Gambar oleh Zatie Atie (ATPN) |
Banyak yang hadir. Ramai yang bercerita dan banyak gambar diambil. Yang pasti riak kenangan remaja ditimbulkan di Asrama Yayasan Selangor dilebong kembali. Asrama Tun Dr Ismail (ATDI), Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN), Asrama Doktor Latif (ADL) dan Asrama di Kelang disatukan pada hari itu untuk melancarkan Persatuan Alumni Yayasan Selangor. Aku tak hadir pada pelancaran ini kerana meraikan isteri dalam pantang. Resah, rugi, terkilan dan terkesima dengan melihat gambar2 yang diambil. Walaupun tidak yang berkata2 tetapi riak muka seorang2 nampak riang gembira. Kelas2 yang hadir bermula dari zaman tahun 70an lagi dan pasti mereka2 sudah ada yang menimang cucu. Kelas 1987 ATDI yang berwakilkan seorang, Zahri Samingon memang rasa kecilnya. Yang pasti jiwa besar Zahri membuatkan dia hadir ke situ. Dan mungkin mengambil sikap seperti Kelab Isteri Taat, dia hadir memeriahkan suasana. Beberapa gambar yang aku lihat menimbulkan banyak cerita untuk dilebongkan. Pastinya banyak perubahan yang berlaku dan ini memang biasa bila perjumpaan yang dirancang selepas 10, 20 atau 30 tahun selepas bersekolah. Teringat aku perkara yang banyak dibuat bersama dengan asrama2 ini, Minggu Bahasa, Sukan, Frieshie, koir dan berperang mercun tahun 1987. Semua sejarah lama ini bermacam2 versi kerana mengikut orang yang melakukan. Aku berada dalam dunia aku sendiri pada masa itu - 1982 - 1987. Seronok bila dikenang2 dan sedih bila teringat2. Ada diantara kami tidak dapat bertemu lagi. Kalau aku simpulkan hari pelancaran yang nampak formal itu adalah KENANGAN mengusik jiwa.
Nice Blog Firdaus.. zatie atie
ReplyDelete