Yang selalu jengok

Thursday, June 2, 2011

Gaya Hidup 2




Semalam CEO FOMCA, seorang Datuk la, bercakap di Hujah, TV9 tentang tukar gaya hidup sebab kenaikan tarif elektrik. Dia memberikan beberapa cara untuk mengurangkan kos hidup sekarang. Banyakkan jalan kaki pergi kerja. Beli basikal dan kurangkan gula dalam minuman banyakkan senyuman dalam kehidupan. Kurangkan pergi ke pusat membeli belah. Tanam cili sendiri di rumah2 pangsa kerana cili hanya memerlukan pasu. Tanam padi di beranda rumah. Satu tapak sebesar 3 kaki X 6 boleh membuat beras untuk 250 - 300 gram 3 bulan. Masukkan baju bawah tilam untuk mengganti pengosok baju. Kereta hanya bergerak waktu cuti dan kalau tidak guna pastikan bateri di buka dan disimpan di dalam almari. Kumpulkan semua barangan di rumah dan susun kepentingannya. Jika nampak tidak perlu cuba jual di pasar2 tani sebagai barang guna. Beli harian untuk makanan hanya diperlukan sahaja. Pastikan ikan, daging dan ayam masak mengikut kepadatan orang isirumah. Kalau satu isirumah 5 orang maka daging mestilah sebanyak 5 ketul sahaja. Tidak membuka lampu kerana ia dapat mengurangkan penggunaan. Pasang gasoline atau lilin yang kos agak murah sehingga habis. Kalau boleh menggunakan lilin kecil untuk 'Selamat Hari Jadi' kerana ia akan menyebabkan lagi cepat isirumah tidur - ini aku dah buat. Kalau nak baca buku malam aku akan ke tempat terang di luar rumah. Gunting rambut satu sekeluarga sendiri - ini pun aku dah buat. Pasang pendingin hawa mengikut masa yang tetap selama 4 jam sahaja - ini memang aku buat. Basuh kereta menggunakan air hujan yang ditadah atau selalunya aku biarkan air hujan sahaja basuh. Kentang goreng buat sendiri - ini isteri aku selalu buat dan anak2 macam nak tak nak je makan sebab tak masin. Berdasar pengiraan kasar oleh Datuk Fomca itu, kesemua ini dapat mengurangkan pembelanjaan isirumah sebanyak RM600 juta jika semua setuju buat. Dan akhirnya dia menambah, selalu menonton TV di kedai2 mamak kerana ia masih percuma.

No comments:

Post a Comment