Cuti sekolah diakhiri dengan AF dan FA. Terengganu menjulang piala FA setelah menunggu 11 tahun untuk piala itu kembali ke negeri mereka. Peluang berada di akhir melawan Kelantan menjadi satu cerita seperti orang hodoh dapat kawan puteri. Seminggu sebelum itu mereka kalah dengan Kelantan 3 berbalas 0. Perlawanan yang dikuasai 58% oleh pasukan Kelantan tidak digunakan betul2 untuk menang. Beberapa orang kawan Kelantan bercerita tentang tak boleh tidur 2 malam disebabkan kekalahan ini. Yang menarik pasukan Kelantan telah memeriahkan industri bolasepak di Malaysia. Berbaju merah dengan pergaduhan yang berlaku di tempat sendiri hatta ditempat lawan memang seperti magnet memanggil orang menonton mereka bermain. Terengganu boleh diberikan tepukan sambil berdiri kerana melawan sehingga mendapat tambahan masa dan menang secara total. Di satu majlis lain pula, Hazama menjadi juara AF ke 9 dan menurut rekod, ini adalah AF yang terakhir. Dan sebenarnya memang banyak orang dah tak larat nak sama2 menangis dengan budak2 realiti ini. Memang aku tak ikutnpun dan pernah satu ketika pekerja aku berhabis setiap minggu RM600 untuk penyanyi di AF. Mengundi sambil tak dapat apa2. Inilah yang dinamakan keseronokan boleh dibeli. Jangan terkejut kalau orang berbelanja tidak seperti kita. Kononnya membuang duit dan rugi tetapi sebenarnya keseronokan yang dibeli itu melampaui kerugian. Orang yang menonton FA di stadium dan tidak AF menyatakan betapa rugi mengundi tetapi orang yang mengundi AF dan tidak ke stadium berkata kenapa sampai bergaduh untuk menyokong.
No comments:
Post a Comment