Yang selalu jengok

Saturday, July 16, 2011

Nak Cuti Sangat !!!


Cuti berehat yang macamana kita perlukan?  Ada orang bercuti sambil membeli belah.  Ada yang bercuti seolah2 mahu mati seperti tidak mahu ditelefon, diganggu hatta yang paling terpencil akan dicari.  Ada yang mahu sekadar berjalan bersiar.  Ada yang mahu tidur sepanjang masa.  Ada yang cuti untuk lari dari masalah dan ada yang cuti mencari masalah - tidak diberi cuti tapi mahu.  Sebenarnya cuti hanya akan menjadi ingatan jika kita merancang dengan baik, masa dan duit.  Seperti bermain kutu (simpanan paksa berkumpulan), duit yang disimpan boleh digunakan untuk bercuti tanpa gangguan duit yang masuk ke dompet kita setiap bulan sebagai gaji.  Duit memainkan peranan utama dalam bercuti walaupun ada yang mempertikaikan kegunaannya kerana bercuti yang berbagai jenis itu.  Duit banyak maka jauhlah perjalanannya dan sebaliknya.  Ada yang memasang angan2 mahu pergi ke luar negara tetapi plan yang dibuat tidak cukup untuk ke sana.  Contoh untuk ke Beijing China - bercuti dengan Muslim package selama 5 hari 4 malam berharga RM1,900 - RM2,500 ini bermaksud kita perlu menyimpan sebanyak RM210 setiap bulan jika mahu dalam masa 12 bulan sebelum ke sana.  Apa yang perlu kita ada adalah passport yang berharga RM300 perlu dibuat dan visa yang tidak lebih dari RM50.  Package ini telah cukup tetapi tidak termasuk untuk membeli belah.  Cuba tengok dalam carian google bagaimana hendak ke Beijing China.  Jarak antara Beijing China dengan Malaysia lebih kurang 5,000 KM. Bagaimana package itu dipenuhkan.  Perjalanan hendaklah dipenuhi dengan lawatan2 ke tempat2 yang tidak pernah kita pergi - Great Wall, Istana Larangan, Masjid2, Stadium dan lain2.  Kos ini adalah untuk seorang dan bagaimana kalau satu keluarga untuk bercuti.  Ke China pasti kos yang terlibat berkali ganda tingginya.  Masa untuk berkumpul selalunya hanya cuti dan pada masa cuti lah kos2 bercuti lebih tinggi.  Lalu masa memainkan peranan dalam bercuti kerana hubungan dengan duit.  Pada aku bercuti perlu untuk merehatkan dan terapi pada isteri untuk membeli belah walaupun sekadar melihat tanpa membeli.

No comments:

Post a Comment