diberitahu penembak2 curi berada di bangunan2 tinggi menembak secara curi.
No comments:
Post a Comment