KJ buka cerita tentang pergi ke Kazakhstan telah dirancang lama dan bersangkutan pula dengan majlis pertunangan anak PM. Perancangan yang agak teliti. Dalam The Star pula cerita tentang The World Islamic Economic Forum. Dalam akhbar yang sama, cerita tentang Rosmah Mansor menghadiri Islamic Fashion Show dan kalau perasan dalam gambar itu terdapat juga anak2 PM sama2 menonton fesyen show itu. Cerita tentang pertunangan anak PM lansung tiada dalam berita cuma di dalam twitter KJ menceritakan kerana mengikut KJ, lawatan ini juga adalah membalas lawatan Presiden Kazakhstan ke Malaysia zaman Pak Lah @ Pak mertua dia dulu. Bagaimana rakyat Malaysia melihat perkara ini. Ada yang melihat seperti rugi kerana satu keluarga bertandang untuk majlis pertunangan dan cuba mengambil kesempatan untuk berseronok di tempat lain. Ada yang melihat bagus mengambil peluang ketika forum diadakan dan mungkin dapat mengurangkan kos kerana buat dua benda dalam satu masa. Satu rombongan dibuat untuk ke Kazakhstan dan tujuan yang berbeza tetapi yang menjadi persoalan siapakah yang menanggung kos untuk melibatkan satu keluarga. Contoh yang selalu dekat dengan kita adalah apabila kita dihantar ke satu tempat untuk menghadiri kursus. Dan disebabkan kursus itu di tepi pantai di Langkawi maka kita pun memasukkan nama isteri tersayang untuk bersama2 kita di sana. Kos tambahan itu terpaksa ditanggung oleh kita kerana yang hendak berseronok adalah kita bukan syarikat kita yang seronok tengok kita seronok.
No comments:
Post a Comment