Semua mempertahankan Najib dan Rosmah tentang lawatan bekerja mereka di Kazakhstan. Wisma Putra menafikan, KJ juga menidakkan dan terbaru Sharizat Jalil menyatakan tiada perkahwinan. Perasaan ingin tahu tentang penggunaan duit siapa untuk semua pergi ke World Islamic Economics Forum (WIEF) menjadi isu utama. Tugas pembangkang adalah memprovok minta diberitahu. Yang sebelah sini terus menidakkan. WIEF yang diadakah di Kazakhstan adalah yang ke 7 kalinya. Teringat aku pada forum Islamic yang Malaysia buat setiap tahun di Malaysia iaitu Kuala Lumpur Islamic Forum (KLIFF). Semua sponsor untuk KLIFF dikategorikan kepada Daimond, Platinum, Gold dan sponsor biasa. Biasanya bank aku akan menjadi sponsor platinum dan mengikut kebiasaan negeri yang membuat Forum sebegini akan menjadi sponsor2 terbesar. Merujuk kepada WIEF pula kebanyakan sponsor adalah dari Malaysia iaitu yang boleh dikategorikan sebagai daimond sponsor adalah SIME Darby, UEM, Berita Harian dan beberapa syarikat2 Malaysia yang lain. Walaupun tidak dinafikan bahawa ada sponsor dari luar dari Malaysia tetapi tidak boleh melawan syarikat2 dari Malaysia. Rakyat terus nak tahu perihal cerita di Kazakhstan dan mengikut teks tweeter baru dari KJ, pertunangan anak Najib denga orang besar di Kazakhstan dibuat di Malaysia lama dulu. Entahlah kalau boleh jawab macam tu. Tapi jangan pelik kerana WIEF beroperasi dari pejabat mereka juga di Malaysia.
No comments:
Post a Comment