Dan PM mengumumkan bahawa Transformasi Ekonomi sudah mencapai RM170.28 billion pelaburan sejak dilancarkan pada bulan Oktober dulu. Diumumkan juga bahawa ia telah memberikan pekerjaan pada 362,396 orang sepanjang masa itu. Bukan setakat pekerjaan diwujudkan tetapi ia memberikan kenaikan Keluaran Negara Kasar kepada RM220.15 billion. Memang aku yakin Mak aku tak tercapai dek akal nak tahu berapa banyak RM100 kena kumpul nak jadi RM220.15 billion ini. Bagaimana ia dibuat dan orang2 marhein macam kita yang tidak berapa faham tentang inisiatif ini pasti pening memikirkan. Cuba lihat tendangan anak aku ini kepada pagar. Nampak macam OK tapi pagar tak melawan bolehlah.
Anak lelaki aku menerajang pagar
Betulkah pekerjaan dicipta dengan pelaburan sebanyak itu. BETUL dan BENAR. Memang SAHIH tanpa disangsikan lagi. Jangan cuba melawan atau berdolak dalih kalau tak berapa faham. Dan jangan terkejut, mengikut PM kita lagi ini adalah pelaburan paling tinggi dan paling cepat dalam sejarah. Ekonomi sebutan yang aku pernah beritahu dulu sudah menjadi kristal betulnya. Sekarang kita kena melihat ekonomi yang dirujuk dan berdekatan dengan kita atau tidak. Kerana walaupun pelaburan itu nampak banyak dan tak terkira dengan jari tetapi kira sepatutnya bukan rasa hanya tempias tetapi hujan lebat kerana merasakan nikmat billion2 itu masuk ke ekonomi. Makin tak faham mak aku kat Subang.
Anak aku tengah mencari2 mana bahagian hendak dipukul
Tempat2 yang menjadi NKEA (National Key Economic Area) - rasa2 isteri aku nampak macam IKEA je. Kena faham bahawa NKEA adalah tentang kesihatan, komunikasi, infra, jualan dan runcit, minyak gas dan energy dan industri services. Tempat2 ini dilaburkan dan pekerjaan dicipta di tempat2 ini. Dan semalam PM juga mengumumkan inisiatif baru sebanyak RM2.77 billion dan kerja dicipta sebanyak 36,595 untuk mencapai NKEA iaitu merangkumi 9 inisiatif - 160 ekar UCSI tempat belajar, 2 Sime Darby - hospital, tadika, penjual udang global, burung layang2 dan tele komnunikasi. Cuba pilih mana satu boleh menurunkan kos hidup kita di Malaysia. Bila pelaburan yang dinyatakan tak sampai betul2 depan mata, kita akan rasa kos bebanan hidup mahal. Kenaikan tarif elektrik, gula dan penyelarasan subsidi menyebabkan kita tertekan. Rakyat mahu stimulus yang diberitahu datang terus kepada mereka. Kita ambil contoh infrastruktur yang termasuk dalam inisiatif RM2.77 billion yang diumukan semalam. Kita kecilkan skop kepada pembaikan untuk balai Polis. Contoh RM2 juta untuk buat longkang di Balai Polis. Projek ini akan diberikan kepada kontraktor kelas F dan kontraktor itu mengajikan pekerja dan membeli bahan binaan untuk membuat longkang. Duit sudah bertukar tangan ke pihak marhaein dan masuk dalam ekonomi. Adakah jumlah duit itu dapat mengurangkan harga kos hidup kita? Duit RM170 billon pasti masuk ke ekonomi tetapi di katung siapa ia singgah!!!!
No comments:
Post a Comment