Saya ada rancangan nak membuat 1sumpah. Surat sudah dibuat dituju khas kepada Rahim Thamby Chik. Ini adalah hak peribadi saya. Saya telah memilih satu masjid selepas solat Jumaat. Sempena sumpah ini saya memerlukan baju kalis peluru, angkatan beruniform PDRM untuk mengiringi dan wartawan2 dan 1united blogger untuk memasukkan cerita sumpah saya. Surat sokongan sudah diberi kepada yang berkhidmat dan nampak mendapat grant atau peluang percuma keluar dalam TV.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Saturday, April 30, 2011
Sumpah sempena 1 Bumi
Projek baru 1sumpah telah termaklum semalam untuk diselaraskan dengan 1 email, 1bumi dan 1 melayu. Pengasas 1sumpah, Rahim Thamby dibuat dengan kalaborasi dengan unit 1blogger dan pihak berkuasa dengan diiringi oleh baju kalis peluru. 1sumpah ini adalah satu produk baru yang bakal dinikmati oleh semua rakyat tanpa perlu mengeluarkan lesen atau bayaran bulanan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan 1sumpah ini pasti akan teruja kerana package yang diberikan agak menarik. Pemilihan percuma masjid2 di sekitar Kuala Lumpur, siaran TV tertunda akan diberikan tanpa melalui Lembaga Penapisan Filem dan sebuah Al-Quran. Konsep realiti ini boleh menambahnilai siaran TV dengan sokongan talian SMS dari peminat 1sumpah. Hadiah2 yang tidak diberitahu memang memberikan perasaan nikmat tidak terhingga. Mudir2 yang terpilih adalah dari mereka2 yang mahir dengan produk baru ini dan kebanyakan mereka terlatih dengan sistem 1melayu. Peserta pertama semalam telah diberikan sambutan istimewa dan project 1 sumpah ini akan diteruskan ke minggu seterusnya. Jika SMS yang diterima tidak mencapai matlamat yang dikehendaki, 1sumpah akan mencari lagi sesiapa yang berminat. Tahun 2011 ini adalah pelancaran yang pertama dengan Pengetua yang terpilih menjadi kekecohan dunia maya. Beberapa nama telah timbul seperti Dr M, Rahim Thamby Chik sendiri dan beberapa pengarah filem seperti Mamat Khalid dan Yusri. Rahsia perlantikan Pengetua ini memang menjadi strategi baru 1sumpah untuk dilancarkan. Projek ini pasti dinikmati sekelian rakyat yang mahukan ketenangan dan kenikmatan tanpa perlu mengeluarkan duit. SMS yang dihantar boleh diminta pulangkan duitnya dengan menghantar dan menbuat cogan kata untuk 1sumpah. Visi yang terang pasti membolehkan 1sumpah berjaya dikategorikan sebagai projek alaf hadapan.
Friday, April 29, 2011
Eskay nak Pahala Lebih
Eskay akan bersumpah laknat hari ini dan kemungkinan selepas solat Jumaat di Masjid Sentul (rasa2 macam surau je). Semalam Trio membuat hebahan bahawa jika perlu mereka akan membuat sumpah muhabalah di Masjid Wilayah tetapi telah ditukar tempat ke Masjid Sentul. Rahim Thamby Chik juga mengatakan bahawa kalau perlu bertiga2 bersumpah dan dengan sedikit ayat dari beliau " Kami wakilkan pada Eskay untuk bersumpah". Eskay pasti mendapat lebih banyak pahala kerana dia seorang yang akan bersumpah laknat hari ini. Eskay memberitahu dia berada di dalam bilik itu dan kelibat beliau boleh kelihatan di dalam video tersebut. Eskay memang seorang yang cekal, kuat hati, mahu menunjukkan betapa beliau yakin bahawa sumpah laknat ini akan digunapakai untuk umum. Eskay akan bersumpah dan cuba kita berfikir apa sumpah yang paling menyentuh jiwa kepada rakyat Malaysia:-
1. Saya berada di dalam bilik itu sepanjang persetubuhan
2. Saya selalu bawa DS Anwar ke Thailand mencari perempuan
3. Saya selalu belanja perempuan kepada DS Anwar
4. Saya selalu dapatkan China Doll untuk DS Anwar
5. Saya yakin DS Anwar memakai jam Omega
6. Saya tunggu di lobi hotel menunggu DS Anwar melempiasi hajatnya
7. Saya adalah pengedar video yang sah
Eskay akan bersumpah dan pasti malam ini kita boleh tonton sumpah laknat beliau di siaran TV utama.
DNA Eskay
Dia sudah memberikan DNA kepada PDRM. Salah seorang dari kumpulan Trio yang terkemuka sekarang di Malaysia. Ketika mula cerita tentang video ini keluar, segala cerita adalah berdasarkan cerita dari mulut Eskay. Menjadi persoalan kenapa DNA dia diperlukan untuk kes video ini. Pada satu ketika dulu dia memberitahu bahawa dia datang ke bilik tempat berlakunya persetubuhan itu untuk mencari jam yang tertinggal. Sekarang dia mengaku berada di dalam bilik itu sebelum dan sesudah selesai jimak berlaku. Kekeliruan memberi DNA memang menimbulkan persoalan. Adakah berlaku persetubuhan secara bertiga2 atau DNA itu akan membuktikan dia berada di dalam bilik, di atas katil atau di sofa. Tidak nampak hubungan antara video dengan DNA kecuali dia menjilat video atau memegang video itu untuk memastikan peluh berada di atas rakaman itu. DNA Eskay ini nampak penting kerana banyak andaian yang pelik2 akan difikirkan oleh orang ramai.
Thursday, April 28, 2011
Temuduga orang Bandung
Baru lepas bercakap dengan seorang orang Indonesia melalui talian talifon. Dia telah menghantar biodata diri untuk bekerja di tempat aku. Latar belakang sangat mengkagumkan. Pernah bekerja dengan Syarikat Antarabangsa selama 1 1/2 tahun dan lebih dari 10 tahun bekerja sebagai pengurus Kewangan, mempunyai latar belakang pendidikan sehingga Master (MBA) dari UIA, dan berumur 35 tahun. Bila di tanya tentang gaji, agak malu2 dan mengatakan berapa sahaja yang diberikan sangat bersyukur. Yang paling penting bagi dia adalah keluar dari Indonesia dan mendapat pengalaman. Kelemahan orang yang meminta kerja adalah ketidak fahaman tentang bagaimana skim gaji yang mereka mahu minta. Kalau diberi rendah mungkin tak diterima seperti asal tadi yang mengatakan tak kisah. Apa yang penemuduga nampak adalah bagaimana skil meminta gaji itu dan berdasarkan kelebihan bagaimana hendak menaikkan aras harga diri. Kena yakin bahawa harga yang diletak itu berdasarkan kebolehan jika tidak kemungkin hayat bekerja di sesuatu syarikat tidak lama.
Wednesday, April 27, 2011
RM112 sahaja
Sudah dua kali diingkues /dibungkar / dibungkis / dimesyuaratkan kerana ketidak setujuan cara kematian Teoh Beng Hock. Dalam surat khabar The Star hari ini, diberitahu tentang Ean Yong, majikan kepada Teoh Beng Hock telah didapati tidak bersalah dalam kes rasuah yang dicaj ke atas beliau. Mengikut lapuran juga, duit yang diminta bayar kepada Ean Yong adalah dari duit yang dikeluarkan dahulu oleh Ean Yong untuk membeli 'banner'. Pembantu Khas Ean Yong, En Teoh Beng Hock yang didapati mati terkejut bukan disebabkan jatuh atau dipukul telah diminta menjawab soalan2 MACC (Malaysian Anti Corruption) tentang duit yang dikeluarkan kepada Ean Yong. Pasti pada mula2 kita akan rasa mungkin ia melibatkan banyak RM didalam kes ini. Kita jangan toleransi dengan amaun yang sedikit atau banyak. Keadilan mesti ditegakkan. Rasuah adalah rasuah dan mesti dihancurkan. Sekarang Ean Yong telah disaksikan oleh pegawai penyiasat tidak bersalah maka kita telah diberitahu bahawa duit yang diminta pulang kepada Ean Yong sebanyak RM112 atau Seratus Dua Belas ringgit sahaja. Tahniah MACC dengan perihatin begini dalam menyelesaikan masalah rasuah di Malaysia.
PENIPU
Mengikut rekod dan lapuran kajian penipuan di Malaysia, 87% penipuan dibuat oleh lelaki. Kebanyakan lelaki ini berumur diantara 31 - 45 tahun. Mereka selalu hidup dengan kemewahan dan mempunyai isteri yang cantik. Kebanyakan kes penipuan berlaku apabila kuasa diberikan terlalu banyak kepada penipu dalam pekerjaan. Selama aku bekerja di Bank dulu, kes2 melibatkan penipuan dalam pekerjaan dan melibatkan duit hilang berlaku kepada kedua2 jenis orang - lelaki dan perempuan. Mereka kebanyakannya tidak mahu dinaikkan pangkat, tidak mahu ditukar tempat kemana2 dan tidak mengambil cuti yang panjang. Semua ini dilakukan kerana takut tembelang mereka akan terbongkar. Mereka menipu kerana berbagai sebab. Ada yang mahu menyara keluarga kerana suami hilang pekerjaan tetapi perkara menipu ini berlansung lebih 5 tahun. Ada yang menipu untuk menampung kehidupan mewah kerana ada banyak kawan perempuan dan ada yang menipu untuk berkahwin. Kebanyakan mereka adalah pandai, ego dan bercakap besar. Paling mudah untuk memantau penipuan adalah 3 cara tadi. Suruh cuti panjang, setahun sekali tukar tempat di pejabat dan selalu berbincang untuk kenaikan pangkat.
Tuesday, April 26, 2011
Tricubes VS Pos Malaysia
Tricubes mendapat projek terus dari ETP walaupun kecoh tentang keadaan kewangannya. Saham Tricubes yang disenaraikan dalam GN3 Bursa saham untuk dinyahsenarai seperti mendapat kuasa baru untuk hidup. Projek yang mereka dapat ini katanya untuk mengurangkan kos kerajaan menghantar surat2 kerajaan, resit dan apa2 dari kerajaan kepada rakyat Malaysia. Pos Malaysia yang mengenakan kos RM0.50 untuk setiap surat kena berfikir panjang tentang peluang perniagaan yang akan diambil oleh syarikat ini. Peluang kepada Tricubes untuk hidup nampak ada tetapi perniagaan stem untuk Pos Malaysia pasti terganggu. Selama ini kita mendapat surat2 dari kerajaan telah bersetem "Bayaran Pos Jelas " dan untuk masa membuat deklarasi pendapatan juga distamp dengan benda yang sama. Dunia tanpa kertas memang akan menguasai kita dan Tricubes ini mendapat peluang yang tidak dapat pada orang lain. Mereka berjanji bahawa setiap transaksi akan berada dibawah RM0.50. Tetapi dengan kecanggihan sekarang dimana email percuma yang banyak di pasaran internet seperti yahoo, gmail, hotmail, skype dan lain2, peluang berniaga senang begini seperti hendak bagi duit tapi bagi orang tak perasan amat tidak patut.
Semangat Kursus - I Love U
Jika mendatangi satu kursus yang bagus, amat pasti apa yang dibelajar itu akan dibawa balik dan diamalkan. Kadang2 yang melucukan laungan2 masa kursus dibawa2 menghadapi dunia luar. Ada yang melaung "boleh", "hebat", "aku berjaya", "transformasi" dan lain2. Dan yang terbaru aku dengar "I Love U". Tertanya2 pada diri, kenapa laungan ini lekat diingatan tetapi tak tentu akan diamalkan. Beberapa tinjauan kursus yang aku pernah pergi memang memberikan impak yang kuat di dalam hidup. Ada kursus yang pasti mengundang airmata yang setiap sejam mengalir. Ada yang melaungkan sesuatu apabila berhadapan sesuatu. Sepatutnya ia hanya berguna untuk orang yang pergi ke kursus yang sama. Dan jika kita tidak pergi ke kursus dan mendengar laungan itu kadang2 mengjengkilkan dan meloyakan tekak. Setiap yang pergi kursus kena beringat bahawa jika dapat menceritakan benda yang sama kepada orang lain dalam bentuk yang lebih senang dan ringkas pasti mengundang kefahaman. Dan sebaliknya jika cuma laungan itu yang diingati tetapi tidak dapat menyampaikan sesuatu kepada orang kebanyakan maka boleh diputuskan - Jangan memper'AM'kan laungan itu untuk semua. "I Love You - bagaimana jualan kita hari ini"
Labels:
life
Berniaga dalam Kumpulan
Cara berniagaan sudah berbeza sekarang. Banyak syarikat apabila merancang untuk menjual barang kepada sebuah syarikat lain dengan cara membeli saham di dalam syarikat tersebut untuk memastikan jualan tetap berlaku. Pembelian syarikat dibuat sehingga menyebabkan syarikat adalah dibawah kawalan selia mereka. Satu masa dulu, Kumpulan Maybank terdiri daripada Insurance, Finance, Aseambankers, dan lain lain bergabung untuk memastikan setiap syarikat menolong sesama sendiri. Satu konglomerat yang mempunyai pekerja yang ramai boleh memastikan sesebuah syarikat berdaya saing sentiasa. Masalah yang akan timbul cuma jika hanya satu yang mencari peluang berniaga dan yang lain hanya menunggu membuat kerja. Contoh terbaik dahulu ketika MAS gagal sehingga merekodkan kerugian lebih dari RM700 juta. MAS yang dipecahkan menjadi beberapa syarikat seperti Catering, Ticketing, Cleaning, Airport operator dan lain2. Yang mencari pelanggan pada masa itu hanya Ticketing dan jika jualan tiket tidak mencapai sasaran, syarikat yang lain juga menghadapi masalah. Semalam diberitahu bahawa DRB Hicom memenangi bidaan untuk menguasai 32.3% saham didalam Pos Malaysia. Bila digabungkan maka syarikat kewangan didalam DRB Hicom, Bank Muamalat mendapat satu peluang perniagaan yang agak luas walaupun sebelum ini hanya Maybank dan RHB berada di dalam pejabat Pos. Peluang ini mestilah digunakan sebaiknya kerana penambahan cawangan yang agak tinggi boleh ditutup kosnya dengan memastikan pejabat Pos menjadi satu saluran bank kepada DRB Hicom.
Monday, April 25, 2011
Bila Isteri Buka Hadiah
Teringat kawan aku berkata tentang memberi hadiah kepada isterinya. Ia banyak kali berlaku dan berulang2 dan seronok diceritakan. Perempuan kalau menerima hadiah, ia akan tunggu waktu berseorangan untuk buka dan menikmati hadiah seadanya. Tetapi berlainan dengan lelaki, kalau memberi hadiah dia mahu hadiah itu dibuka pada masa itu juga dan menikmati bersama2. Aku belikan isteri aku sebotol minyak wangi berjenama "Nina Ricci" dan diletakkan di almari solek di dalam bilik. Sudah banyak kali aku bertanya "Dah, buka ke belum" Isteri aku tersenyum2 dan menjawab - nanti. Aku dengan ego lelaki yang biasanya berbangga kalau isteri terus membuka hadiah itu. Tetapi isteri aku masih menyimpan hadiah didalam laci tanpa dibuka. Esok aku bertanya lagi "Wangi tak?" Isteri aku masih menjawab - nanti. Esok aku mengambil keputusan memberitahu "Kalau awak tak buka hadiah tu, saya tak bagi hadiah lagi". Dan aku terasa lebih seronok kerana isteri aku dengan kelam kabut mengoyak hadiah dan mengeluarkan minyak wangi dan tersenyum. "Terima kasih" dan aku masih terbau wangi isteri aku bukan datang dari minyak wangi itu.
Labels:
life
SOCRATES and Thinking Method
Cara pemikiran zaman Greek dulu adalah satu permulaan pemikiran yang berasaskan pertanyaan. Socrates adalah anak murid kepada Pluto dan mengamalkan konsep berfikir secara pertanyaan. Mungkin kita boleh meniru cara Socrates berfikir. Untuk memilih pemimpin,
Socrates bertanya kepada anak2 murid beliau "Kalau kita mahu seorang pembaling lembing yang kuat, siapakah yang kita pilih?" Murid2 menjawab "Yang paling kuat melontar lembing" Socrates mengiakan dan bertanya lagi "Kalau kita mahu pelari yang paling pantas, siapakah yang kita pilih?" Murid2 menjawab orang yang lari paling pantas dikalangan kita yang akan mereka pilih. Socrates menjawab "Ya, lalu jika kita mahu pemimpin yang akan memimpin kita, siapakah yang paling layak?" Murid2 memandang sesama sendiri dan menjawab "Kita akan memilih orang yang paling layak memimpin kita".
Konsep berfikir dengan pertanyaan ini dibuat oleh Socrates dalam membidas sesuatu idea sehingga tiada lagi soalan yang tidak terjawab maka idea itu adalah yang terbaik. Socrates telah dihukum bunuh kerana berfikir dengan pertanyaan ini.
Socrates bertanya kepada anak2 murid beliau "Kalau kita mahu seorang pembaling lembing yang kuat, siapakah yang kita pilih?" Murid2 menjawab "Yang paling kuat melontar lembing" Socrates mengiakan dan bertanya lagi "Kalau kita mahu pelari yang paling pantas, siapakah yang kita pilih?" Murid2 menjawab orang yang lari paling pantas dikalangan kita yang akan mereka pilih. Socrates menjawab "Ya, lalu jika kita mahu pemimpin yang akan memimpin kita, siapakah yang paling layak?" Murid2 memandang sesama sendiri dan menjawab "Kita akan memilih orang yang paling layak memimpin kita".
Konsep berfikir dengan pertanyaan ini dibuat oleh Socrates dalam membidas sesuatu idea sehingga tiada lagi soalan yang tidak terjawab maka idea itu adalah yang terbaik. Socrates telah dihukum bunuh kerana berfikir dengan pertanyaan ini.
Badminton
Semalam berlansung perlawanan badminton diantara pekerja2 kilang di Dewan Telok Panglima Garang. Aku dijemput untuk bermain dan mengisi slot2 kosong untuk majikan teratas. Aku bernafas panjang dan terlalu laju untuk bermain badminton ini. Beberapa cerita yang menakutkan pernah aku dengar keluar balik di peti minda aku. Cerita orang yang tidak cukup nafas dan tergolek terus meninggal selepas bermain badminton memang menakutkan. Dalam seminggu sebelum bermain, aku sudah mempersiapkan diri. Kurangkan makan, kurangkan minum ais, kurangkan berjaga malam dan banyakkan menggerakkan seluruh badan. Debaran bermain bersama2 budak2 kilang ini memang datang walaupun sudah bersedia. Pernah lebih kurang 3 tahun lepas selepas tidak bermain badminton lebih 5 tahun aku bermain di Petaling Jaya, aku berasa debaran di dada dan ketakutan yang amat sangat. Aku berjalan keliling dewan sehingga debaran berhenti. Semalam selepas bermain 1 set, debaran yang pernah aku rasa dulu tidak ada. Kadang2 kita lupa bahawa kematian itu sebenarnya terlalu hampir dengan kita tanpa kita brsedia.
Labels:
life
Saturday, April 23, 2011
The Warrior Way
Cerita bermula di Timur apabila pembunuh upahan yang ditugaskan membunuh satu keluarga keseluruhannya. Tanpa perlu banyak bercakap kefahaman cerita terus sampai kepada penonton. Kerana tidak sanggup membunuh anak kecil, pembunuh upahan telah melarikan diri bersama bayi yang kecil ke Barat. Bergabung dengan penduduk satu tempat yang berasal dari anggota2 sarkis yang ditinggalkan. Cerita bergabung dengan masalah di Barat apabila satu kumpulan mahu membunuh kumpulan sarkis tersebut. Pembunuh upahan yang telah menjadi baik bergabung untuk melawan kedua2 kumpulan. Yang mahu membunuh bayi dan kumpulan yang mahu membunuh sarkis. Cerita yang kadang2 terlalu perlahan boleh memboringkan. Yang paling menhiburkan adalah aksi2 pertempuran dan cara dibuat terlalu perinci dan boleh tonton kalau mahu nampak banyak darah.
Jadi Kreatif
Aku bercerita dengan beberapa pelajar UiTM tentang kerjaya. Mereka agak memilih dan cuba untuk tunjukkan keegoan menjadi seorang pelajar. Aku meminta mereka berfikir kerjaya semasa bercuti semester yang akan datang selama 2/3 bulan dan hanya bermula pada September 2011. Aku memerlukan seorang penjaga anak untuk menjaga anak aku yang akan lahir pada awal bulan May 2011 ini. Aku memberitahu bahawa kerjaya sebagai 'nanny' ini adalah satu kerjaya sambilan yang amat popular di negara2 maju. Mereka hanya perlu berada dirumah majikan untuk beberapa jam kerana majikan suami isteri mahu keluar untuk makan malam atau berbelanja di kompleks beli belah. Mereka boleh mengiklankan diri mereka di dalam internet untuk kerjaya yang mudah ini dan mencari duit lebih untuk belajar. Mereka masih boleh belajar dirumah majikan tersebut kadang2 tanpa gangguan kerana anak itu mungkin tidur. Di negara2 maju, anak2 dibawah umur tidak dibenarkan keluar malam bermula 7 pm. Ini telah menyebabkan sepasang suami isteri yang membeli belah atau makan malam terpaksa mengambil orang untuk menjaga anak mereka. Jadi mula iklankan diri anda.
Indonesia dan Kerjaya
Di Indonesia, bermacam2 kerja boleh dilakukan dan di sana kerjaya terpaksa dibuat kerana mencari makan untuk hidup. Beberapa tahun dahulu aku pernah ke Jakarta dan melihat macam2 kerja dibuat oleh orang Indonesia. Orang Indonesia yang merantau tahu bagaimana membawa diri. Mereka rajin bekerja dan sekarang mengikut banyak pandangan, mereka sudah boleh tawar menawar untuk upah pekerjaan. Di satu jalan di dalam Jakarta tidak dibenarkan kereta masuk tanpa 3 penumpang. Sesebuah kereta kena penuh dengan penumpang baru dibenarkan masuk ke jalan itu. Disebabkan peraturan ini, kerjaya terus dicipta iaitu menjadi penumpang. Kerjaya ini boleh memberikan pulangan kepada penumpang dimana setiap kali mereka memenuhkan kenderaan, mereka akan dibayar semasa turun. Pelik kerana ia berlawan dengan konsep menaiki teksi. Aku naik kereta kamu, kamu bayar aku kerana aku menumpang kamu.
Thursday, April 21, 2011
Gempak Lagi kita: 4D Vs 3D Softporn
Kecoh satu dunia tentang filem soft porn 3D pertama ditayangkan di Hong Kong. Yang gempaknya tu, kutipan cerita itu lebih banyak dari filem 3D Avatar yang mengutip jualan tetinggi di dunia pada hari pertama ditayang. Aku tak hairan sangat dengan 3D ini, yang paling gempak aku rasa kita ada 4D. Ini betul2 konsep 1Malaysia. Semalam tengah hari aku makan bersama2 dengan beberapa orang kenalan. Mereka bercerita tentang nombor tak naik, melabur tak kena, miss satu nombor dan aku hanya menambah 'kau pergi ngangkung tak? Seorang menjawab "Haram tu". 4D kat Malaysia seolah2 perkara biasa dan sudah berapa banyak orang menjadi miskin kerana berjudi. Bila cerita 3D soft porn ini keluar, aku rasa tak semeriah 4D yang kita ada. Cuba selak surat khabar mainstream hatta yang berbahasa Melayu, cerita 4D di muka belakang pasti ada. Bila kita nak banteras judi halal ini.
Labels:
life
Project Email Kecoh
Tricubes Berhad dapat project terus dari Kerajaan dalam program Plan Transformasi Ekonomi. Isu mendapat sesuatu project seperti bulan jatuh ke riba ini adalah seperti nak bagi duit terus tapi guna cara lain bagi orang tak perasan. Tricubes Berhad adalah syarikat yang mengalami masalah kewangan dan dikategori didalam Garis Panduan Bursa 3 (GN3) yang dalam perhatian Bursa Malaysia. Yang peliknya syarikat yang teruk begini mendapat projek terus dari Kerajaan dan mengikut The Star Business hari ini, mereka juga membida untuk membeli Pos Malaysia Berhad. Bagaimana rakyat hendak percaya tentang transpirasi didalam memberikan sesuatu projek dan projek ini adalah seperti memberi untung tanpa usaha. Semalam juga saham syarikat yang bermula dengan 0.65 sen (bawah par) naik 6.5 sen dan 11.7 milion saham bertukar tangan. Apa yang syarikat ini akan buat untuk 1Malaysia email ini. Dia akan membuat satu keunikan dalam email dan ID individu di Malaysia. Persoalan tentang keperluan projek ini bermain difikiran untuk orang2 yang berfikir. Contoh biasa tentang satu projek yang boleh menyelamatkan sesuatu syarikat yang biasa kita tahu seperti semua pelajar sekolah wajib mesti membeli buku latihan yang digabung bersama buku teks. Percetakan buku latihan ini pasti boleh menyelamat mana2 syarikat yang nampak tenggelam.
Tuesday, April 19, 2011
Kejora Search di ATDI
Tiba2 pagi ini aku teringat pada Asrama aku sekitar tahun 1985. Ketika itu malam Frieshie untuk pelajar2 baru. Asrama Yayasan Selangor ini menyediakan satu set kugiran untuk pelajar2 yang boleh bermain musik. Pada malam itu tiba2 lampu ditutup dan sebuah kugiran dari luar (diberitahu budak2 ini dari Cheras) naik ke atas pentas dan mengalunkan sebuah lagu baru Search. Pada ketika itu, sesiapa yang ada tape Search "Cinta Buatan Malaysia" nampak terlalu gempak, rancak, 'cool' dan boleh bermegah kesana sini. Lagu yang dimainkan adalah Kejora. Sepanjang lagu lampu ditutup dan kami pelajar2 yang baru hendak naik ini seronok semacam walaupun Pengetua, Warden dan tetamu jemputan yang ketika itu bagi kami orang2 tua yang tidak menghargai seni tidak tahu melayan lagu yang sesedap itu. Bait2 lagu dinyanyikan oleh penyanyi walaupun lebih dari separuh lagu penyanyi itu membelakangi penonton. Banyak kawan2 aku pasti teringat kisah lagu ini - dan kami seronok bercerita ini kerana lagu yang baru keluar sudah ada orang boleh mainkan di pentas dekat di hati kami. Bait2 akhir lagu Kejora "Bila kau berada di samping diriku, Semuanya menjadi keindahan hidupku". Dengan petikan gitas bass melampaui gitar rancak, lagu Kejora ini dinyanyi beramai2 dalam gelap gelita pentas.
TRIO = Peter Porn
Mengikut kes yang sama di Indonesia, Ariel dari kumpulan Peter Pan. Video aksi seks beliau telah disebarkan oleh seorang pembaik komputer dan mengedarkan ke seluruh dunia. Penyebar video tersebut ditangkap dan didakwa. Modus operandi yang sama berlaku di Malaysia tetapi sebaran yang dibuat akan pelik kerana di lakukan secara terbuka oleh 3 orang Datuk dipanggil dengan Datuk T. Ini perkara yang amat memalukan kerana darjah kebesaran yang diberikan kepada ketiga2 Datuk dimana seorang adalah Tan Sri adalah penyebar video seks dan meminta beberapa wartawan menonton bersama2. Moral yang ditunjukkan amat rendah walaupun ia sebenarnya bermotifkan politik. Mereka bukan sahaja menayangkan di Carcosa Negara tetapi membuat 'Press Conference' atas tayangan tersebut dengan keyakinan bahawa sebagai 'whistleblower' tidak didakwa. Mereka akan didakwa dibawah Penal Code Seksyen 292. Aku menyerulah supaya perkara ini tidak boleh dilepas dengan cagaran dan pastikan mereka masuk perjara dan rasa hidup bersama orang kebanyakan di dalam sel. Penyebar video Ariel bukan tidak ada duit untuk dijamin keluar tetapi Indonesia memastikan beliau berada di penjara untuk belajar tentang menerima hukuman kerana bersalah.
Labels:
life
Monday, April 18, 2011
Blood Diamond
Cerita tahun 2006 ini aku layan semalam menunggu anak2 mahu tidur. Leornardo De Caprio memberikan lakonan yang menyakin sebagai Danny Archer sebagai penyeludup berlian dan filem ini diwar2kan sebagai salah satu filem terbaik pada tahun 2007 tetapi tidak dicalonkan. Tetapi pelakon pembantu iaitu Djimon Housou telah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Academy Award tahun 2007. Cerita yang penuh dengan aksi dan kekejaman disebabkan peperangan saudara di Sirra Loene 1996 - 1999. Berlian ini digunakan untuk menjana duit menbeli senjata untuk berperang sesama sendiri. Kanak2 diguna dilatih untuk membunuh kaum keluarga mereka sendiri. Danny Archer adalah cerita benar yang diberikan beberapa impak drama untuk lebih menarik. Akhirnya Danny Archer ini telah mati ditembak di Sirra Loene oleh askar2 pemberontak. Cerita yang banyak kali dilayan dan masih menyeronokkan
POCO2 cerita sebenar
Pada hari Sabtu 16/04/2011, Tan Sri Datuk Mufti Harunsani memberitahu cerita sebenar mengapa cerita poco2 diharamkan di satu rancangan Bernama Radio 24 bersama Persatuan Pengguna2 Islam Malaysia. Dia memberitahu bahawa pada suatu hari, dia telah ditanya oleh wartawan tentang hukum tarian poco2. Dia memberitahu dia tidak mengetahui tentang tarian itu tetapi dia akan menyuruh orang2 di pejabatnya untuk menyiasat. Setelah disiasat keluarlah cerita tentang pemujaan semangat di Jamaica dan telah ditiru oleh orang Filipina untuk memuja semangat dan dia mengambil keputusan apabila menyamakan tarian untuk meminta sesuatu selain Allah adalah syirik. Dan hukum syirik adalah berdosa. Ini adalah cerita sebenar dan benda ini diceritakan tentang Mufti2 Malaysia hanya pandang cerita tarian sahaja sedangkan mereka melihat lebih dari itu tetapi tidak diwar2kan oleh wartawan. Aku juga pernah mendengar Ustaz Fauzi Deraman ketika mengajar aku kuliah Syariah di UM tahun 2004 dahulu, wartawan akan bertanya sesuatu dan selepas itu mengeluarkan cerita tentang itu dalam keadaan yang berlainan. Dia memberi contoh tentang suatu masa dulu kecoh tentang membenarkan tidak memakai tudung oleh Yusuf Al Qardawi. Tokoh Islam itu bercerita tentang suatu masa di Perancis dulu, polis2 khas akan menembak orang yang memakai tudung jika dilihat di luar rumah. Maka Yusuf Al Qardawi memutuskan hukum ketika itu adalah harus untuk kekal hidup. Tetapi hukum itu tidak boleh digunakan untuk setiap masa kerana hukum yang wajib adalah perempuan menutup kepala atau berjilbab. Apabila disiarkan begitu, wartawan mengambil kata hujung bahawa tidak memakai tudung itu Harus. Wartawan perlu berhati2 melaporkan perkara atau bertanya pada Ulamak soalan paling tepat untuk senang mereka menjawab. Disebabkan cerita poco2 ini, Mufti2 dilihat hilang kreditabiliti kerana hanya tahu tentang tarian sahaja.
Saturday, April 16, 2011
Nak Cari Penasihat Kewangan
Benda2 begini memang bermain di kepala orang yang ada duit tetapi tidak tahu bagaimana nak buat terbaik untuk duit itu. JANGAN berjumpa dengan Pengurus Bank untuk mendapatkan nasihat walaupun mereka sudah lama berada di dalam sistem kewangan. Pengalaman mengurus duit orang dalam suasana senang iaitu sistem mengerakkan untung yang pasti mereka terlebih tahu. Mereka hanya terkongkong dalam sistem kewangan yang direka oleh sistem kewangan seperti melabur dan dapat pulangan tetap, beli rumah untuk spekulasi dan membeli unit amanah yang mereka jual.
Tempat yang sepatutnya mereka rujuk adalah Broker rumah yang selalu mendapat maklumat tentang pergerakan harga rumah, spekulasi dan cerita2 dalam sesebuah syarikat. JANGAN juga pergi bertanya dengan Pengurus di Equity Market yang selalu bekerja dalam keadaan tidak ketentuan. Hanya spekulasi dan tips membantu mereka. Mereka ini adalah bomoh2 untuk main nombor. Kalau mereka terlebih tahu tentang saham mana yang naik pasti mereka yang dapat dahulu tetapi selalunya terjadi sebaliknya.
Jangan juga mengharap penjual unit amanah memberi pandangan kerana ruang lingkup mereka hanya unit amanah dan berdasarkan sejarah menjual produk. Bila ada duit turun dari langit yang banyak, berfikir dulu sebelum bertanya orang dan pilih orang yang tepat kalau tidak duit kita dia lipat.
Tempat yang sepatutnya mereka rujuk adalah Broker rumah yang selalu mendapat maklumat tentang pergerakan harga rumah, spekulasi dan cerita2 dalam sesebuah syarikat. JANGAN juga pergi bertanya dengan Pengurus di Equity Market yang selalu bekerja dalam keadaan tidak ketentuan. Hanya spekulasi dan tips membantu mereka. Mereka ini adalah bomoh2 untuk main nombor. Kalau mereka terlebih tahu tentang saham mana yang naik pasti mereka yang dapat dahulu tetapi selalunya terjadi sebaliknya.
Jangan juga mengharap penjual unit amanah memberi pandangan kerana ruang lingkup mereka hanya unit amanah dan berdasarkan sejarah menjual produk. Bila ada duit turun dari langit yang banyak, berfikir dulu sebelum bertanya orang dan pilih orang yang tepat kalau tidak duit kita dia lipat.
Libya again
Nato terus memgebom Tripoli dengan tanpa kasihan. Beberapa hari dulu, Muammar Gadaffi bersetuju menbuat gencatan senjata tetapi tidak mahu mengundurkan penyokong2nya. Ini adalah taktik berperang yang akan melupuhkan Muammar Gadaffi sehingga dia rapuh macam daun kering. Dia akan dilumatkan dengan tanpa duit dan penyokong yang berpihak dengan dia. Taktik berperang begini memang meletihkan. Berapa banyak duit yang tersimpan di tangan Muammar Gadaffi akan perlahan2 surut dan menyebabkan dia tidak bermaya. Dia membayar sekian banyak duit untuk membuat gencatan senjata. Dan Nato seterusnya melancarkan kapal2 terbang pengebom untuk membuar honar. Muammar Gadaffi sekarang terus tertekan. Menyerang pada dia senang kerana pemberontak tidak ada kelengkapan yang cukup tetapi sebaliknya kepada Nato. Muammar Gadaffi hanya menunggu masa untuk menjadi seperti Hosni Mubarah selepas turun tahta terus sakit dan akan didakwa sebagai pembunuh pemberontak.
Friday, April 15, 2011
PENYAKIT Tua
Semalam berjumpa dengan CEO, Agro Bank di pejabat beliau bercerita tentang bank2 sekarang. Seorang yang agak segak, berjambang putih dan masih kuat. Berbagai cerita dibualkan sehingga sejarah bank diluahkan dan ke arah mana bank2 Malaysia akan pergi. Terselit cerita yang amat menarik diceritakan beliau tentang penyakit tua kepada lelaki. Tahap awal dikategorikan tua apabila kita ingat rupa orang tetapi lupa nama. Aku mengangguk macam biasa kena sahaja. Banyak orang aku jumpa dan kenal tetapi aku lupa nama mereka dan selalunya aku akan berbual seseolah kenal sehingga nama dia dipanggil orang untuk aku ingat semula. Tahap kedua apabila ingat nama tetapi lupa pada rupa. Ini belum sampai kat aku. Tahap ketiga selepas ke tandas kita lupa menzipkan seluar. Rasa2 ini bukan berlaku pada yang tua sahaja tetapi yang muda pun kena. Tahap terakhir adalah tiba2 basah di seluar kerana dah tak sempat ke tandas. Rasa2 masalah bank dan ke arah bank mana pergi selesai petang itu juga kerana kami berdua belum masuk tahap Kedua.
Labels:
life
Jangan Jadi Dinasour
Sudah berapa lama kita kerja di suatu tempat ! Fikir2 sejarah. 5, 10, 15 dan 20 tahun. Diceritakan orang penyakit dinasour lupus disebabkan hanya dia sakit tapi tak perasan. Dinosour berbentuk besar dan dibuktikan dengan perjumpaan fosil2 di berbagai tempat. Ia adalah binatang dan apabila berlaku kesakitan di kaki atau ekor mereka, maklumat sakit untuk sampai ke otak agak lambat. Apabila luka dikaki tidak dijaga maka apabila masa sampai ke otak dia sudah lemah dan tunggu untuk mati.
Penyakit dinasour ini boleh berlaku pada kita jika kita tidak mencabar diri belajar sesuatu. Kita sebenarnya mengalami proses kepupusan dinasour dalam diri apabila membiarkan diri kita di suatu tempat terlalu lama. Bukan perlu berpindah kerja untuk mengelak benda2 ini tetapi kita perlu menambah ilmu.
Peribahasa Melayu pernah berkias "batu yang bergolek tidak akan mengumpul lumut". Kita melihat berapa positifnya jika tinggal lama di sesebuah syarikat dan mengumpul harta. Kenapa kita tidak melihat bahawa batu bergolek itu telah sampai ke sesuatu tempat yang berbeza dan mungkin lebih menarik kerana di tempat lama itu berlumut. Peribahasa Inggeris pula bermadah " the grass look greener on the other side". Tempat lain lagi banyak kita boleh dapat. Dan selalu dimadahkan oleh pujangga Melayu "hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri". Pergi ke luar dan fahamkan bahawa dunia semakin mengecil dan jiran kita bukan lagi mak cik yang cerewet lagi tetapi mungkin Mdm Kate di England (kawan FB).
Penyakit dinasour ini boleh berlaku pada kita jika kita tidak mencabar diri belajar sesuatu. Kita sebenarnya mengalami proses kepupusan dinasour dalam diri apabila membiarkan diri kita di suatu tempat terlalu lama. Bukan perlu berpindah kerja untuk mengelak benda2 ini tetapi kita perlu menambah ilmu.
Peribahasa Melayu pernah berkias "batu yang bergolek tidak akan mengumpul lumut". Kita melihat berapa positifnya jika tinggal lama di sesebuah syarikat dan mengumpul harta. Kenapa kita tidak melihat bahawa batu bergolek itu telah sampai ke sesuatu tempat yang berbeza dan mungkin lebih menarik kerana di tempat lama itu berlumut. Peribahasa Inggeris pula bermadah " the grass look greener on the other side". Tempat lain lagi banyak kita boleh dapat. Dan selalu dimadahkan oleh pujangga Melayu "hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri". Pergi ke luar dan fahamkan bahawa dunia semakin mengecil dan jiran kita bukan lagi mak cik yang cerewet lagi tetapi mungkin Mdm Kate di England (kawan FB).
Alahai apala Aku Tengok ni
Beberapa waktu dulu, aku terpampan di muka TV9 menonton sama bersama2 keluarga. Rancangan sebelum tidur iaitu "Alahai Fafau" satu rancangan infortainment - informasi dan entertainment. Bahasa baru tu. Perkasa kena kaji perkataan baru tu - kalau buat2 setuju pun tak pe sebab semua dah faham. Rancangan 30 minit dipenuhi dengan ketawa dan ria dan suka cita. Hari itu diceritakan tentang kerjaya "Tukang Kipas Pengantin (TKP)". Avand Garde Prestige. Dia, Fara Fauzana menceritakan bagaimana dia pernah menjadi TKP untuk beberapa orang artis dan berbangga dipilih. Dia menceritakan apa tugas2 TKP dan cara2 menjadi TKP yang berwibawa. Semua bergembira malam itu. Yang di dalam TV bersama Fara dan di luar TV - keluarga aku. Alahai apahal. Aku berpusing2 di ruang tamu kedepan dan kebelakang memikirkan keseronokan cerita TKP ini. Yang aku tahu satu je, kita akan makan sedap dan banyak lebih dari pengantin. Apa yang informasi ni.
Thursday, April 14, 2011
Pa Mao
Tok Uban seorang ini akan mencipta sejarah sebagai pembuka jalan kepada berkembangnya jaringan pembangkang di Sarawak. Ini dapat dilihat di pilihanraya umum negeri Sarawak yang akan berlaku pada 16/04/2011. Setiap hari semua media utama, blog dan media negeri menceritakan tentang pengganti beliau yang sampai hari ini masih dalam rahsia beliau lagi. Sejarah dicipta kerana pilihanraya kali ini calon yang berdaftar lebih dari 200 orang dan di semua DUN terdapat perlawanan. Kalau sebelum ini, perkara menang tanpa bertanding sudah menjadi hiasan mulut dan tidak lansung mendapat berita penting. Sekarang setiap DUN dihiasi berbagai parti berlawan dan kemeriahan ini boleh mematangkan penduduk Sarawak dan Malaysia umumnya. Menjadi pembangkang bukan bermakna jahat dan pemerintah juga bukan boleh membuat sesuka hati. Tok Uban ini atau Pa Mao memang hebat dan akan menjadi bualan di Sarawak sebagai pembuka jalan kepada demokrasi tulen.
RM2.2 billion
Director General kastam mengumumkan tentang kegagalan mengutip cukai tahun lepas adalah sebanyak RM2.2 bilion bukan RM108 bilion seperti diheboh2kan. Datuk Seri Khalid Yusuf berkata RM108 bilion itu bukan datang dari Kastam sahaja. Dia merujuk target yang dibuat tahun sebelum itu untuk mengutip RM10 bilion tetapi hanya dapat RM7.8 bilion sahaja. Maka RM2.2 bilion itu adalah kekurangan kutipan sahaja. Cuba kita baca sekali lalu nampak macam betul dan tepat kiranya pihak kastam. Mereka sudah dapat membaca berapa barangan jualan, barang masuk, barangan keluar yang hendak dicukaikan tetapi gagal mengutip RM2.2 bilion. Bagaimana atau siapa nak terangkan cerita tentang Malaysia hilang RM105.8 bilion (RM108 - RM2.2). Mengikut Khalid juga keseluruhan amaun itu adalah datang dari banyak semua agensi Kerajaan. Kalau diselidik dan telus kemungkinan dengan persetujuan semua, duit RM105.8 bilion itu kita boleh bahagikan kepada 10 juta orang tenaga kerja di Malaysia seorang RM10,580 untuk berbelanja dan memeriahkan stimulus duit masuk ke pasaran.
Wednesday, April 13, 2011
Meninggal
Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di tingkat 1, pejabat SPRM, Jalan Cochren. Bedah siasat masih belum mengeluarkan jawapan. Tapi cerita beliau di dalam akhbar keluar hampir setiap hari. Dan dalam sejarah aku membaca surat khabar, hari ini dikeluarkan cerita berapa harta Allahyarham Ahmad Sarbani ada - 2 apartment, 1 semi-D, simpanan ASB, motor kriss, kereta kancil, kereta terpakai Honda CRV dan Proton Persona. Kenapa cerita2 ini timbul dan dikeluarkan. Pernah dibuktikan seorang ADUN di Perak mengambil rasuah tetapi tidak diceritakan pula berapa harta yang dia ada. Dan amat banyak cerita pemimpin rasuah yang kononnya sudah diambil tindakan tidak diwar2kan di mana2 akhbar. Harimau mati meninggal kan belang, manusia mati tinggalkan nama.
Nangis Pagi
Ini bukan sebab zuhud atau sedih menghadapi yang Esa tapi bila aku bukan pintu pejabat, mak cik 'cleaner' terus menangis kat aku. "Mak Cik dah 7 tahun kerja sini." Penuh dengan sedu sedan. "Mak Cik cuma dibayar RM500 sebulan je. Anak2 suruh jaga mak cik tu, ada kencing manis, darah tinggi, makan minum sebulan nak dibayar tu aje". Aku tak sempat tanya, dicerita lagi "Tolong la Encik, jangan buang saya, tolong beritahu pada orang atas, saya kat sini dah lama, gaji dah RM800, duit RM500 dorang nak bagi tu tak sama macam kat sini". Terus menangislah dia sambil aku dengar tak dengar. "Ia lah mak Cik". Aku terus ke arah beberapa kawan sekerja lagi bertanya perihal nangis pagi ini. Mereka memberitahu anak2 mak cik itu suruh berhenti dan sudah 2 hari dia tidak datang bekerja. Aku pun tak perasan sebab dia tak buat apa2 kelebihan pada aku. Air minum aku buat sendiri. Bilik aku sentiasa kemas sebab yang sepah hanya atas meja. Kebenarannya, mak cik itu disuruh berhenti untuk menjaga mak cik dia dengan upah RM500 dan mungkin setelah mengetahui bayaran bulanan yang sebanyak itu, dia membatalkan dan mahu kerja kembali. Aku teringat seorang pekerja aku ketika aku di Maybank tahun 1998 di Petaling Jaya. Setiap kali mesyuarat yang bermula lewat petang, dia akan bangun dengan tegas kepada Pengurus dan meminta untuk pulang. Dan alasan yang diberikan adalah untuk mengambil isteri kerana dia lebih sayang isteri dari kerjanya. Pengurus and aku sebagai timbalan pengurus berbincang dan akhirnya mengambil keputusan untuk menyuruh dia berhenti kerana boleh memastikan isteri dia diambil awal untuk selama2nya. Perkara ini dibuat secara serius oleh aku sehingga isterinya datang ke pejabat dan memujuk aku dengan mengatakan - "ketika saya bujang dulu, hari2 saya balik kerumah naik teksi atau bas, tak tahu kenapa dia buat perangai macam ni". Kadang2 kita kena mengetahui bahawa sayang, nak jaga, terlalu rapat, takut lari semuanya bukan boleh mendatangkan duit. Bersederhana mungkin dapat menyelamatkan segala2nya.
Labels:
life
Tuesday, April 12, 2011
Gaddafi being Played
Sebagai ketua negara, Muaamar Gaddafi seorang yang tegas. Pemberontakan tidak dibenarkan. Dia menyerang pemberontak dan pemberontak melawan balik. Ini akan berlaku berulang2. Bila kerajaan bersekutu menyerang tentang Gadaffi, dia akan mengundur sekejap dan 2 hari lepas bersetuju untuk letak senjata untuk sebentar. Perkara ini diulang2, Muaamar Gadaffi tidak perasan bahawa berapa lama dia akan bertahan untuk menyerang pemberontak. Dan yang pastinya, pemberontak juga tidak perasan bahawa bersekutu membantu mereka menukar pemerintah. Muaamar Gadaffi akan menyerang kembali pemberontak dan kerajaan bersekutu mempertahankan kawasan pemberontakan dengan alasan menjaga ketenteraman awam. Setiap kali ini berlaku Muaamar Gaddafi terpaksa membayar sesuatu dengan membeli senjata2 untuk menyerang. Muaamar Gaddafi akan menjadi miskin dan tidak boleh bertahan selama mana untuk berlawan dengan kerajaan bersekutu ini. Siapakah yang akan memenangi peperangan saudara ini. Yang pasti menang adalah orang yang menjual senjata.
Ulangan
Cerita tentang pengganti kepada ketua Menteri Taib Mahmud diulang2 cerita tanpa nama. Cara begini adalah satu ulangan seperti masa ketua MIC dulu, Samy Vellu. Makin ditekan makin memberikan masa untuk berundur. 2 bulan lepas, Taib Mahmud mengatakan akan mengundur diri 2 atau 3 tahun lagi. 2 hari lepas dia mengumumkan akan menamakan penggantinya selepas pilihanraya umum negeri Sarawak. Laungan umum tersebut hanya diterima di tempat dia berkata sebab ia adalah ceramah umum dimana orang berceramah tidak ditanya akan kebenarannya. Taib Mahmud berundur sudah menjadi satu topik untuk disesah oleh pihak pembangkang dan nampak ia lebih senang dari menceritakan tentang video sex. Taib Mahmud akan menjadi cerita mirip Samy Vellu. Sudah lama memegang kuasa pasti susah meninggalkan kuasa. Yang nyata Taib Mahmud sudah ada pengganti di rumah beliau.
Monday, April 11, 2011
Tolong Fahamkan
Seorang artis yang baru masuk Islam bernama Daphne Iking bercerita di surat khabar tentang cerita baru bila dia masuk Islam. Suaminya memberikan kebebasan untuk dia berfikir bertudung atau tidak. Dia juga memberitahu bahawa dia selalu sembahyang berimamkan suami kerana dia tidak fasih mengucap dalam Arab. Dia juga memberitahu kalau dia tidak berimamkan suami, dia akan sembahyang sendiri dan membaca didalam bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Berita ini keluar dalam akhbar2 perdana hari Ahad2 minggu lepas dan mungkin telah dibaca oleh banyak orang. Sepatutnya cerita tentang sembahyang dalam bahasa sendiri ini telah banyak kali diceritakan oleh ustaz2 dan selalunya jika tersilap keluar berita, akhbar berkenaan akan membetulkan didalam akhbar dalam 'ralat'. MengIslamkan seseorang bukan kerja senang dan kita kena hormat orang yang mendapat hidayah begini tetapi tolong fahamkan mereka.
Labels:
life
Terpaku di TV
Menonton TV rancangan berilmu memang jarang meyeronokkan. Ia seperti melihat gambar2 dan penerangan yang tidak kehabisan bercerita dan selalu orang yang memberikan ilmu rasa penonton faham dan lepas tanggungjawab. Tetapi cerita2 seperti Mega project, cerita binatang, kapal terbang jatuh di dalam Astro seperti gudang ilmu yang melihat kagum untuk mengetahui. Tiba2 aku terpaku di pagi Ahad menonton satu rancangan yang baru di Astro iaitu 'Siti' sedang menyanyi bersama P Ramlee klon dan menemuramah sepasang doktor. Pasti ilmu yang dapat pagi ini boleh dimanfaatkan untuk diceritakan kembali. Mendengar bait2 soalan dari Siti untuk doktor pakar itu membuatkan aku rasa tersalah tengok/dengar. Siti bercerita "Mungkin susah masa nak belajar dulu ya doktor. Berapa lama doktor belajar untuk menjadi doktor". Tersengih2 doktor menjawab "Untuk mendapat ijazah kami kena belajar lebih kurang 6 tahun, 2 tahun kerja awam dan menjadi pakar 4 tahun, lebih kurang 12 tahun semua." Lalu Siti pun mengulas "12 tahun belajar (sambil menepuk tangan diiringi oleh tetamu2 yang tepuk seronok dengar 12 tahun). Siti bertanya lagi "So, bagaimana doktor berjumpa suami setelah belajar 12 tahun" Dan dijawab oleh doktor "Kami berkahwin semasa belajar" Siti terus menepuk tangan dan berkata "Oh, doktor telah membuktikan bahawa kahwin masa belajar pun boleh berjaya" Sebenarnya doktor2 itu adalah pakar mata. Mereka boleh bercerita dengan baik tentang sakit mata, tentang stye dan chalazion, pasal rabun dekat dan jauh, contact lense dan pembetulan cara baru mengurangkan kadar rabun.
Faster
Jika Dwayne Johnson berlakun tanpa ada bantuan dari pelakon berkaliber pasti aku tak tonton filem ini. Dia digandingkan dengan Billy Bob Thorthon memberikan kekuatan kat aku untuk menonton. Cerita bermula apabila Dwayne dibebaskan dari penjara dan mencari pembunuh2 yang cuba membunuh dia dan kumpulannya. Cerita pembunuhan mereka boleh ditonton di dalam video di balai polis dan dari awal kita sudah boleh membaca ke arah mana penonton akan dibawa. Semua penjahat mengiktiraf Dwayne sebagai hantu yang hidup kerana dapat selamat dari tembakan di kepala. Billy Bob pula sebagai seorang polis yang ketagihan dadah dan seperti banyak cerita2 tentang polis yang nampak lemah tapi berjaya menyelesaikan sesuatu masalah. Kalau suka tengok badan berketul2 maka filem ini adalah sesuai untuk menghabiskan masa cuti yang boring.
London Boulevard
Colin Farrel salah seorang pelakon yang boleh mengganti pelakon2 seperti Al Pacino dan Robert De Niro. Nama beliau dicalonkan untuk Academy Award 2011 tetapi tidak menang. Cerita ini berkisar tentang seorang jahat yang baru keluar dari penjara dan kawan2 masih memperakui kehebatan jahatnya. Dia menerima cadangan seorang wartawan untuk menjadi 'bodyguard' seorang artis yang selalu diganggu oleh jurugambar2 (paparazzi). Filem ini menunjukkan bagaimana paparazzi ini memprovokasi artis supaya marah kepad mereka. Di masa yang sama, lelaki yang ingin menghadapi hidup lebih baik dari dalam penjara masih tidak dapat lari dari mendapat perhatian dari penjahat2 lain untuk masuk kumpulan mereka. Cerita yang agak perlahan tetapi penuh dengan karekter yang bagus. Kiera Knightley diberi watak yang sesuai sebagai artis yang masih muda tetapi gangguan paparazzi menukar hidupnya. Akhiran yang agak negatif kerana hero mati tanpa melawan mungkin tidak memenuhi permintaan pasaran. Boleh enjoy cerita2 begini. Kasar dan cantik pemandangan. Dalam satu adegan ditunjukan bagaimana teksi di London yang boleh diberikan kelas A untuk perkhidmatan. Adik hero yang mabuk (perempuan seksi) hanya diberikan alamat untuk dihantar ke rumah tanpa diganggu. Betullah seorang kawan pernah cerita, kalau hendak mencari bandar yang paling selamat dan perkhidmatan awam paling bagus....London jawapannya.
Sunday, April 10, 2011
White Elephant
Aku sentiasa mengikuti filem2 lakonan Kevin Bacon. Tetapi filem2 awal beliau seperti Footloose aku tak tonton. Apabila umur semakin meningkat, Kevin Bacon selalu membawa watak yang agak kasar, ganas dan menyeramkan. Cerita2 seperti Trapped, Hollow man, Mystic River, Wild Things dan Sleepers menyerlahkan watak Kevin Bacon sebagai pelakon berkaliber. Berlakon bersama Djimon Hounsou di Bangkok (mungkin sebab ini dinamakan 'White Elephant') tentang pelacuran dan perculikan. Djimon Hounsou diupah seorang lelaki mencari anaknya yang diculik untuk dijadikan pelacur. Kevin Bacon sebagai samseng yang memberi segala alat menembak kepada Djimon untuk mencari penculik anak majikannya. Pergaduhan antara kumpulan juga dipaparkan didalam cerita ini. Arahan orang Thailand dan tidak tahu mengapa tajuk cerita tidak kena dengan jalan cerita.
Saturday, April 9, 2011
Tinggikan Gaji
Negara kita adalah negara pengguna, kita membeli barang dari luar. Harga barangan yang tinggi sekarang menyebabkan kita tidak terfikir bahawa sekitar tahun 1987 - 1990 dulu, orang yang bergaji RM400 boleh hidup sebulan di Kuala Lumpur. Tambang bas yang mencukupi, makanan yang tidak terlalu tinggi dan harga barangan di kedai runcit masih boleh diterima. Kemasukan gergasi2 pasaraya yang menguasai barangan runcit kita menyebabkan harga ditentukan oleh gergasi2 ini. Kita sebagai pengguna selalu mencari2 barangan murah dengan merujuk kepada jualan2 oleh TESCO, Carre Four dan Giant. Kuasa membeli secara pukal oleh gergasi2 ini menjadi penentu harga setiap barangan. Duit gaji kita pula selalunya dihabiskan di tempat2 ini untuk hidup. Sepatutnya gaji2 pekerja di Malaysia ini dinaikkan dan gaji minima adalah sekitar RM3,000. Aku melihat ekonomi Grace sebagai contoh, mereka mengambil langkah yang agak praktikal dengan Bank Pusatnya memberikan kiraan interest '0' untuk pinjaman. Ini adalah langkah mempercepatkan ekonomi berkembang. Percetakan duit untuk memastikan ekonomi bergerak menjadi satu kejadian biasa sahaja untuk menyelamatkan ekonomi negara mereka. Lantaklah kalau inflasi berlaku kerana yang berlaku sekarang dimana harga naik tidak ketahuan pun inflasi jugak. Kalau RM400 gaji dulu boleh hidup sebulan mengapa sekarang 10 kali ganda dari itu masih perit hidup di Kuala Lumpur.
Rasuah Orang Muda
2 hari berturut2 dalam media utama cerita tentang anak2 muda yang berasuah dari Imigresion. 8 gambar yang dipaparkan anak2 muda dengan seorang wanita yang rata2 berumur bawah 35 tahun. Ini adalah permulaan yang bagus memaparkan gambar2 mereka tanpa menutup muka. Rasuah dikaitkan di Malaysia sangat membimbangkan. Tetapi cerita secara terangan begini hanya keluar selepas seorang petugas Kerajaan dalam Kastam, Ahmad Sarbini meninggal dunia secara mengejut dijumpai di tingkat 1, pejabat SPRM di Jln Cochren. Cerita menayangkan muka ini sebenarnya tidak dapat menutup cerita tentang kematian Ahmad Sarbini. Anak2 muda ini berasuah mengikut apa yang dicapai tetapi rasuah yang lebih besar selalunya datang dari orang yang lebih tua, lebih besar perutnya, lebih berkuasa dan pasti susah untuk diganggu.
Friday, April 8, 2011
Wednesday, April 6, 2011
Sama tak Serupa - Yayasan Selangor
Macam2 telahan orang. Sekali tengok sama. Tak lari dah dah. Dituduh terima rasuah RM45,000. Mula2 keluar di TV aku mati2 ingat Hattan penyanyi tu yang kena tangkap. Cuma dia buncit sikit. Gaya masuk ke mahkamah ketika pertuduhan disebut bergaya macam penyanyi Hattan. Muka ada iras2 sedikit. Cerita ini berkaitan rapat sangat dengan aku. Aku pernah bersama Yayasan Selangor 5 tahun dari 1982 - 1987. Duduk di Kg Pandan menjadi budak Kay Ell. Sekali lagi aku nak yakinkan ini bukannya Hattan tetapi Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor.
Market Driven
Berapa banyak bank diperlukan di Malaysia. Beberapa hari dulu, salah seorang taikun lama perniagaan Tun Daim memberitahu media bahawa Malaysia tidak memerlukan banyak bank. Bank adalah spekulator utama di dalam peningkatan kredit dimana2. Dengan simpanan wajib yang ditetapkan oleh BNM, bank2 boleh memberi pinjaman beberapa kali ganda kepada Malaysia. Perciptaan kredit ini adalah salah satu cara percambahan duit baru ke dalam pasaran.
Semalam Gabenor BNM, Dr Zeti memberitahu bahawa berapa banyak bank di Malaysia ditentukan oleh pasaran. Beberapa pengambilalihan bank luar untuk bank2 di Malaysia membuatkan Gabenor menceritakan tentang pasaran tersebut. Kalau diikutkan norma2 biasa, bank bertugas sebagai penyimpan dan pemberi pinjaman. Jika yang hanya menyimpan dahulu hanya BSN tetapi sudah berubah sekarang ini. Jika memberi pinjaman sahaja itu adalah Ah Long.
Untuk meraikan keadaan ekonomi yang meningkat naik dengan kemungkinan besar bahawa harga barang pun naik, bank2 hendaklah dibenarkan mencipta kredit semaksima mungkin. Tetapi jika tidak dikawal kemungkinan inflasi akan berlaku. Ah Long adalah pemberi pinjaman tulen. Mereka hanya berurusan diatas duit yang mereka ada sahaja. Tetapi kadar faedah yang tinggi adalah medium peningkatan duit di pasaran. Contoh seperti memberi pinjaman RM10,000 dan mereka mendapat balik RM18,000. RM8 ribu itu adalah ciptaan baru kredit.
Tetapi bank berbeza di mana simpanan diasaskan di BNM menjadi sandaran untuk membuat kredit berkali ganda. Mungkin boleh difikirkan kenapa perlu Bank ditentukan oleh pasaran.
Semalam Gabenor BNM, Dr Zeti memberitahu bahawa berapa banyak bank di Malaysia ditentukan oleh pasaran. Beberapa pengambilalihan bank luar untuk bank2 di Malaysia membuatkan Gabenor menceritakan tentang pasaran tersebut. Kalau diikutkan norma2 biasa, bank bertugas sebagai penyimpan dan pemberi pinjaman. Jika yang hanya menyimpan dahulu hanya BSN tetapi sudah berubah sekarang ini. Jika memberi pinjaman sahaja itu adalah Ah Long.
Untuk meraikan keadaan ekonomi yang meningkat naik dengan kemungkinan besar bahawa harga barang pun naik, bank2 hendaklah dibenarkan mencipta kredit semaksima mungkin. Tetapi jika tidak dikawal kemungkinan inflasi akan berlaku. Ah Long adalah pemberi pinjaman tulen. Mereka hanya berurusan diatas duit yang mereka ada sahaja. Tetapi kadar faedah yang tinggi adalah medium peningkatan duit di pasaran. Contoh seperti memberi pinjaman RM10,000 dan mereka mendapat balik RM18,000. RM8 ribu itu adalah ciptaan baru kredit.
Tetapi bank berbeza di mana simpanan diasaskan di BNM menjadi sandaran untuk membuat kredit berkali ganda. Mungkin boleh difikirkan kenapa perlu Bank ditentukan oleh pasaran.
Tuesday, April 5, 2011
Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya
Membaca buku tulisan Hishamudin Rais bertajuk "Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya" memang menyeronokkan. Dia akan membawa kita ke seluruh dunia dengan fokus yang berlebihan tentang politik di Malaysia. Pandangan yang berbeza dan pengetahuan yang diceduk bukan dari sekolah biasa memang memberi ceria. Buku ini adalah artikal2 ditulis oleh Hishammudin Rais setelah kembali ke Malaysia pada tahun 1995. Dia sempat mengeluarkan sebuah filem iaitu "Dari Jemapoh ke Manchestee" tapi semasa dikeluarkan dia ditahan di pusat tahanan Kemunting. Buku ini juga memberikan pandangan yang berbeza kepada umum tentang pilihanraya yang boleh ditentukan. Isham Rais juga menceritakan tentang pengembaraan beliau sebelum kembali ke Malaysia. Cerita2 tentang komunis, Saddam dan kekasih dari Finland menghiburkan untuk santapan muda mudi. Baca dengan hati terbuka kerana ilmu bukan kerana terpaksa.
Phaholyotin Road
Tiba2 Jalan Phaholyotin di Thailand jadi popular. Jalan ini penuh dengan hotel dan yang paling popular adalah Sifotel yang bertaraf 5 bintang. Skytrain yang melalui jalan ini juga terdapat banyak stesyen berhenti. Kawasan ini popular dengan pasar hujung minggu atau Chatucak Weekend market. Jalan ini tiba2 popular bila disandarkan dengan video yang melibatkan pemimpin pembangkang. Rasa2 kawasan ini bukan kawasan hitam di Thailand. Salah satu sebab bagi mereka perniagaan orang bukan perkara yang gelap.
Monday, April 4, 2011
Orang Muda Rule
Lebih dari 100 wartawan menyerbu di pejabat BN Sarawak menantikan pengumuman calon2 untuk bertanding pilihanraya umum. Yang datang berpangkat Datuk dan Datuk Seri semacam tidak dilayan kerana orang2 ini ketahui sudah lebih 6 kali menang pilihanraya. Mereka terlalu tua dan tidak dapat memberikan sesuatu yang baru kepada komuniti. Datang dengan kereta besar, berkot dan ada pembantu yang tolong menjawab. Muka2 tidak ceria kerana takut dikeluarkan dari senarai calon. Tiba2 datang seorang lelaki berjeans, bertshirt sahaja, dia telah diserbu oleh wartawan. Dia memberitahu bahawa dia telah diminta datang ke pejabat kerana kemungkinan namanya terdapat dalam senarai. Dia memberitahu bahawa dia dengan keluarga hendak pergi membeli belah. Orang muda menjadi trend sekarang dan jika mahu nampak diterima oleh masyarakat mestilah berwatak muda dan tahu akan suasana sekarang. Muda memang nampak tidak berfikir, agak kasar dan cuai. Tetapi mereka lah yang mengubah dunia kerana keberanian mereka.
Sunday, April 3, 2011
The Mechanic
Jason Statham memang pelakon berkaliber dalam aksi. Trilogi filem sebelum ini seperti The Transporter menunjukkan beliau memang pelakon aksi yang tidak pandai berlakon. Aksi beliau disemua filem lebih kurang sama. Mechanic adalah sebuah cerita tentang pembunuh upahan yang kerja tambahan adalah membaiki kereta, walaupun kereta yang ada hanya sendiri dan satu sahaja. Konflik terpaksa membunuh majikan dan akhirnya anak majikan yang dibunuh menjadi anak didik beliau. Apabila sudah mahir anak didiknya cuba membunuh mekanik tersebut dan pengakhiran dimana mekanik sudah mengetahui lebih awal. Aku boleh tertidur ditengah cerita kerana semacam sudah mengetahui pengakhiran cerita. Tontonlah jika tak pernah menonton cerita aksi.
Saturday, April 2, 2011
Lambang
Pilihanraya Sarawak akan berlaku tidak lama lagi. Untuk mengelak dari menggunakan lambang yang sama kepada calon2 persendirian, Spr telah meluluskan beberapa lambang untuk digunakan. Lambang2 tersebut adalah gajah, udang, kereta, kapal terbang, pokok dan gelas. Sesiapa yang pilih udang sebagai lambang pasti sukar untuk mengelak dari ditanya tentang otak udang. Kalau gajah menjadi lambang pasti sukar hendak menerangkan tentang besar badan. Jika pilih kereta atau kapal terbang, kena pilih kereta yang mewah tak boleh yang bawah 1.0 cc. Lambang2 memainkan peranan yang besar dalam mengaburi mata seseorang. Lambang menjadi sesuatu objek penerangan kepada apa yang diperjuangkan. Pernah dalam satu kursus motivasi diberi sehelai kertas pada semua yang hadir melukis lambang diri. Berbagai lukisan yang keluar dan dari lambang itu fasilitator akan bertanya perihal lambang dan hanya empunya lukisan dapat menerangkan. Diberi lambang kotak, bulat, segi tiga dan bintang lalu fasilitator bertanya apa lambang merujuk kepada kita. Ada yang memilih kotak - fasilitator akan berkata bahawa orang yang memilih kotak adalah menjurus kepada orang2 yang mengikut kata tanpa mengeluarkan idea tersendiri. Ada yang memilih bintang, fasilitator akan memberitahu bahawa bintang adalah orang yang celaru pemikirannya. Orang yang memilih segi tiga adalah orang yang ada tujuan. Mereka yang memilih bulat agak pelik. Fasilitator memberitahu bahawa orang yang memilih bulat adalah orang yang kuat sex. Pilihan lambang boleh membuat orang berfikir untuk memilih. Orang Sarawak pilihlah wakil yang boleh bekerja untuk mereka.
Friday, April 1, 2011
Bila Hujan Berkahak
Bila hujan aku teringat cerita ketika menjadi Maybank Auditor di Kuala Lumpur. Semua berlaku lebih kurang pada tahun 1993 dahulu ketika aku berada di Jalan Medan Tuanku. Kami yang 4 orang dalam satu pasukan terpaksa bergerak di sekitar Kuala Lumpur untuk bekerja mengaudit syarikat2 yang membuat pinjaman lebih dari RM5 juta dengan Maybank. Satu hari panas terik sedang kami mencari teksi, lalu singgah seorang Cina yang membawa teksi dan seperti baru lepas menghisap rokok. Penuh asap di dalam teksi tersebut sehingga kami suruh dia buka aircond dulu sebelum kami masuk. Semua tingkap ditutup masih lagi berbau rokok. Dalam keadaan jam tersebut, hujan lebat turun. Suasana agak kabus didalam teksi kerana dari suasana panas kepada sejuk. Tiba2 pemandu Cina tersebut batuk2 dan mengeluarkan kahak. Punyala tak sopan dan terus meludah ke kanan cermin. Aku yang berada di belakang tersentak terkejut rasa nak pening.....tingkap tidak terbuka dan KAHAK itu melekat di cermin. "Sorry2 Bang, saya tak ingat" Pemandu itu mengambil kain lalu mengelap cermin tersebut. Mengeleng2 aku rasa nak muntah. Perjalanan yang sekejap rasa masih jauh. Hujan diluar masih lebat. Suasana di dalam kereta masih kabur. Pemandu itu sekali lagi buat hal. Aku cepat2 suruh berhenti dan kami semua lari tak bayar. Kami marah sebab Dia ambil kain yang berkahak tadi lalu mengelap cermin depan pulak. HUJAN dengan cermin BERKAHAK, chit.
Pembaziran
Khutbah Jumaat hari ini menceritakan tentang pembaziran yang manusia lakukan. Selalu kita bercerita tentang pembaziran harta tetapi kali ini khutbah menceritakan tentang pembaziran Harta, Masa dan Tenaga. Harta banyak digunakan untuk membuat barang yang tidak berfaedah. Masa banyak tidak digunakan untuk kebaikan. Tenaga banyak tidak digunakan membuat benda yang baik. Bagi aku banyak lagi pembaziran yang kita tidak nampak tetapi pembaziran berlaku. Kesesakan lalu lintas - harta, masa dan tenaga dibazirkan. Tenaga kita dalam kesesakan hanya duduk pening memikirkan perjalanan yang 20 minit menjadi 2 jam. Ini adalah kerugian masa yang tidak terkira. Tenaga minyak dan tenaga badan kita menyusuri kesesakan jalan juga pembaziran. Minyak yang habis ketika jalan sesak tidak terkira banyaknya. Bila sudah lewat tiba untuk mengambil anak di taska, mereka akan mengenakan caj kerana lewat tiba. Ini juga pembaziran. Kos penyelenggaraan seorang anak sekarang seperti menyewa sebuah apartment untuk tinggal RM350 - RM400 (untuk pengendalian sekolah yang berwibawa). Pembaziran yang berlaku disebabkan oleh keadaan sekeliling sepatutnya Kerajaan fikirkan.
Labels:
life
Subscribe to:
Posts (Atom)