5 orang lelaki telah dibuang kerja dan mereka telah berjanji tidak akan membayar apa2 untuk hidup. Mereka mengambil tanpa bayar dan pasukan polis tempatan tidak dapat menahan perangai pelik mereka ini. Cerita ini adalah cerita kelakar dari Netherland. Tiada sepatah ayat pun yang aku faham tetapi sarikata Inggeris banyak membantu walaupun aku tahu mungkin beberapa ayat yang kelakar ditinggalkan kerana kefahaman berbeza. Keadaan ekonomi meleset menyebabkan perangai 5 lelaki itu berubah. Sehingga Menteri Dalam Negeri Nertherland terpaksa menghantar troop untuk menghapuskan 5 lelaki tersebut. Semua peristiwa ini dirakam secara eksklusif oleh seorang wartawan dan disiarkan di dalam TV tempatan Masskatjie (nama tempat yang diserang oleh Polis Khas). Cerita yang lucu melampau dimana tertembak perut dan bocor, pelanggaran satu keluarga oleh ambulan dan pelanggaran lori sampah. Cerita yang kadang2 mual dan kadang2 lucu. Mungkin tidak sesuai untuk kanak2 dan orang2 yang selalu menonton cerekarama TV3.
No comments:
Post a Comment