Yang selalu jengok

Friday, June 3, 2011

Yahoo dan KJ




Untuk ke 2 kali, Yahoo memanggil pula KJ, ketua Pemuda UMNO untuk menjadi tetamu dan menjawab soalan2 dari netizen. KJ menjawab tentang keperluan merit untuk masuk ke dalam politik. Merit yang ditanya kerana KJ adalah menantu kepada bekas PM dahulu iaitu Pak Lah. Dia juga ditanya tentang 1Malaysia Email dan dia menjawab tidak perlu dibuat sekarang. KJ adalah ahli UMNO sepenuh masa dan sehingga sekarang tidak memegang apa2 jawatan di dalam Kerajaan maka sedikit masa dulu dia telah menjalani latihan askar wataniah dan pasukan payung terjun. Banyak soalan ditanya sehingga ura2 hubungan dengan Nurul Izzah anak DSAI. KJ juga ditanya hubungan dengan Jason Lo, Tony Fernandes dan Air Asia. Mengikut rekod KJ pernah ada saham di ECM Libra 1.23% bersamaan 10.2 juta saham dan dijual pada masa itu RM0.65 bersamaan RM6.6 juta masuk poket. Dia juga meminta netizen tanya kepada Najib kenapa dia tidak dapat jawatan dalam kerajaan. Untuk rekod juga, dia adalah Timbalan Presiden FAM sekarang. Pemuda2 memang patut menyelusuri dan meniru KJ kerana dengan berkahwin dengan anak ahli2 besar politik, dia mendapat tempat di dalam politik dan boleh masuk wataniah tanpa takut hilang pekerjaan dan jadi ahli payung terjun tanpa takut kos hidup meningkat.

No comments:

Post a Comment