Yang selalu jengok

Monday, June 13, 2011

MOGOK & Demo

Patutlah harga ikan naik.  Beberapa hari dulu, isteri yang sudah lama meninggalkan makan malam di kedai sudah mula meminta makan di kedai.  Dan seperti biasa, menu kami mesti ada ikan yang akan dibuat masak pedas, 3 rasa atau 'steam'.  Pelayan kedai itu memberitahu ikan siakap yang aku minta sudah tak larat mereka beli.  Bukan sebab tak mahu beli tetapi harga yang mahal tak sanggup mereka letak pada pelanggan.  Ikan yang ada adalah bawal dan isteri yang sudah lama rindu makan begitu bersetuju dan kami makan seperti biasa. 

Dan semalam diberitahu bahawa beberapa persatuan nelayan laut dalam sudah berdemonstrasi meminta kerajaan menurunkan harga diesel yang baru diselaraskan.  Nelayan di Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Perlis dengan serentak berdemo semalam dengan menyatakan mereka akan mogok selama 3 hari.  Menteri Ismail Sabri menyatakan mereka tidak akan tunduk kepada ancaman mogok tersebut.  Noh Omar juga mencadangkan ikan2 perlu untuk di import jika mogok itu betul2 berlaku.  Aku teringat cerita yang pernah aku tulis dulu tentang cukong iaitu ketua monyet yang berbakti kepada tuannya.  Beberapa ekor monyet adalah pekerja setia kepada tuan monyet.  Monyet2 itu akan ke hutan dan mengambil buah2 untuk tuannya menjual.  Mereka akan mendapat upah dan kembali mencari buah2 di hutan.  Satu ketika mereka berdemo kerana selama mereka bekerja upah tak pernah dinaikkan.  Lalu monyet1 yang muda minta semua berfikir sebentar tentang bagaimana kalau mereka mogok.  Beberapa monyet bersetuju tetapi yang tua marah kerana tidak berterimakasih dengan tuan monyet selama ini memberi mereka makan.  Setelah berbincang semua bersetuju untuk pergi ke hutan dan mencari buah2an untu sendiri makan dan tanpa memberikan kepada tuan monyet.  Akhirnya monyet tua terpaksa mengikut majoriti kerana hasil hutan sana memang boleh diambil sendiri tanpa diberikan kepada orang lain kerana ia adalah bahan makanan juga.  Mengikut cerita tuan monyet itu telah mati kelaparan. 




Begitulah cerita tentang mogok nelayan ini.  Laut luas sana penuh dengan hasil laut yang tidak pernah surut2 hasilnya.  Nelayan2 yang mahu hidup pasti tahu apa yang perlu dibuat selepas ini.  Dan kita yang bukan nelayan JANGANLAH sombong kerana kuasa membeli yang kita ada mungkin tak bernilai seperti selalu.  Aku terlupa nak beritahu berapa harga makan malam keluarga kami pada hari itu adalah RM42 - ikan bawal goreng pedas, sup cendawan, 2 telur dadar, 4 nasi putih dan air teh panas, laici dan tembikai.  Harga biasa aku untuk semua ini sekitar RM28 - RM32 sahaja beberapa bulan dahulu.

No comments:

Post a Comment