Liam Neeson sudah menjadi satu ikon untuk cerita yang memerlukan perangai maskulin lelaki. Cerita2 sebelum ini yang menunjukan beliau seorang hero watak keras. Cerita Taken sebelum ini memberi Liam Neeson nafas baru sebagai watak adiwira yang ditunggu. Kali ini beliau menjadi seorang doktor yang kemalangan dan selepas itu tidak dikenali hatta isterinya sendiri. Cerita bergerak ke arah pencarian mencari asal diri setelah sedar dari kemalangan dengan mengetahui isterinya sudah dimiliki oleh orang lain. Dan klasiknya, isterinya tidak mengenali dirinya dan suami yang baru itu menggunakan nama beliau pula. Watak yang dibawa oleh Liam Neeson tidak boleh dipertikaikan lagi tetapi watak2 seolah2 tidak membantu untuk memberikan filem itu kekuatan. Kalau dibandingkan dengan Taken, cerita ini hanya boleh diberikan separuh jalan sahaja. Cerita yang akhirnya memberikan jawapan dan keseluruhan adegan berlaku di German boleh memberikan cerita yang menarik seperti Bourne Identity tetapi seolah2 tidak kesampaian.
No comments:
Post a Comment