Bila difikir2kan aku mendapat satu idea yang boleh meningkatkan ekonomi seseorang. Ini adalah lebih baik dari Dasar Ekonomi Baru yang meletakkan target 30 Melayu menjadi jutawan. Aku rasa dengan menggunakan cara ini atau telah dibiru-cetakan (blue print) maka plan ini adalah yang terbaik untuk mencipta jutawan atau billionier yang kita hajati. Mula2 kita buat kajian tentang beberapa orang ahli Politik yang berjaya mengumpul duit yang berjuta dan boleh membeli macam2 kereta dan rumah. Mungkin mengikut rekod isteri2 mereka juga menjadi jutawan segera. Khir Toyo sebelum menjadi MB tidak mempunyai rumah seperti sekarang dan pinjaman yang HSBC bagi sudah sampai RM3 juta. Isteri beliau juga pasti tidak pandai mencuci kuku dikedai. Tetapi berdasarkan rekod mereka sudah boleh bercuti di Los Angeles beranak pinak. Tengok PM, TPM dan menteri2 dibawah mereka bagaimana kehidupan mereka dan kalau pergi ke Kelana Jaya ada rumah bekas menteri yang sebesar istana pun. Hatta, keluar diakhbar2 Khairi Jamaludin yang cuma Ketua Pemuda UMNO sahaja pernah memiliki saham yang melebihi RM10 juta pada umur 30 an sahaja. Ini boleh melelehkan air liur budak2 pelajar yang tidak tahu kemana arah mereka. Dan kekayaan ini bukan datang dengan berniaga berbuntang mata bekerja tetapi dengan menumpukan kerja2 politik semasa. Ini adalah jalan termudah dan dapat membuatkan 'Ketuanan Melayu' ditegakkan. Banyak orang berkata dan menjadi rahsia orang ramai pun, menjadi Adun sekali sudah boleh mengumpul harta yang banyak. Kalau ini dibiru-cetakkan untuk pendidikan anak2, kehidupan berpolitik boleh dijadikan cita2 yang murni dan luhur untuk menambah Jutawan Segera atau Billionair yang kita impikan selama ini. Kajian harus dibuat ke atas seluruh ahli2 politik - baik UMNO, MCA dan MIC. Kalau dikira mungkin ribuan Jutawan tercipta dan terus menjadi rahsia orang ramai. Rebutlah peluang menjadi ahli politik walau sekejap kerana habuan yang diterima boleh sehingga ke anak cucu.
No comments:
Post a Comment