Kes bekas MB Selangor baru hari 2 sudah mengeluarkan cerita lebih dari RM10 juta. Mengikut rekod, Khir Toyo membeli tanah lot bangalow sebanyak RM3.5 juta walaupun harga yang dibeli oleh Ditamas Sdn Bhd sebanyak RM6.5 juta. Pengarah Syarikat Shamsudin Hayroni sudah dibebaskan hari Isnin dahulu untuk kes rasuah itu dan hari ke 2 dijadikan saksi untuk kes Khir Toyo pula. Pening Khir Toyo. Semalam, seorang konsultan untuk merenovasi rumah memberitahu bahawa dia dibayar RM6 juta untuk buat renovasi bangalow si Khir Toyo. Pecah rahsia si konsultan bahawa dia seorang yang bankrup dan tidak boleh membuka buku bank. Lalu dia memberitahu semua bayaran dalah secara tunai. Kita rakyat marhein ini, memang tak terkira dengan jari kat tangan tentang juta2 yang diceritakan. Dan yang lebih sadis pembayaran secara tunai bermula dengan RM250,000 hingga ke RM500,000. Dan mengikut konsultan itu, kerja2 belum siap lagi kerana SPRM sedang menyiasat. Pernah dahulu diberitahu bahawa seorang ADUN Pakatan Rakyat memberitahu bahawa rumah bangalow itu berharga RM24 juta tetapi dinafikan oleh Khir Toyo. Kita kena pandai matematik untuk hidup sekarang. Tukar gaya hidup.
No comments:
Post a Comment