Yang selalu jengok

Saturday, July 9, 2011

JEM : sedap?

Sudah 3 hari PDRM buat sekatan jalan menuju ke Kuala Lumpur.  Dalam takrif ekonomi, kebocoran yang tidak dapat dikira dengan tepat memang merugikan.  Beberapa jalan seperti beku tidak bergerak.  Aku merasa terlibat dalam proses kebocoran ekonomi disebabkan sekatan yang tidak terfikir oleh PDRM.  Aku terkena bias sekatan apabila pergi ke Perak semalam kerana nenek saudara aku meninggal di Batu 8, Batu Gajah, Perak.  Di laluan keluar dari bandar2 utama Perak ada saja sekatan jalan dibuat.  Dan menurut laporan PDRM semua jalan ke KL akan di tutup.  Radio2 sudah war2kan pad semua supaya duduk rumah, gotong royong dan buat aktiviti di rumah sahaja.  Tetapi 3 hari sekatan jalan di buat semenjak hari Rabu dahulu memang sah kebocoran ekonomi diraikan tanpa ketahuan oleh pihak PDRM. Bagaimana kebocoran ini berlaku adalah minyak yang digunakan didalam sekatan jalanraya itu.  Tadi dalam twitter aku dalam TraffikL diberitahu bahawa pemandu mengambil masa lebih 3 jam dari KL ke Shah Alam.  Berapa minyak yang digunakan untuk perjalanan biasa dan perjalanan dalam sekatan jalanraya.  Kebiasaan aku dari pejabat sekitar 20 minit tetapi dari Shah Alam ke Taman Bukit Subang mengambil masa 45 minit -  2 kali ganda dari biasa. Dalam banyak2 posting aku, aku bercerita tentang masalah kesesakan adalah masalah ekonomi. Kerajaan menasihatkan orang ramai supaya kurangkan guna elektrik kerana dapat membantu mengurangkan penggunaan eletrik secara keseluruh tetapi bila sampai bab kesesakan kenapa tidak dipandang serius.  Gunatenaga petrol digunakan dimana sepatutnya boleh dikurangkan dan subsidi dinaikkan.  Dan perhimpunan Bersih 2.0 ini pula melibatkan ramai orang yang teringin berkumpul dari NGOnya, Perkasa, Patriot, PAS, Keadilan, DAP dan akhir sekali para pesilat.  Ini sebenarnya limpahan ekonomi kepada KL yang sepatutnya dijadikan peluang perniagaan yang menguntungkan kepada peniaga2.  Berapa lama sangat perhimpunan itu dibuat.  Dan kedatangan ribuan orang di KL boleh menyemarakkan suasana ekonomi 10 kali ganda hebatnya. Perhimpunan Bersih 2.0 hanya 2 jam dari 2.00 pm ke 4 pm, masa lain digunakan untuk membeli belah hatta mungkin menyewa hotel untuk tidur.  Diberitakan bahawa hotel2 di KL sekarang penuh dengan manusia.  Tolonglah PDRM faham tentang ekonomi dan kebocoran dan lagi satu akhirnya, duit kerja lebih PDRM mungkin tertambah disebabkan sekatan ini. 

3 comments:

  1. saya setuju !!!!
    3 lane jalan ditutup kepada satu lane saja tetapi, polis2nya hanya duduk berlindung di bawah khemah dan kereta-kereta yang berebut-rebut lalu menggunakan satu lane tu pun tak ada siapa yang periksa. Kadar kemalangan pun meningkat sebab ramai orang tak dapat nak kawal emosi sekali gus menyebabkan lebih ramai cuai ketika memandu.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya ramai yg salahkan polis... tapi biasa, bila kita jadi pegawai - kita tak dengar dah pandangan orang lain... lagi besar pangkat, lagi tuli telinganya...

    ReplyDelete
  3. pihak polis hanya menjalankan perintah yang diarahkan. ekonomi diuruskan oleh orang lain. di negara2 maju, kenderaan awam dan mengelakkan jem adalah salah satu benda utama dalam ekonomi. kita kena belajar bab ni la.

    ReplyDelete