Yang selalu jengok

Saturday, July 30, 2011

Toleh Saja Sudah Kena

Mendengar saja lagu sudah teringat filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ).  Filem yang mengubah landskap filem di India.  Arahan Aditya Chopra ini masih di tayang di Maratha Mandir Theatre dan pada Februari 2011 mencipta rekod 800 minggu ditayangkan tanpa berhenti. Filem ini dikategorikan filem mesti tengok dalam senarai filem2 India. Lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol dan lagu2 yang ada di dalam filem itu kalau dikumpul lebih dari 1/3 hanya nyanyian dalam 3 jam filem itu.   Teringat dulu masa berkawan dengan isteri, aku akan mainkan lagu ini dan letakkan ganggang telefon terus ke isteri.  Dan ini berulang2 hampir setiap malam. 800 minggu (1995 - 2011) ditayang di pawagam dan masih penuh macam filem2 terbaru.  Bagi aku, keseronokan di filem seperti memberikan keseronokan apabila menghadapi masalah di luar filem.  Ada orang membeli buku mahu tahu bagaimana cerita buku dihabiskan.  Kalau pengakhiranyan gembira, pasti dibeli.  Dan cerita DDLJ ini menjanjikan gembira walaupun ekonomi terdesak di India.  Selepas menonton pasti hati rasa tenang.  Yang muda tahun 1995, pasti teringat ketika DDLJ keluar di pawagam Maratha Mandir Theatre dan sekarang anak muda diberitahu tentang filem itu kepada anak2 mereka untuk menonton.  Lagu2 di dalam filem ini akan memberikan kita interframe penyambungan filem, keluar sahaja lagu, kita pasti sudah tahu di mana filem itu - di tengah atau sudah pengakhirannya.  Dan lagu ini menandakan filem nak sampai hujung semasa Kajol akan ditunangkan. Udit Narayan sebagai penyanyi telah menang sebagai penyanyi latar filem untuk lagu ini. Aku tulis cerita ini selepas mendengar pagi2 Jumaat waktu hujan, di radio bila Raja Azura berkata lagu hisdustan "Toleh saja sudah Kena, toleh saja sudah Kena" akan dipasang.

Malaysia ke 19 Paling Selamat

Memang selamat tinggal di sini.  Dunia luar memang kena hormat kat kita.  Kalau ada kes2 terpencil tu pun tidak dapat menidakkan tingginya keselamatan kita di sini.  Aku pernah pergi beberapa tempat di dunia dan dengar cerita kawan2, nak keluar waktu malam pun bahaya.  Tapi mengikut rekod aku, tempat2 jahat pada waktu malam seolah dialu2kan - tak bahaya pun tapi kita masuk kumpulan mereka.  Ukuran yang dibuat boleh dibanggakan.  Memang selamat.  Aku pernah tengok satu Minah Salleh di Cameron Highland boleh jogging waktu pagi berseluar pendek seksi tidak ada siapa ganggu - masa aku tengok lama2 Minah Salleh tu sampai hilang pandangan.  Cuba kita keluar malam di KL kota metropolitan - Bukit Bintang, Chow Kit rasa2 kita macam berjalan tak perlu tengok kiri kanan cuak takut.  Mungkin aku berani dan yang pastinya Dunia Luar mengiktiraf kita ke 19 paling selamat.  Pada tahun 80 an dulu, kalau ke KL budak2 asrama berbaju seragam selalu kena 'pau' - di Pudu Raya, di Supermarket Kota Raya, Campbel dan Chow Kit.  Apa 'pau' ini? Kena tahan dengan orang jahat dan dorang minta duit.  Tak banyak pun dorang mintak - RM10 mungkin.  Sekarang kisah2 pau ini tak ada lagi cuma pau boleh makan sahaja.  Di kampung2 lagi selamat, tak pernah gaduh2 pun.  Kalau ada berselisih politik sahaja.  Itu pun bila berkempen, lepas tu berbaik.  Kenduri boleh berjalan dan sampai sekarang orang kampung boleh berbincang masak bersama.  Aku rasa memang selamat tinggal di sini.  Tapi nombor 19 itu rasa2 boleh bertukar kalau kita tengok statistik kematian di jalan raya atau mungkin sudah dikira dan menyebabkan kita berada di nombor itu.  Bila baca berita di Iraq - seorang pengebom berani mati telah menyebabkan 3 orang polis maut di Baghdad dan pada ops sikap tahun 2010 dulu, kita telah dapat mengurangkan kematian sebab kemalangan sebanyak 9% iaitu kepada 241 orang.  Amerika mengumumkan askar2 mereka maut di Afganistan sebanyak 700 orang sekitar tahun 2001 - 2009 dan ini adalah statistik paling tinggi dan mereka akan mengekalkan tentera mereka di sana dengan Ops Sikap pada hari ini menunjukkan pengurangan sebanyak 5 kematian dari semalam iaitu 24 orang. Dan berita lagi, sepanjang tahun 2010, kematian disebabkan pengeboman berani mati di Iraq telah meningkat ke 15% 37 orang dari keseluruhan kes 32 orang tahun 2009. Berapa Ops sikap yang kita boleh ingat - sepanjang 2001-2010 Ops Sikap yang dibuat sebanyak 22 kali dan mengikut rekod kematian secara purata paling kurang 11 orang sehari dan paling tinggi 18 orang sehari maut di jalanraya.  Dan sesiapa yang tak pandai mengira apalagi membaca, rekod ini adalah lebih tinggi dari tempat2 yang berperang di seluruh dunia.

Friday, July 29, 2011

HUJAN Sedih

Hujan di luar pukul 5 pagi ini macam tahu kesedihan kita.  Anak sudah menangis sama lebat. Bukan senang anak dipangku sambil melihat kita di belasah begitu.  Sedih ini siapa yang tahu.  Pastinya mereka sudah bersorak sorai gembira.  Kita sedih tak siapa tahu.  Dan pasti juga, hujan terus menyimbah sama sedih.  Letih sedih terus singgah di badan dan hati.  Tiada lagi sorak sorai.  Anak aku ini seolah faham aku bersedih.  Tiada lagi ketawa macam selalu.  Nangis macam dipukul2.  Hujan di luar macam faham.  Peluk anak perlahan tidak mampu mengurangkan sedih anak.  Sejuk barangkali.  Dukung berdiri melihat hujan mencurah menambah lagi sedih ini.  Bukan selalu hujan pagi boleh berbuai memberi rasa pada hati.  Sedih ini bukan sedih selalu.  Tapi sedih ini memang pedih.  Anak sudah terlentok meletak kepala di bahu.  Sedih sudah hilang tapi hujan di luar tidak membantu.  Terus-terusan membaui sedih.  Bila2 nanti jam akan berbunyi menanda waktu tidur sudah habis.  5.30 am dan hujan terus memberi sedih.  Letih dan sedih ini bergabung seolah memberi demam pada aku.  Mungkin solat Subuh nanti memberi ceria pada aku.  Aku sedih dan hujan menambah parah.  Kenapa Malaysia dapat seri sahaja dengan Singapura.  Sedih betul la.

Wednesday, July 27, 2011

Budaya Kerja Islam

Tan Sri Ali Hashim
Aku pergi ke Konvensyen Budaya Kerja Islam pada 25/07/2011 yang dikelolakan oleh SUK Selangor dengan menjemput lebih dari 400 orang ahli korporat seluruh Selangor.  Slot2 sepanjang hari dipenuhi dengan ceramah2 dan forum memberi faham tentang cara bekerja seorang Islam.  Salah seorang penceramah adalah Tan Sri Ali Hashim - bekas CEO KPJ.  Seorang yang cekap mengendali syarikat yang katanya bermula dengan RM10 juta pinjaman dan sekarang KPJ sudah mempunyai aset lebih dari RM19 billion.  Beliau bercerita tentang budaya penjajah, superman, gajah sarkis dan kakitangan.  KPJ adalah sebuah syarikat GLC Johor dan sekarang memegang lebih dari 20 hospital swasta di seluruh negara.  Budaya Penjajah meletakkan pekerja adalah kakitangan maka simpulan yang boleh diberikan oleh Tan Sri Ali Hashim - kakitangan adalah pekerja yang tidak menggunakan kepala maka unsur2 penjajahan fikiran dibuat untuk melambangkan bahawa pekerja hanya perlu membuat apa yang disuruh.  Dia bercerita tentang Business Jihad sebagai penutup bicara.  Tan Sri Ali Hashim juga membawa buku untuk dijual yang ditulis oleh beliau sendiri "Khalifah bukan Superman". Aku selitkan video tentang cerita Business Jihad yang pernah atau topik yang sama Tan Sri Ali Hashim berceramah.


Anders Behring Breivik

Kita tentu tak kisah kalau ia berlaku di negara lain.  Negara ini tidak pernah menghukum mati banduan selama 21 tahun menunjukkan betapa baiknya orang2 di Norway itu.  Tetapi pada hari Sabtu di Norway hari itu, keputusan mahkamah untuk menghukum bunuh terus diwar2kan.  Anders Behring berumur 32 sahaja tetapi mengikut lapuran terakhir, kematian telah meningkat kepada 93 orang.  Ia bermula apabila dia menyewa pada bulan April 2011 sebuah ladang untuk membuat baja dan kimia untuk tanaman.  Pada hari Sabtu itu sebuah bangunan Kerajaan Norway telah meletup dan membunuh 7 orang di sekitar bangunan.  2 jam selepas itu, Anders telah berkayuh ke sebuah pulau Utoya Island dimana Parti Buruh sedang berkonvenseyen dengan anak2 muda seramai 600 orang.  Dia berpakaian seragam polis dan menembak secara rambang seramai 85 orang.  Setelah diselidik di dalam komputer yang dibawa dan perjalanan Anders sebelum membuat tembakan dan pengeboman itu, dia telah menulis sebanyak 1,500 manifesto tentang kekejaman dan kebencian beliau kepada imigrant Islam yang datang ke Europe.  Beliau menulis "centuries-long Muslim Colonisation of Europe. Beliau telah ditangkap hidup2 dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 1/8/2011.  Kemungkinan dia akan mengaku gila untuk menyelamatkan diri mengikut pendakwaraya.  Pelik dengan perangai manusia ini, di Norway boleh dikategorikan negara paling selamat boleh berlaku perkara2 begini.  Cerita ini hanya untuk dikongsi dan rasanya filem "Rampage" boleh menunjukkan bagaimana orang2 ini mula memberontak dan bertindak secara sadis dan bersendiri.

Senyuman Taib Mahmud

Senyuman Rosmah Mansur

Tuesday, July 26, 2011

A Bout Portant @ Point Blank

Cerita berbahasa Perancis yang selalu aku tengok adalah yang ganas dan tembak menembak.  Filem ini adalah salah satu cerita yang boleh diberi perhatian dengan pelakon2 yang disegani seperti Roschdy Zem yang memberi lakonan terbaik dalam Outside the Law di Sundance Film Festival.  Cerita bermula apabila seorang jururawat lelaki perlu membuat 2 perkara untuk menyelamatkan isterinya yang mengandung dari dicederakan oleh penjahat.  Dia perlu memastikan pesakit keluar dari hospital yang dipenuhi polis dan menyelamatkan isteri dari balai polis.  Filem aksi ini dipenuhi dengan plot cerita yang melibatkan polis yang jahat dan korup. Filem sepanjang 84 minit ini boleh dihabiskan dengan cepat kerana aksi yang diberikan memang seronok untuk dilihat.

Saturday, July 23, 2011

Pak Ya

Kenangan dengan Pak Ya ini memang menjadi salah satu kekuatan aku menghadapi dunia pekerjaan.  Pada tahun 2007 aku telah terpilih oleh Malaysia Tecnology Development Corporation menjadi panel penilai untuk grant teknologi tinggi.  Dia menyebut pada aku bahawa ini adalah kali pertama orang dari industri dijemput sebagai penilai.  4 hari 4 malam bersama Pak Ya di Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan menambah mesra aku bersama dengan Pak Ya.  Kami telah dikuarantin untuk memberi wang percuma kepada syarikat2 yang memohon grant.  Antara yang memohon yang masih aku ingat adalah Scomi Berhad, Universiti Malaya, SIRIM, Top Glove Berhad dan Nuklear Malaysia. Seorang yang senang didampingi  dan dia dilantik sebagai Pengerusi untuk panel penilaian tersebut.  Panel2 terdiri dari 7 orang Doktor mengikut kepakaran masing2 dan dari industri perniagaan adalah aku.  Kesemua syarikat atau Universiti Awam yang memohon perlu membentang permohonan mereka untuk dinilai dan dicerna oleh pihak panel.  Dan bahagian aku adalah tentang bolehkan benda2 itu dikomersialkan.  Dan setiap hari, sessi penilaian akan berakhir pada pukul 9 malam.  Pak Ya akan bersama2 kami makan dan berceloteh tentang kehidupan di meja makan.  Pak Ya pasti meninggalkan kenangan yang banyak pada anak2 buah bekerja di SIRIM Berhad. Seoang yang panjang akal begini tahu untuk membezakan bila bergurau dan bila untuk serius.  Dia adalah Presiden, Ketua Eksekutif Sirim Berhad, Datuk Ir Hj Yahaya Ahmad.  Berumur 59 tahun telah meninggal dunia pada pukul 10.55 am pada 21/07/2011 kerana kanser pankreas.

Friday, July 22, 2011

The Fast and Furious 5

Aku suka cerita yang ganas tetapi realistik.  Kadang2 terlalu enjoy menonton cerita tentang budak2 "Children of Heaven" walaupun tanpa kekasaran.  Tapi semalam setelah makan malam yang lewat di luar, balik ke rumah, anak2 sudah minta dukung ke bilik tidur, maka peluang menonton filem2 yang cergas macam ini adalah pilihan aku.  Kepala kena ringan tanpa gangguan anak2 kerana terpaksa menjawab soalan2 anak2 kecil ini.  Cerita yang agak laju dengan lakunan Vin Diesel yang selalu ganas penuh dengan letupan dan tembakan.  Cerita yang bermula apabila Dominic diselamatkan dari dipenjara oleh kawan Polis dan mereka merantau ke Brazil dimana 95% cerita berlaku di Brazil.  Aksi di dalam keretapi iaitu mencuri kereta dari gerabak dalam keadaan keretapi bergerak pasti diingati di dalam filem ini.  Pasukan Polis dari Amerika terpaksa diturunkan ke Brazil untuk menangkap mereka.  Bab ini pada aku paling tak senonoh.  Mereka polis dan akhirnya terasa termakan budi dan membantu Dominic menghancurkan orang jahat di Brazil.  Pengakhiran yang gembira seolah2 meraikan penjahat dihabiskan begitu sahaja.  Cerita yang sesuai kepada yang suka aksi laju, letupan, tembakan dan kereta terbalik.

LOUDNESS World Tour


She want to run, goin' on point of no return, No looking back, hope is gone, just a slow burning......
Lost without love, so she tries to get all she can
Into the night, desperate eyes look for helping hands
like a scream, the sirens call, now it seems she's lost to all
Moving slow and trapped in pain, Don't run with HEAVY Chain 

Kg Jaya Gading

Teringat aku pada sekitar tahun 1975 iaitu tahun akhir aku berada di Kg Jaya Gading.  Tahun itu rasanya 2 kali kami sekeluarga mengalami banjir.  Kg Jaya Gading ini terletak di Jalan Gambang menuju ke Kuantan.  Lorong ke kampung itu bertentangan dengan Masjid Gambang.  Berumur tengah lincah bersama abang aku, kami meredah umur kanak2 di sana.  Kawasan ini adalah diteroka sekitar tahun 1960an lagi.  Aku ketika tahun akhir itu berumur 5 tahun dan abang aku sudah masuk ke sekolah kebangsaan.  Seronok menjadi kanak2 pada masa itu kerana tiada yang menjadi ketakutan kepada kami hatta walaupun banjir kadang2 membawa sekali biawak, ular dan hampas perut orang.  Air yang ada pada masa itu datang dari telaga yang dikorek oleh orang kampung.  Seingat aku juga, semua orang mandi, basuh kain, bersembang mengambil air untuk memasak di rumah.  Kawasan telaga yang ditutup dengan zink seolah2 ada jadual tersendiri untuk semua mandi dan membuat hajat.  Di sekitar keliling zink menutup kawasan telaga, semua orang meletakkan barangan bilik air sendiri - berus gigi, sabun dan shampoo kalau ada.  Dan kami kanak2 akan mencuba berus gigi yang ada tetapi bukan ke mulut tetapi di lantai hatta membasuh di tempat qadak hajat.  Kg Jaya Gading masih ada dan terus memberi ingatan kepada aku sebagai kanak2.  

Thursday, July 21, 2011

Temuduga Mat Salleh

Hari istimewa ini aku kena menemuduga satu orang Amerika memohon kerja di tempat aku.  Mengikut rekod, dia mempunyai Master Science of Accounting dan sedang membuat PHD di universiti Malaysia.  Pernah menjadi pensyarah di Tripoli, Libya dan bekerja di Brisbane, Australia.  Ada aku kisah semua pengalaman dan sijil2 yang dikumpul.  Tugas aku menduga kepakaran kerana dia mahu menjual kepakaran jika syarikat aku ini mahu membeli.  Kerja khas ini sebenarnya memerlukan aku lebih pakar dari yang memohon.  Pernah aku ingat Tan Sri Mukhtar Bukhary bercerita bagaimana dia menjaga syarikat2 yang banyak.  Dia kata dia ada 10 master degree.  Semua yang bertanya terkejut kerana dengan kesibukan Tan Sri itu dalam berniaga masih boleh mengumpulkan 10 master degree.  Tetapi sebaliknya Tan Sri seorang ini memberitahu 10 master degree itu datang dari 10 orang yang diambil bekerja sebagai Ketua Eksekutif di syarikat2 dia dan merekalah yang menjaga syarikat2 itu.  Temuduga mesti diteruskan walaupun kepala aku berfikir macam2 - tentang lagak, gaya, pengetahuan dan aksi pemohon.  Orang Amerika itu adalah Islam dan fasih dalam bahasa Arab - mungkin lama di Libya.  Aku suruh dia bercerita tentang diri dan kerjaya dia sekarang.  Rupa2nya bila bercerita dengan orang Amerika yang sifat terbuka mereka, mereka seolah2 sudah lama berkenalan dan bercerita seolah2 seronok dapat berkenalan dan berterimakasih di panggil temuduga.  Bila sampai bab gaji, tanpa bertawar dia memberikan aku peluang meletak harga dengan kemahiran yang dia ada.  Aku selalu membuat kesimpulan apabila orang memberi harga terbuka kepada penemuduga tentang gaji.  Dan kesimpulan aku yang macam2 ini menyebabkan harga yang diletakkan selalunya tepat.  Sudah 8 bulan di Malaysia tanpa kerja - hanya belajar, belajar yang tidak menekan dan kelapangan masa di rumah mahu dipenuhi. Dan akhirnya, lelaki Amerika itu bersetuju.  Hari ini aku berjumpa lagi lelaki Amerika itu untuk memberi surat tawaran dan aku teringat hari temuduga hari Sabtu lalu 16/07/2011.   

CARA Daftar SEKOLAH

Akan mula bersekolah Tahap 1 pada 2012
Aku sudah mendaftar anak lelaki aku ke Sekolah rendah menggunakan sistem on-line JPP Selangor pada April 2010.  Selepas itu aku jadi alpa lansung tak melihat pergerakan permohonan untuk bersekolah kerana anak aku akan berdaftar sekolah pada 2012 di Tahap 1.  Beberapa hari lepas baru teringat dan terus pergi ke sekolah berkenaan.  Guru itu menasihatkan aku masuk kembali ke dalam sistem on-line itu dan buat permohonan lambat.  Ibubapa kena tahu tentang semua perkara ini kerana mendaftar anak berlaku dalam masa 2 tahun sebelum masuk.  Pemilihan sekolah akan menyebabkan jauh atau dekat anak kita akan bersekolah.  Dan seterusnya aku terus masuk ke on-line sistem yang disuruh pohon kembali.  Permohonan itu pula memerlukan kata laluan yang kita reka 2 tahun lepas.  Ini lagi satu masalah dan aku cuba mengodek2 kata laluan dan akhirnya aku jumpa tempat bertanya tentang keputusan pemilihan sekolah yang hanya perlu masukkan nombor I/C anak sahaja.  Jeng3 sudah ada dan masih tidak didaftar kepada sekolah.  Aku terpaksa mencetak segala yang didaftar secara on-line dan terus ke sekolah berkenaan.  Anak aku terus didaftar secara lewat kerana pada bulan Ogos nanti .  Aku disuruh menyediakan 2 sampul surat untuk arahan dari pihak sekolah jika lulus untuk terpilih ke sekolah tersebut.  Dan semalam, aku menerima surat yang sampulnya dari aku sendiri.  Anak aku diterima masuk ke sekolah.  Ibubapa perlu mengambil sedikit masa melihat perkara2 pendaftaran ini kerana jika tidak dibuat maka mungkin sekolah menolak pendaftaran dan kita perlu menyekolahkan anak kita jauh dari rumah.  Secara ringkas - daftar secara on-line sekarang untuk masuk tahun 2013/2014, ingat kata laluan, periksa permohonan dalam masa 14 haru memohon, cetak dan bawa ke sekolah berkenaan untuk pengesahan.

Tuesday, July 19, 2011

The INVIGILATOR

Filem pendek seperti membaca cerpen (cerita pendek). Kemetot tapi manis.  Bantut tapi menyeluruh. Bonzai kemas. Kecil comel.  Ditujukan khas kepada guru2 aku, guru2 dalam keluarga - Shahril, Zuhijjah dan Khairunnisa'

Why Women Stressed?

Perempuan paling tertekan dalam dunia adalah di India diikuti dengan Mexico dan Rusia.  Malaysia berada di tangga ke 16.  India dalam kategori memang tertekan apabila kahwin pun maskawin mesti disediakan untuk pengantin lelaki.  Walaupun India adalah negara paling maju dalam ICT tetapi jalur tradisional yang ketat dipatuhi seerat boleh.  Di pendalaman jika suami mati, isteri mereka juga turut kena mati bersama.  Tetapi yang peliknya Malaysia juga boleh dikategorikan antara tertekan walaupun berada dalam kedudukan ke 16.  Apabila diselidik perempuan di Malaysia mempunyai segala yang ada untuk tidak perlu tertekan.  Ke stadium, disko, pub, pasaraya, memandu, tandas sendiri, tak mahu kawin, tidak dipaksa, jadi peguam, keluar demonstrasi, ahli parlimen, doktor, jadi boss, boleh hon orang dan macam2 lagi.  Mengikut kajian oleh Neilson Study di New York tekanan kebanyakan terjadi adalah kerana MASA.  Masa jaga anak sudah  mengambil masa membeli belah.  Masa gunting rambut 2 jam suami tak bagi.  Membeli belah 6 jam suami tak nak ikut.  'Window shopping' suami tak layan.  Make up 35 minit suami dah panggil.  Mandi 46 minit dah ada yang ketuk pintu bilik air.  Sembang lama sikit boss sudah menjeling.  Pening memikir warna tudung sudah tertekan.  Warna gincu tak sama dengan selendang boleh tertekan.  Keronsang tak bersinar boleh melenting.  Baju sudah banyak dalam almari rasa macam dah kurang saja pun boleh tertekan.  Memang patut perempuan tertekan.  Tarik nafas dan jengok suami tengah tidur, berdengkor atau tidak pun boleh tertekan.

RM2,500

Seronok habis belajar seronok lagi kalau dapat kerja
Dalam kolum surat/email dari pembaca di The Star hari ini bercerita tentang RM2,500 tidak cukup untuk graduan menghadapi alam pekerjaan.  Dia minta sangat kerajaan tengok2kan dan sekarang gaji minimum sedang diperdebatkan.  Pada graduan yang bertanya - UMS Frieshie dia melihat hutang PTPTN yang kena bayar, kereta perlu diisi minyak, makan, minum, sewa rumah dan hutang kereta sudah cukup melangsaikan RM2,500  Aku sebenarnya berpeluang menemuduga beberapa graduan untuk bekerja di tempat aku.  Kerja yang diminta hanya penyambut tetamu/telefon dan gaji yang ditawarkan hanya RM1,000.  Pelik mereka yang datang ini tidak menunjukkan satu keadaan yang terlalu terdesak seperti budak UMS itu.  Perlu diingat ini juga adalah graduan yang pasti menanggung hutang PTPTN.  Sesak berat menghadapi hari2 mendatang dengan RM1,000 pasti dapat dikurangkan jika berbelanja mengikut kemampuan dan duduk dengan ibubapa sebagai permulaan.  Tetapi sebagai opportunis bukan kartunis, aku rasa gaji memang perlu dinaikkan pada tahap RM1,500 kerana kuasa membeli yang kurang dengan ringgit menghimpit.

Monday, July 18, 2011

INSIDIOUS

Lama sangat rasanya sudah tidak menonton cerita seram.  Pelik kerana dunia hantu bermacam2 versi.  Di Thailand dengan versi hantu yang merangkak2, di Indonesia hantu yang keluar dari kubur dan di Malaysia hantu yang terbang2.  Rasa2 sampai satu peringkat jenama hantu hendaklah diseragamkan.  Tetapi yang agak menarik ketakutan yang lahir apabila menonton cerita2 import adalah sama apabila menonton cerita Malaysia.  Insidious dibawa oleh penerbit sama yang membawa 'Paranormal Activities' (PA).  Cerita adunan lebih kurang cuma ada insiden drama dimana anak koma dan berkeluarga. Dalam PA tiada keluarga yang terlibat cuma pasangan.  Keluarga yang baru pindah diganggu oleh satu benda dan ditunjukkan bahawa rumah itu berhantu.  Kerana tidak tahan diganggu isteri telah mengajak semua berpindah dan anak mereka ketika itu sedang koma.  Tanpa diketahui bahawa anak mereka yang koma itu telah dirasuk dan gangguan itu masih ada walaupun mereka berpindah ke tempat baru.  Cerita yang menarik kerana seperti hantu masuk dalam badan sama dengan hantu2 di Asia. 

Saturday, July 16, 2011

Nak Cuti Sangat !!!


Cuti berehat yang macamana kita perlukan?  Ada orang bercuti sambil membeli belah.  Ada yang bercuti seolah2 mahu mati seperti tidak mahu ditelefon, diganggu hatta yang paling terpencil akan dicari.  Ada yang mahu sekadar berjalan bersiar.  Ada yang mahu tidur sepanjang masa.  Ada yang cuti untuk lari dari masalah dan ada yang cuti mencari masalah - tidak diberi cuti tapi mahu.  Sebenarnya cuti hanya akan menjadi ingatan jika kita merancang dengan baik, masa dan duit.  Seperti bermain kutu (simpanan paksa berkumpulan), duit yang disimpan boleh digunakan untuk bercuti tanpa gangguan duit yang masuk ke dompet kita setiap bulan sebagai gaji.  Duit memainkan peranan utama dalam bercuti walaupun ada yang mempertikaikan kegunaannya kerana bercuti yang berbagai jenis itu.  Duit banyak maka jauhlah perjalanannya dan sebaliknya.  Ada yang memasang angan2 mahu pergi ke luar negara tetapi plan yang dibuat tidak cukup untuk ke sana.  Contoh untuk ke Beijing China - bercuti dengan Muslim package selama 5 hari 4 malam berharga RM1,900 - RM2,500 ini bermaksud kita perlu menyimpan sebanyak RM210 setiap bulan jika mahu dalam masa 12 bulan sebelum ke sana.  Apa yang perlu kita ada adalah passport yang berharga RM300 perlu dibuat dan visa yang tidak lebih dari RM50.  Package ini telah cukup tetapi tidak termasuk untuk membeli belah.  Cuba tengok dalam carian google bagaimana hendak ke Beijing China.  Jarak antara Beijing China dengan Malaysia lebih kurang 5,000 KM. Bagaimana package itu dipenuhkan.  Perjalanan hendaklah dipenuhi dengan lawatan2 ke tempat2 yang tidak pernah kita pergi - Great Wall, Istana Larangan, Masjid2, Stadium dan lain2.  Kos ini adalah untuk seorang dan bagaimana kalau satu keluarga untuk bercuti.  Ke China pasti kos yang terlibat berkali ganda tingginya.  Masa untuk berkumpul selalunya hanya cuti dan pada masa cuti lah kos2 bercuti lebih tinggi.  Lalu masa memainkan peranan dalam bercuti kerana hubungan dengan duit.  Pada aku bercuti perlu untuk merehatkan dan terapi pada isteri untuk membeli belah walaupun sekadar melihat tanpa membeli.

Thursday, July 14, 2011

ULASAN NAJIB TENTANG BERSIH 2.0

Bila PM kita bersurah.  Semua yang belakang terpaksa dengar dan perlu ketawa. Dan sebagai penonton, aku tak tahu nak buat apa2.  Ini adalah lawak dan kita perlu ketawa tak?

Dan ini berita dari seberang.  Cerita tentang Anwar tercedera dan perhimpunan Bersih 2.0.

Tuesday, July 12, 2011

KASINO oleh Saifullizan

Membaca secara terus tanpa berhenti memerlukan tahap konsentrasi yang tinggi dan masa yang tidak cemburu.  Membaca kasino seperti menonton filem yang dekat di hati.  Cerita seperti 'No Way Out' dan pengembangan watak diterangkan apabila terjumpa.  Kalau membaca buku ini, barang2 berjenama mesti ada didalam otak atau cuba google untuk faham tentang barang2 berjenama itu.  Kisah tentang pemulangan duit deposit sebanyak RM3.8 juta dalam masa 14 hari kepada Kerajaan baru Pakatan Rakyat (PR) yang baru menumbangkan parti Barisan Nasional (BN) di satu negeri dan bahagian bab buku ini dibahagikan mengikut hari.  Karektor yang penting adalah seorang arkitek landskap yang sudah banyak membuat duit semasa kerajaan BN lama dan tradisi mendapat duit diteruskan walaupun MB bertukar.  Watak2 akan diingati senang kerana terlalu dekat dengan realiti.  Wak Karjo MB lama mempunyai hidung yang sudah diubahsuai - ia seperti MB yang kita kenal dengan makan tempe untuk menjadi lebih metroseksual. Bahasa2 mudah dalam novel seperti memanggil DBP untuk memancung.  Walaupun bahasa mudah tetapi terma2 baru permainan di kasino seperti 'baccarat' memaksa pembaca mencari erti dan tahu serba sedikit tentang berjudi. Solat yang tidak ditinggal walaupun selepas mabuk, berjudi dan bersenggama hatta menjaga jamak takhir juga mengugat perasaan.  Ditulis juga tentang mengucap "Alhamdullilah' apabila menang dalam salah satu permainan judi. Campur aduk ini perlu dapat tapisan diri sendiri dan perlu diterangkan tahap umur untuk membaca.  Buku tulisan oleh Saifullizan Tahir yang juga seorang arketik landskap. 

Monday, July 11, 2011

Bila anak tolong Bacakan

Aku termangu mendengar anak perempuan aku membaca komik kartun yang aku bekalkan. Hanya yang kedengaran ada orang, ayah dia, jalan, nampak, janggut dan ulang2an yang tidak ku faham.  Tapi aku terhibur dalam demam.

SUCI dan BERSIH

Yang berjuang dan menegakkan keadilan - rakyat dan polis sama2 berjuang.  Jangan terlalu kasar Bro.  Dan aksi mengutip sampah paling dihormati.  Terimakasih bro.

Another nice footage. Mencipta cerita tersendiri dan sejarah yang boleh dikongsi.  Busker dalam aksi terakhir adalah penyanyi jalanan yang akan diingati selalu.
Semua berjalan bersama tidak kira Melayu, India, China atau orang Asal.  Dan orang2 Malaysia di luar negara juga bersama dengan perhimpunan Bersih 2.0

Saturday, July 9, 2011

JEM : sedap?

Sudah 3 hari PDRM buat sekatan jalan menuju ke Kuala Lumpur.  Dalam takrif ekonomi, kebocoran yang tidak dapat dikira dengan tepat memang merugikan.  Beberapa jalan seperti beku tidak bergerak.  Aku merasa terlibat dalam proses kebocoran ekonomi disebabkan sekatan yang tidak terfikir oleh PDRM.  Aku terkena bias sekatan apabila pergi ke Perak semalam kerana nenek saudara aku meninggal di Batu 8, Batu Gajah, Perak.  Di laluan keluar dari bandar2 utama Perak ada saja sekatan jalan dibuat.  Dan menurut laporan PDRM semua jalan ke KL akan di tutup.  Radio2 sudah war2kan pad semua supaya duduk rumah, gotong royong dan buat aktiviti di rumah sahaja.  Tetapi 3 hari sekatan jalan di buat semenjak hari Rabu dahulu memang sah kebocoran ekonomi diraikan tanpa ketahuan oleh pihak PDRM. Bagaimana kebocoran ini berlaku adalah minyak yang digunakan didalam sekatan jalanraya itu.  Tadi dalam twitter aku dalam TraffikL diberitahu bahawa pemandu mengambil masa lebih 3 jam dari KL ke Shah Alam.  Berapa minyak yang digunakan untuk perjalanan biasa dan perjalanan dalam sekatan jalanraya.  Kebiasaan aku dari pejabat sekitar 20 minit tetapi dari Shah Alam ke Taman Bukit Subang mengambil masa 45 minit -  2 kali ganda dari biasa. Dalam banyak2 posting aku, aku bercerita tentang masalah kesesakan adalah masalah ekonomi. Kerajaan menasihatkan orang ramai supaya kurangkan guna elektrik kerana dapat membantu mengurangkan penggunaan eletrik secara keseluruh tetapi bila sampai bab kesesakan kenapa tidak dipandang serius.  Gunatenaga petrol digunakan dimana sepatutnya boleh dikurangkan dan subsidi dinaikkan.  Dan perhimpunan Bersih 2.0 ini pula melibatkan ramai orang yang teringin berkumpul dari NGOnya, Perkasa, Patriot, PAS, Keadilan, DAP dan akhir sekali para pesilat.  Ini sebenarnya limpahan ekonomi kepada KL yang sepatutnya dijadikan peluang perniagaan yang menguntungkan kepada peniaga2.  Berapa lama sangat perhimpunan itu dibuat.  Dan kedatangan ribuan orang di KL boleh menyemarakkan suasana ekonomi 10 kali ganda hebatnya. Perhimpunan Bersih 2.0 hanya 2 jam dari 2.00 pm ke 4 pm, masa lain digunakan untuk membeli belah hatta mungkin menyewa hotel untuk tidur.  Diberitakan bahawa hotel2 di KL sekarang penuh dengan manusia.  Tolonglah PDRM faham tentang ekonomi dan kebocoran dan lagi satu akhirnya, duit kerja lebih PDRM mungkin tertambah disebabkan sekatan ini. 

Friday, July 8, 2011

Memoir Shamsiah Fakeh

Shamsiah Fakih menulis tentang diri bermula tentang banyak perkara tentang penglibatan beliau dalam politik AWAS (Angkatan Wanita Sedar) sayap wanita untuk PKMM.  Dia juga bercerita tentang lebih dari 4 kali kahwin.  Beliau juga bercerita tentang sesat di dalam hutan.  Siapa Shamsiah Fakeh ini? Dia mengangkat senjata berlawan dengan penjajah British pada masa itu.  Pada tahun 1948, undang2 darurat dilancar menyebabkan beberapa parti yang agresif diharamkan.  Kebanyakan parti2 ini menentang penjajahan sementelah dari pihak Jepun menawan Malaya dulu (MPAJA - Malaysia Party Anti Japanese Army).  Yang tidak diharamkan dulu hanya UMNO.  Ini adalah cerita menarik di dalam buku memoir ini dimana cerita tentang penangkapan, masuk penjara, dihukum gantung hatta di masukkan penjara tanpa bicara adalah dari parti yang berhaluan kiri dimana status ini diberikan oleh penjajah pada masa itu.  Shamsiah Fakeh juga membetulkan fakta tentang diberitakan oleh Utusan sekitar tahun 1987 dulu, bahawa beliau terpaksa membunuh anak beliau sendiri dengan menghempas bayi yang menangis ke atas batu kerana takut ditangkap pada masa itu.  Perkara membunuh itu tidak sekali2 berlaku.  Banyak fakta diberikan oleh Shamsiah Fakeh di dalam memoir beliau walaupun perjalanan cerita dalam buku terlalu cepat tetapi data2 yang diberikan datang dari orang yang melakukan perkara sejarah itu.

Wednesday, July 6, 2011

Graduan Menganggur

Mengikut kajian yang dibuat lebih dari 70,000 graduan masih menganggur.  Peluang pekerjaan memang banyak tetapi graduan2 terlalu memilih menyebabkan mereka lebih baik menganggur. Dalam masa seminggu, syarikat aku ingin mencari penyambut tetamu dan kehadiran untuk ditemuduga sebanyak 4 orang.  2 dari yang memohon mempunyai ijazah dari universiti.  Nampak seperti tidak memilih.  Tetapi adakah salah budak2 ini memilih pekerjaan.  Pilihan terpaksa dibuat kerana gaji.  Gaji yang rendah pasti tidak memenuhi keperluan untuk hidup dalam keadaan sekarang.  Hutang PTPTN kena bayar, sewa rumah, makan & minum dan minyak motor.  Peluang berintenship dengan GLC  tidak ditolak pun.  Gaji/elaun yang diberi sebanyak RM1,000 sahaja tetapi mereka tidak memilih.  Cuma selalu berdoa untuk dikekalkan tetapi jadi sebaliknya.  Graduan2 ini terpaksa berlagak untuk memilih kerana kalau gaji yang diberikan tidak mencukupi untuk mereka, memilih pekerjaan adalah cara yang terbaik bagi mereka.  Apa kualiti yang dicari untuk mendapat pekerjaan sekarang?  Tempat aku memerlukan orang yang boleh berbahasa Inggeris.  2 graduan yang aku temuduga minggu ini sangat menyedihkan walaupun aku bertanya secara lawak.  Cuba tulis tentang diri dalam bahasa Inggeris - salah seorang itu menulis dalam bahasa Malaysia seperti tulis dalam telefon (SMS). Bila aku tanya UMUR dalam bahasa Inggeris, dia menyatakan AGE.  Aku suruh dia bertanya berapa umur anda - dia menyatakan 'What age are you?' tanpa rasa bersalah pun.  Bukan aku tak bagi peluang tapi raja lawak dan maharaja lawak pun sudah habis sirinya untuk aku ketawa.  Aku nasihatkan kepada graduan yang tidak memilih pekerjaan supaya terima dulu apa sahaja kerja kerana itu akan membina sahsiah diri untuk kemudian hari.

Tuesday, July 5, 2011

Thailand - Puea Thai

Mereka sudah tukar lampin yang baru.  Thailand sudah membuat pilihanraya yang ke 26 dan keputusan berpihak kepada parti Puea Thai, parti baru pimpinan Yingluck Shinawarta (adik kepada Thaksin).  Yingluck adalah seorang peniaga dan mengetuai Syarikat telekomunikasi terbesar di Thailand.  Parti beliau telah memenangi sebanyak 313 kerusi dari 465 kerusi dipertandingkan.  Demokrat pimpinan Abhisit hanya memperolehi 152 kerusi sahaja.  Semenjak 2006 sebenarnya Thailand telah mengharamkan 6 parti untuk bertanding, memenjarakan 5 orang pengerusi pilihanraya, tidak membenarkan 250 ahli politik berpolitik dan memecat 2 orang Perdana Menteri.  Slogan yang dimainkan oleh Yingluck adalah menyiasat tentang keganasan pihak tentera semasa demontrasi antara April hingga Mei 2010.  Aku berada di sana pada awal April dan menyaksikan keghairahan berdemo di jalan2 raya di Bangkok.  Sekitar fakta berdemo 80 orang awam dan 6 orang tentera telah tewas dan lebih 2,000 orang cedera.  Kemenangan Yingluck adalah kemenangan kepada pasukan T Shirt merah yang nampak condong kepada Thaksin.  Ketika 2010, keghairahan berdemo itu tidak nampak menakutkan dan seperti pesta.  Sehinggakan kawan aku Zulkarnian Zainal Abidin diberi TShirt Merah kerana nampak seperti menyokong mereka. Setiap lorong utama dipenuhi dengan orang dan berpesta dengan konsert2 ringan tepi jalan tanpa berlaku apa2.  Keganasan berlaku apabila pihak tentera bertindak menyuraikan perhimpunan secara kasar dan diberitahu penembak2 curi berada di bangunan2 tinggi menembak secara curi. 

Monday, July 4, 2011

BUKU

Membaca memberikan ilmu - benar.  Membaca menambah ilmu pun benar.  Dapat masa membaca memang diidamkan selalu.  Seperti menonton filem juga beberapa genre yang berbeza memberikan skop besar kepada aku.  Tetapi ia seperti suka kepada sesuatu makanan.  Ada yang tidak suka popiah basah, ada yang suka capati, ada yang suka lepat, ada yang tidak suka petai, ada yang minat sate, ada yang muntah bau durian dan ada yang meleleh bila orang cerita pasal mencicah mangga dengan kicap pedas.  Membaca pada aku memang seperti makanan utama masa makan dan bukan ulam.

Dan peluang pergi ke Pameran Buku menjadi bualan suami isteri dan menjadi salah satu aktiviti tahunan.  Semalam berakhir Pameran Buku di SACC Shah Alam dan kami sekeluarga menghabiskan masa dan duit ke sana.  Anak2 ikut suka membantu menghabiskan duit ayah mereka.  Tapi aktiviti begini perlu disusun sementelah seminggu sebelum pergi.  Buku2 didalam ingatan hatta bualan orang pasti dicari.  Berapa lama dihabiskan masa untuk mencari buku tidak menjadi hal dan pasti waktu solat tidak bertembung.  Walaupun Pameran Buku Selangor ini tidak sebesar Pameran Buku Antarabangsa di PWTC tetapi kepuasan melayan nafsu memberi kepuasan suami isteri.  Anak2 tumpang memilih cerita mereka dan pasti buku2 ini mesti dihabiskan bacaannya sebelum pergi ke pameran buku yang lain.


Pameran dibuka pada pukul 10 dan kami sekeluarga sudah menunggu di pintu utama.  Kelibat beberapa penulis sudah aku perasan.  Lim Swee Tin dan Amir Muhammad kelihatan menuju ketempat berlabuh.  Amir penulis yang sekarang sudah menjadi penerbit sendiri - FIXI dan Lim Swee Tin menjadi tetamu sahaja.  Ceramah motivasi ada di perkarangan SACC tidak dilayan kerana buku2 di dalam dewan lebih mengiurkan kami sekeluarga. Buku adalah kekasih paling setia waktu sedih dan suka. 

Sunday, July 3, 2011

New Kids Turbo

5 orang lelaki telah dibuang kerja dan mereka telah berjanji tidak akan membayar apa2 untuk hidup.  Mereka mengambil tanpa bayar dan pasukan polis tempatan tidak dapat menahan perangai pelik mereka ini.  Cerita ini adalah cerita kelakar dari Netherland.  Tiada sepatah ayat pun yang aku faham tetapi sarikata Inggeris banyak membantu walaupun aku tahu mungkin beberapa ayat yang kelakar ditinggalkan kerana kefahaman berbeza.  Keadaan ekonomi meleset menyebabkan perangai 5 lelaki itu berubah.  Sehingga Menteri Dalam Negeri Nertherland terpaksa menghantar troop untuk menghapuskan 5 lelaki tersebut.  Semua peristiwa ini dirakam secara eksklusif oleh seorang wartawan dan disiarkan di dalam TV tempatan Masskatjie (nama tempat yang diserang oleh Polis Khas).  Cerita yang lucu melampau dimana tertembak perut dan bocor, pelanggaran satu keluarga oleh ambulan dan pelanggaran lori sampah.  Cerita yang kadang2 mual dan kadang2 lucu.  Mungkin tidak sesuai untuk kanak2 dan orang2 yang selalu menonton cerekarama TV3.

The Big I Am

Filem genre gangster memang aku suka.  Potong jari, tembak kepala, belah perut dan pukul memukul memang menyerikan cerita2 gangster yang aku tengok.  Filem yang aku tonton ini adalah cerita tentang seorang lelaki yang tiba2 terperangkap menjadi kepala gangster disebabkan kepala gangster itu diselamatkan secara tidak sengaja.  Cerita2 gangster versi British adalah salah satu yang aku minat selain Yakuza dan Mafia.  Penerimaan karakter dari krook biasa menjadi ketua gangster dilakunkan dengan baik oleh pelakon utama.  Beberapa bahagian cerita ditonjolkan tentang pelacuran menggunakan paksaan menjadi inti pati cerita.  Kaitan antara kepala gangster dan krook biasa menjadikan polis pening untuk memerangkap krook biasa.  Kepala gangster telah menyerah diri kepada polis dan krook biasa ini menjadi kepala ganster yang baru dan menyelesaikan semua perkara dalam beberapa hari.  Enjoy tengok tembak menembak secara dekat.