Filem ini dinobatkan Filem Animasi Terbaik di Academy Award tahun 2008. Memang tak boleh sangkal dengan cerita cinta robot, dunia dah tiada dan yang berperasaan hanyalah robot. Jauh pemikiran penulis filem ini. Orang2 pada masa itu hanya duduk menonton dan belayar dikapal sambil makanan sampai ke mulut. Orang2 pada masa itu gemuk2 dan sudah tidak boleh bergerak cepat lagi. Semuanya dikuasai oleh robot. Percintaan Wall E dan Eve didalam filem ini adalah cinta pertama yang melahirkan kesedaran tentang perasaan. Sudah 3 kali subuh anak aku menonton dan aku terpaksa melayan anak aku dengan soalan2 bebudak tetapi mencabar minda. Diulang2 filem itu dan akhirnya berakhir pagi tadi. Wall E memang boleh dipanggil 'Genius Filem' kerana elemen yang kesedaran yang pada masa akan datang hanya boleh disedari oleh robot. Filem yang boleh kita tonton dan berseronok. Adakah manusia akan datang gemuk2 kerana malas atau obesity tidak menjadi hal utama lagi.
Errr.... itu macam kalu, aku gembira kalau dianggap manusia zaman lampau... eheks...
ReplyDeletemasa tak tahu bahaya
ReplyDelete