Ini rumah Khir Toyo |
Krisis harga rumah berlaku semasa pemerintahan Bush dulu di Amerika. Harga melambung2 naik sehingga berjuta2 ringgit dan mengikut rekod rumah yang baru dibeli oleh Beckham ketika itu lebih dari USD25 juta. Harga yang diletakkan oleh Beckham memang tinggi kerana meraikan kekayaan yang dia ada. Tidak semena2 di sekitar tempat tenmpat Beckham membeli rumah/mansion juga naik mendadak. Ini dilakukan oleh spekulator2 yang bijak mengunakan kesempatan melihat Beckham membeli rumah semahal itu. Rumah yang sebelum itu berharga bawah USD5 juta boleh naik 5 kali ganda hanya disebabkan oleh Beckham beli. Di Malaysia baru2 ini diceritakan tentang rumah Khir Toyo yang tanahnya berharga RM6.5 dibeli oleh Khir Toyo dengan diskaun entah sebab apa cuma sebanyak RM3.5 juta sahaja. Mengikut kontraktor yang membaik pulih rumah Khir Toyo, Nasir - dia dibayar sebanyak RM6 juta untuk mencantikkan rumah bangalow tersebut. Kalau masih ingat dengan bekas Adun Pelabuhan Klang, arwah Datuk Zakaria Md Deros dulu juga kecoh kerana membuat rumah yang tidak ketahuan harganya. Beberapa orang menganggarkan harga rumah yang dibuat sekitar RM25 juta. Datuk Zakaria adalah salah seorang Adun semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor. Krisis rumah berharga tinggi ini memang menjadi topik cerita bila kita berkahwin. Mahukan rumah sendiri, berapa harga rumah, apartment atau rumah bawah, jauh dari bandar atau tidak, mampu bayar atau tidak dan perlukah membeli atau menyewa sahaja? Spekulator suka menaikkan harga rumah untuk menaikkan harga rumah semasa tetapi bila kes2 rumah harga tinggi ini berlaku di Malaysia, kalau boleh tuan punya rumah mahu memberitahu bahawa ia berharga bawah RM50,000 sahaja. Saya beli, murah je ditengah2 Shah Alam - apa korang kesah.
Datuk Zack punya |
No comments:
Post a Comment