Bomoh Siam memang popular di Malaysia. Asal cerita di Kelantan perihal nombor ekor - bomoh siam akan muncul. Cerita tentang masalah perempuan, bomoh siam mungkin dipanggil. Ada kala bomoh siam sama popular dengan industri perempuan di sana. Kena bomoh siam bermaksud sakit yang tak boleh diubati - kata orang. Bomoh siam bagi nombor maka macam keyakinan tinggi nombor ekor akan kena. Dan semalam cerita paling sedih bila seorang pemuda maut bila berubat dengan seorang bomoh siam. Mula2 diberikan minum berjag2 air dan akhirnya nampak macam tak cukup diberikan pula paip air untuk diminum. Kes bagi minum sampai kembong hanya berlaku dulu masa Jepun. Dan sekarang masih berlaku pada waktu SMS, telefon di tangan, TV sekeping dan Mak CIk Google boleh jawap semua soalan cukup menyebabkan kita rasa terkilan. Bomoh siam yang seorang ini adalah perempuan dan dikenali sebagai Kak Jah. Sesiapa ada jumpa sila lapurkan pada balai polis yang berdekatan. UBAT pakai air je.
No comments:
Post a Comment