Cerita yang bersambung dan bersiri2 perlu diikuti kalau tidak kemungkinan tidak faham. Cerita Bourne sudah masuk siri ke empat setelah Identity, Supremacy dan Ultimatum. Cerita legasi ini atau susur galur legasi ini lebih menampakkan kesenimbungan cerita tentang Treadstone dan Blackbriar. Cuma kali ini, Jason Bourne hanya tempelan dalam filem sahaja. Lakonan pelakon yang selalu berada dalam filem2 aksi besar seperti The Hurt Locker dan Mission Impossible ini tidak perlu dikomen aksinya. Cuma cerita ini seperti ulangan kepada cerita permulaan iaitu The Bourne Identity. Kalau cari persamaan maka permulaan cerita sahaja terdampar di air cukup nampak persamanya. Kali ini cerita tentang Treadstone dipanjangkan ketika di Britain seorang wartawan The Guardian telah dibunuh kerana mengupas cerita Treadstone di akhbar mereka. CIA cuba mencari pembocor rahsia dan kupasan cerita tentang bagaimana mencipta manusia pembunuh di Treadstone dirungkai didalam cerita ini. Pengakhiran cerita juga lebih kurang dengan cerita Identity dimana terlalu nampak seperti cerita akan disambung kembali.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Monday, December 24, 2012
Sunday, December 23, 2012
Sebuah Piala Seekor Kambing
Cerita bermula dengan pergaduhan antara dua kampung iaitu Bendang Kweng dan Pantai Cherang Nipah yang bersebelahan. Pergaduhan kecil bermula apabila Jani dari Pantai Cherang Nipah cuba mengurat Shima dari Bendang Kweng. Sepupu Shima iaitu Dollah marah dan berlakulah pergaduhan. Penggawa iaitu ketua untuk penghulu yang baru dilantik disitu mencadangkan satu sukan untuk mendamaikan kedua2 kampung. Maka bola dipilih dan sebuah piala dan seekor kambing sebagai hadiah. Perjalanan seminggu ke hari perlawanan adalah intipati cerita tentang kawasan di Kelantan ini. Sabri Yunus sebagai pengarah tidak pernah mengecewakan. Dia pernah mengarahkan beberapa drama seperti Sorok bau Budu dan Sanggul Beracun dan drama2 ini selalu diperkatakan. Beberapa moral cerita yang baik boleh didapati dalam drama kecil ini. Penggawa yang selalu diampu oleh ketua2 kampung dan selalu merasakan idea dia adalah terbaik dari semua. Hasad dengki dan bomoh juga menjadi ulam pada orang Melayu diselit dalam drama sebabak ini. Entah kenapa aku sangat suka menonton kisah2 begitu traditional Kelantan. Benda2 ini tidak baru kerana dahulu aku juga suka dengan sebuah kisah guru dalam drama 'Cikgu Limau Purut'. Kelantan yang satu ini akan menghiburkan dengan selah seli dikir barat oleh Dikir Warrior. Drama yang sangat menghiburkan.
Friday, December 7, 2012
Pasukan Bola Thailand
Di tanyalah wartawan pada beberapa orang tentang pasukan bolasepak Thailand yang akan melawan pasukan Malaysia esok sempena Piala AFF Suzuki di Bukit Jalil -'Satu perkataan bagi menunjukkan pasukan Thailand ini?'
Seorang pemuda - 'Tomyam' - wartawan faham ini menunjukkan bahawa mereka akan menjadi lauk pada malam ini.
Seorang pemudi - 'Swadeekap' - wartawan faham mungkin perempuan seorang ini datang dari Thailand dan kerja sebagai tukang urut yang sah di Malaysia.
Seorang lelaki tua - 'Danok' - wartawan faham mungkin lelaki ini hanya teringat satu2 nama tempat di Thailand sahaja.
Seorang mak cik tua - 'Comforter' - wartawan senyum sahaja.
Seorang pemuda - 'Tomyam' - wartawan faham ini menunjukkan bahawa mereka akan menjadi lauk pada malam ini.
Seorang pemudi - 'Swadeekap' - wartawan faham mungkin perempuan seorang ini datang dari Thailand dan kerja sebagai tukang urut yang sah di Malaysia.
Seorang lelaki tua - 'Danok' - wartawan faham mungkin lelaki ini hanya teringat satu2 nama tempat di Thailand sahaja.
Seorang mak cik tua - 'Comforter' - wartawan senyum sahaja.
Wednesday, December 5, 2012
Cerita AIR
Keluar semua makcik2 dan pakcik2 dari macam2 celah membuat aduan dan tindakan undang2 kerana mereka tidak mendapat air percuma dari Kerajaan Selangor. Marah mereka ini bukan dibuat2. Nampak ikhlas dan bukan berlakon. Sudah ada peguam yang menjadi pembela mereka. Di setiap media2 semasa TV atau Radio, cerita mereka tidak mendapat air percuma seperti dijanjikan 4 tahun dulu tidak dikotakan oleh Kerajaan Selangor. Diberitahu air percuma ini adalah untuk yang mempunyai meter persendirian tetapi bukan untuk meter yang berkelompok seperti terdapat di rumah2 flat, aparment atau kondo. Meter di semua tempat ini dikontrol oleh pihak pengurusan flat.
Ini adalah bagusnya apabila keterbukaan dalam media dimana janji2 politik boleh dituntut. Ini adalah permulaan yang bagus kerana diberitahu dalam buku jingga berbagai janji yang akan dikotakan memang akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Perbuatan menuntut janji ini boleh dimulakan sekarang walaupun mereka nampak seolah2 tidak mengetahui apa2 lebih dari 3 1/2 tahun dahulu. Maka bila PRU13 nampak macam hendak menjelma maka mereka muncul seolah2 diketuk dari tidur. Air di Selangor memang percuma untuk 20 meter cubic yang pertama iaitu cukup untuk satu keluarga sebulan dan aku sendiri selalu memakai air kurang dari yang diberikan percuma dan bil elektrik selalunya negatif. Entah kenapa taktik membuat tindakan undang2 ini nampak macam boleh digembar gemborkan seolah2 boleh berjaya. Aku sokong kerana Pakatan Rakyat menjanjikan minyak turun harga kalau berjaya tawan Putrajaya. Ini adalah satu benda yang bagus dan perbuatan membawa janji PRU ke mahkamah ini adalah satu bukti bahawa ia boleh dilakukan dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberi apa yang dijanjikan. dan lebih penting semua rakyat mendapat benda yang bagus.
Monday, December 3, 2012
THE THIEVES
Cerita Korea selalunya hanya isteri aku yang layan. Dia akan mengoogle, mencari dalam facebook atau bersembang dengan kaki2 cerita Korea untuk mendapat cerita bersiri yang terbaik. Cerita tentang vampire yang menyiasat, pemain piano yang mengoda atau pasangan romantik menjual produk muka. Aku selalunya tidak boleh menonton cerita yang terlalu panjang meleret kerana bagi aku sesebuah cerita itu akan ditamatkan dengan suatu situasi. Kalau mahu yang panjang rasa2 sinetron Indonesia boleh menjuarai cerita2 bersiri ini. Cerita 'The Thieves' ini adalah salah satu cerita besar Korea yang dilakunkan beberapa orang pelakon Hong Kong juga. Cerita ini boleh didapati banyak dalam filem2 Amerika seperti contoh Heist atau siri Ocean Eleven. Rekaan untuk mencuri ini bijak tetapi tidak melampaui cara berfikir normal aku. Kerana mungkin aku sudah terbiasa dengan filem2 genre sebegini. Ia bermula apabila seorang pencuri lama mengumpulkan geng curi dari dua negara iaitu Hong Kong dan Korea lalu merancang untuk mencuri loket yang berharga USD30 juta dari sebuah kasino. Rancangan mereka digagalkan dengan kematian beberapa kawan tetapi loket itu berjaya dicuri dan kumpulan itu merasai mereka telah digagalkan oleh ketua yang mengumpul kedua2 kumpulan itu. Filem terakhir Korea yang aku tonton adalah cerita 'The Host' yang bagi aku masih kekal teringat cerita aksi itu. Filem The Thieves ini boleh ditonton dan cukup juga menghiburkan.
PREMIUM RUSH
Cerita tentang penghantaran secara pantas bermula beberapa dekad yang lalu. Bermula dengan merpati, hantar dengan kuda dan sekarang dinamakan 'Courier Services'. Perkhidmatan ini diperlukan untuk membuat penghantaran paling pantas dari lokasi A ke B atau ke mana sahaja. Mengunakan POS Malaysia mungkin kita memastikan barangan yang perlu dihantar sampai 24 selepas kita memberi kepada mereka barang yang hendak dihantar. Ada yang perkhidmatan 3 hari, ada yang 24 jam dan ada yang beberapa jam sahaja. Filem yang satu ini menceritakan tentang servis yang mengunakan basikal di Manhattan. Mengikut rekod 1,500 penunggang basikal menjalar disekitar Manhattan dengan tidak mempedulikan undang2 jalanraya kerana untuk memastikan apa yang mereka hantar sampai ke tempat yang dituju tepat pada masa yang dijanjikan. Perkhidmatan ini memastikan tiada jalan yang menyekat mereka hatta lampu merah sekalipun. Cerita yang agak ringan tetapi mempunyai maklumat yang bagus untuk dipraktikkan di Malaysia. Keadaan kesesakan yang melampau di Kuala Lumpur boleh memastikan perkhidmatan ini hidup di tengah2 Kuala Lumpur. Cuma yang tidak diketahui oleh orang luar, motor2 kapcai kita di Kuala Lumpur boleh melakukan apa yang basikal di Amerika lakukan iaitu mencelok, laju dan tidak mempedulikan lampu merah. Cerita ini menarik dengan gaya imbas kembali dan fikiran diterjemah dengan gambaran memberi persepsi baru filem aksi. Aksi bermula apabila satu dokumen yang perlu dihantar ke satu tempat ditahan oleh seorang lelaki yang ditengah2 filem diketahui adalah seorang polis. Cerita yang sangat menghiburkan sehingga habis tanpa perlu berfikir terlalu jauh.
LAWLESS
Cerita tentang gangster, kejam tak berperimanusiaan, potong leher, jari dan kepala memang menjadi makanan aku. Cerita benar ini berdasarkan tahun2 sebelum jualan arak dibenarkan secara bebas di Amerika. Cerita ini diadaptasi dari buku tulisan Matt Bondurant iaitu 'The Wettest County in The World". Cerita tentang adik beradik yang mengusahakan jualan arak ke umum dan diketahui oleh semua orang termasuk polis. Disebabkan keganasan mereka ini, pihak polis juga berbaik dengan dengan mereka sehingga didatangi oleh penguatkuasa dari Chicago yang sebelum itu diketahui tentang Al Capone yang hebat ditentang di Chicago. Cerita ini disulami dengan cerita tentang kasih sayang adik beradik yang bagi aku disumbat dengan keganasan. Adik yang dipukul polis diberi motivasi untuk membalas sendiri tanpa bantuan abang2. Cerita tentang rasuah dan jahatnya polis di dalam filem ini memberikan peluang kepada gangster dan pengedar arak ini dilihat sebagai hero sehingga ke akhir filem.
ARGO
Ben Affleck sudah menjadi pengarah untuk filem ke 3 ini. Sebelum ini dia mengarahkan filem pertama yang tak berapa laku iaitu 'Gone Baby Gone' dan sebuah filem yang pernah dicalonkan untuk Academy Filem iaitu 'The Town'. Kesemua filem dari Ben ini aku tonton dan peningkatan pengarahan memang nampak terserlah. Cerita Argo ini adalah bermula apabila kedutaan Amerika di Iran telah diceroboh ketika revolusi Iran pada tahun 1979. 6 orang Kanada terpaksa lari ke rumah kedutaan dan berlindung dimana penduduk Iran di Tehran ketika itu mahu menahan semua pendatang di Tehran. Ben Affleck sebagai ajen CIA dan meminta bantuan pengarah filem Hollywood untuk membuat filem dan ia adalah sebagai satu helah untuk masuk ke dalam Iran dan menyelamatkan kesemua 6 orang yang tersepit tidak boleh kemana2. Cerita yang bagi aku tidak mempunyai plot2 menarik tetapi cerita sejarah yang dibawa masa kini cukup memberi pelajaran tentang taktik penyelamat yang agak baik. Sebuah filem Argo terpaksa dicipta pada masa itu dengan pengiklanan yang cukup, cerita akhbar, pelakon2, dan ini membuatkan Ben Affleck boleh diterima masuk ke Iran hanya untuk mencari lokasi filem yang sebenarnya menyelamatkan orang Kanada keluar dari Iran.
Wednesday, November 28, 2012
Hari Aku Jadi
dulu |
sekarang |
Sekarang ini jangan rasa terkilan jika tiada orang yang mengucapkan Selamat Hari Jadi jika hari lahir kita sudah sampai. Jangan rasa marah jika isteri terlupa membelai kita dengan hadiah. Jangan terkilan kalau lansung tak ada orang yang mengucapkan 'Happy Birthday' pada kita. Jangan rasa hampa kalau orang lansung tak peduli hari jadi kita itu. Jangan terkejut kalau yang mengucapkan tahniah datang dari orang yang tidak kita kenal. Dunia sudah berubah dan kita kena hidup di zaman perubahan ini. Lesen memandu juga sudah ditetapkan pada hari lahir kita. Kita diingatkan dengan begitu. Aku diberi penghormatan awal oleh beberapa syarikat tentang hari lahir aku ini.
2 minggu sebelum hari ini, AIRASIA sudah mengucapkan dahulu. Seminggu selepas itu, ETIQA juga sudah menghantar email mengucapkan tahniah. KLM yang nampak luar negaranya pun sudah seminggu mengucapkan benda yang sama. YAHOO juga buat benda yang sama. TRIPADVISOR juga tidak ketinggalan. GENI yang tak kenal aku juga sudah menghantar email. MAYBANK juga tiba2 kenal erat dengan aku. CELCOM juga buat yang sama dengan macam2 iklan khas untuk aku. PUBLIC MUTUAL hantar kad dengan CEO yang tandatangan - yang ini pasti aku tak kenal. Terimakasih pada kawan2 yang tidak lupa kerana urusan ingat2 ini diterjemah oleh sistem pada kita.
FACEBOOK memang patut kita berterimakasih pada Mark Zuckerberg kerana satu sistem ingat ini menyebabkan kita dan kawan2 tidak lupn untuk mengucapkan selamat hari jadi pada hampir setiap hari pada kawan2. Bagus kerana kita tidak lupa tapi sebenarnya kita tak guna minda secukupnya. Kalau dulu aku boleh ingat hampir kesemua nombor telefon kawan2 sekarang nombor sendiri juga perlu direkod dalam telefon yang sama. Kita tidak perlu berfikir untuk benda2 yang senang ini tapi berfikir pada benda yang lebih besar - ekonomi, politik, nak besarkan anak dan nak cari duit. Selamat Hari Jadi Aku yang ke 42.
2 minggu sebelum hari ini, AIRASIA sudah mengucapkan dahulu. Seminggu selepas itu, ETIQA juga sudah menghantar email mengucapkan tahniah. KLM yang nampak luar negaranya pun sudah seminggu mengucapkan benda yang sama. YAHOO juga buat benda yang sama. TRIPADVISOR juga tidak ketinggalan. GENI yang tak kenal aku juga sudah menghantar email. MAYBANK juga tiba2 kenal erat dengan aku. CELCOM juga buat yang sama dengan macam2 iklan khas untuk aku. PUBLIC MUTUAL hantar kad dengan CEO yang tandatangan - yang ini pasti aku tak kenal. Terimakasih pada kawan2 yang tidak lupa kerana urusan ingat2 ini diterjemah oleh sistem pada kita.
FACEBOOK memang patut kita berterimakasih pada Mark Zuckerberg kerana satu sistem ingat ini menyebabkan kita dan kawan2 tidak lupn untuk mengucapkan selamat hari jadi pada hampir setiap hari pada kawan2. Bagus kerana kita tidak lupa tapi sebenarnya kita tak guna minda secukupnya. Kalau dulu aku boleh ingat hampir kesemua nombor telefon kawan2 sekarang nombor sendiri juga perlu direkod dalam telefon yang sama. Kita tidak perlu berfikir untuk benda2 yang senang ini tapi berfikir pada benda yang lebih besar - ekonomi, politik, nak besarkan anak dan nak cari duit. Selamat Hari Jadi Aku yang ke 42.
Sunday, November 18, 2012
Masjid Beijing
Perjalanan ke Rantau Panjang, Kelantan juga perlu direkod sebagai satu perjalanan pendidikan untuk aku. Ini perlu dikongsi kerana perjalanan ini bukan untuk menghabiskan duit membeli belah di Rantau Panjang tetapi tentang satu masjid yang perlu diwar2kan. Masjid ini terletak di 2km sebelum sampai ke Rantau Panjang dari Kota Bharu.
Masjid yang kalau nampak dari jauh seperti tokong cina disebabkan kerana kita tidak keluar melihat ke dunia luar. Masjid Beijing ini menyerupai masjid2 yang terdapat di China dan dikatakan menyerupai Masjid Niujie di Beijing yang berusia 1000 tahun.
Masjid ini mula dibina pada tahun 2005 dengan kos RM8.8 juta dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada tahun 2009. Aku singgah bukan sebab untuk qada' hajat sahaja, aku jenis kagum dengan pemikiran yang melampau ini dan aku selalunya meraikan sesuatu yang hebat. Aku bawa anak2 sekitar masjid Beijing ini dan menikmati hebat kecinaan masjid ini. Aku mahu anak2 aku tahu bahawa penduduk Islam di China itu lebih banyak dari kita di Malaysia.
Saturday, November 17, 2012
Kota Bharu
tempat ku lawati |
Kali terakhir aku ke Kota Bharu adalah pada tahun 1994. Kalau ke Kelantan yang akhir sekali adalah ke Tanah Merah dan Rantau Panjang sekitar tahun 1998 pada awal perkahwinan. Perjalanan dulu aku melalui Gua Musang dari Raub melalui Kuala Lipis dan berjumpa dengan Kuala Krai. Aku ada sepupu di Tanah Merah dan perjalanan mengenalkan isteri ke sana paling aku ingat. Tetapi pergi ke Kota Bharu bersama isteri ini pada 11/11/12 adalah kali pertama dan setelah ada 3 cahaya mata maka Kota Bharu aku lawati lagi.
Banyak perubahan di Kota Bharu. Perjalanan melalui Rantau Panjang pasti akan bertemu dengan kawasan Wakaf Che Yeh. Aku bergurau dengan isteri mungkin ini mengambil sempena Pop Yeh Yeh. Dan perjalanan melalui Wakaf Che Yeh ini mengejutkan aku kerana bangunan2 baru yang serba moden menidakkan nama kampungan tadi. Wisma Audit dan Bangunan Kerajaan di sekitar Wakaf Che Yeh ini mengkagumkan aku. Bagi aku Wakaf Che Yeh adalah Putra Jaya bagi Kelantan. Moden dan serba hebat. Kalau aku bertanya pada yang pernah pergi ke Kota Bharu yang paling mereka ingat adalah Wakaf Che Yeh adalah pasar malam terbesar di Kota Bharu.
Dan kami terpesona dengan iklan2 di banner disepanjang perjalananan kami dari Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu yang sekitar 5 km sahaja. Setiap kedai memastikan tulisan jawi di letak tinggi dari tulisan rumi untuk memperkenalkan kedai mereka. Kedai Buku, tayar, kedai selenggara kenderaan atau apa sahaja, tulisan jawi pasti berada di atas untuk memperkenalkan mereka. Aku pasti orang yang membuatkan papan2 iklan seperti sudah diprogram untuk membuat tulisan jawi apabila ada tempahan. Semua iklan memerlukan gadis2 bertudung, cukup berilmu apabila anak2 bertanya dan ibubapa boleh menerangkan.
Kota Bharu dulu 1994, yang aku ingat cuma ada satu pasaraya iaitu The Store sekitar Pasar Siti Khadijah. Tetapi sekarang sekitar Pasar Siti Khadijah sahaja yang aku nampak sudah ada banyak pasaraya yang besar - Giant, The Store, KB Mall, Pelangi Mall, Pantai Timur dan Kota Seri Mutiara.
2 malam di Kota Bharu tidak cukup untuk aku menjelajah sekitar Kota Bharu kerana memenuhi permintaan isteri yang memuncak untuk berbelanja. Kota Bharu bukan lagi seperti dulu.
Labels:
Cuti
Perjalanan ke Kota Bharu
Aku bercuti ke Kota Bharu pada 11- 13 November 2012. Maka perjalanan dengan kenderaan ini kena dipastikan cukup bertenaga kerana mengikut google map perjalanan melalui Gerik ke Kota Bharu akan mengambil masa lebih kurang 8 jam 26 minit dari rumah aku atau 546 km. Mengikut kiraan Fizik aku, ini bermaksud kalau pandu kereta dalam kelajuan 100 km/jam maka perjalanan sekitar 5 jam 25 minit sahaja. Pada hari Ahad, 11 November pukul 7.30 am, bergeraklah kereta ke Kota Bharu dengan lafaz doa kenderaan. Dengan kelajuan sekitar 150 km ph, aku memastikan di mana ada kamera AES. Setelah di google juga aku perasan cuma ada di 1 tempat di sepanjang perjalanan aku ke Kuala Kangsar iaitu di Slim River dan diberitahu juga ada 2 atau 3 kamera berada di jalan bandar ke Ipoh. Maka kelajuan 150 km ph boleh diteruskan sehingga ke Kuala Kangsar. Perjalanan tiada halangan dan tiada hujan, Alhamdullillah. Aku sekeluarga hanya berhenti di Tapah untuk bersarapan sekitar pukul 9 pagi. Perjalanan diteruskan ke Kota Bharu melalui Gerik. Kami melalui Tasik Banding dan terus ke Jeli. Jalan di sini tidak lurus dan pastikan anak2 tidur lena jika sampai ke sini kerana mereka mungkin boleh memuntahkan sesuatu bila perjalanan berputar2 memeningkan. Bagusnya perjalanan sekitar Gerik ke Jeli ini adalah kawasan makan yang boleh didapati sepanjang perjalanan. Mungkin tidak sehebat di lebuhraya PLUS tetapi cukup menyelamatkan. Mata liar isteri nampak barang2 jualan di Jeli sudah terpancar dari muka. Dari Jeli, perjalanan mengikut laluan akan menjumpai Rantau Panjang. Memang kawasan ini menjadi tempat lawatan penting untuk isteri aku. Aku teruskan perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Homestay sudah aku tempah. RM150 satu malam. Sampai ke PCB sekitar jam 3 ptg dan mengikut rekod aku, anak2 sudah 2 kali tidur dan bangun untuk kami sampai ke Kota Bharu. Viva Kota Bharu.
Labels:
Cuti
Friday, November 9, 2012
Kecekapan Bank
Dan sekarang diperkatakan Bank2 di Malaysia tidak sepantas dahulu. Banyak Agensi Kerajaan sudah berubah gerak laku, perubahan ke arah kecekapan terus didambakan. Aku teringat ketika mahu membuat pasport 20 tahun dulu. Paling kurang sebulan baru kita dapat lihat buku merah keras itu. Sekarang hanya perlu 2 jam. Jabatan2 di dalam bank ditambah hanya untuk melambatkan segala proses. Risk Department berbeza tingkah laku dengan orang yang cuba meluluskan pinjaman. Compliance Department pula bekerja memastikan kelambatan itu boleh diterima sebelum duit keluar untuk pinjaman. Untuk pengeluaran pinjaman pula, semua bank sudah membuka Pejabat Kawasan (Regional Office) untuk membuat pemeriksaan sebelum duit dikeluarkan. Kalau ditanya pada jabatan2 yang terlibat, semua mengatakan mereka effektif dan memastikan dalam masa 24 jam ia akan keluar. Tetapi orang diluar semestinya tidak faham kalau 3 bulan baru semua selesai - merujuk kepada pinjaman rumah, pinjaman korporat, pinjaman ASB dan pinjaman persendirian. Yang memproses pinjaman mengatakan mereka hanya perlukan 24 jam untuk lulus jika semua dokumen dapat. Ini menyelamatkan mereka kalau terlambat. Yang hendak meluluskan pula perlu pandangan Risk Department. Selepas lulus maka dokumen hendaklah dipastikan telah termeterai sebelum dihantar ke pejabat Kawasan untuk dikeluarkan pinjaman. Ketua di situ pula memberi kepada Comliance Department untuk memeriksa tentang fail yang dihantar itu boleh dikeluarkan duit atau dokumen masih belum cukup. Setelah seminggu dua baru duit itu dikeluarkan setelah semua yang terlibat memenuhi kehendak Risk dan orang yang meluluskan. Maka kalau orang marhaen tidak faham tentang ini kemungkinan mereka akan marah. Ketahuilah untuk satu pinjaman paling kurang fail itu akan dilihat seramai 20 orang.
Labels:
Bank
Monday, October 29, 2012
Hafalan Shalat Delisa
Tsunami 25/12/2004 Acheh sentiasa kekal dalam ingatan. Rapatnya cerita tsunami kerana sekitar masa yang sama keluarga aku juga kehilangan beberapa orang yang dikasihi. Cerita Hafalan Shalat Delisa yang dititip dari karya tulisan Tere Liye seorang pemuda yang berbakat. Cerita tentang Delisa, seorang kanak yang sangat indah hidupnya disamping keluarga yang tersayang. Bersama Ummi Salamah, kakaknya Fatimah dan 2 kembar iaitu Az Zahra dan Aisyah. Ayahnya yang bekerja di luar negara - Abi. Bermula pada 24 Disember 2004 sehari sebelum kejadian Tsunami yang menunjukkan satu keluarga bahagia dan aman di Lok Nga (salah satu perkampungan kecil di Acheh). Cerita tentang bagaimana anak2 kecil di sana diajar menghafal bacaan solat dan diperiksa secara praktikal dan diselitkan dengan maksud supaya kanak2 tidak menjadi seperti burung kakak tua. Cantiknya cerita ini kerana walaupun seluruh keluarganya mati dan kakinya dipotong tetapi kanak2 kecil ini, Delisa meneruskan hidup dengan gembira. Tanpa kita perasan nama2 keluarga Delisa ini adalah berkaitan Rasullullah SAW. Dan yang paling meningatkan aku adalah lagu Ibu yang sentiasa berlagu di dalam filem ini - sedih dan mengingatkan.
Aku Bukan Haji
Eid Mubarak dan hari terakhir melontar jamrah di Mina. Aku membantu melapah lembu 2 hari berturut2. Jumaat dan Sabtu. Mungkin diperiksa tahap darah dibadan ini sekarang naik tinggi kerana hari2 makan daging. Semalam 28/10/2012 hari ke 2 Thasrik, sudah tidak ada yang membuat korban lembu dan yang peliknya mengikut ramalan Aidil Adha kali ini akan terus sejuk kerana hujan tetapi hari terus memanas semalam 2 hari untuk membantai lembu. Aku menonton cerita "Aku bukan Haji" lakonan Ashraff Muslim, Fauziah Nawi dan Wan Hanafi Su. Cerita tentang seorang lelaki yang mencuri duit bakal haji untuk membeli ubat buat ayah yang sakit kuat. Bakal haji itu pula meninggal dunia kerana sakit jantung disebabkan kecurian itu. Setelah itu bapanya meninggal dan duit itu dipulangkan secara senyap dan dia setiap kali memohon ampun pada keluarga yang meninggal walaupun tiada yang memahami kerana dirahsiakan perbuatannya. Panggilan haji oleh Wan Hanafi Su untuk menaikkan semangat tetapi buat si pencuri, Ashraff lain pula kerana ia membuatkan jalan cerita menarik kepada aku. Duit dicuri dan bakal haji meninggal. Aku juga cuba dekatkan tentang kes pekerja Tabung Haji yang mengambil duit dari bakal2 haji untuk menaikkan nama orang lain menggantikan nama yang didalam barisan. Tiba2 orang yang dialihkan itu meninggal dunia! Tidakkah ini sama dengan mencuri hak orang?
Wednesday, October 24, 2012
Seminar Percukaian Kebangsaan 2012
Semalam menghadiri Seminar Cukai Kebangsaan di Shah Alam Convention Center. Dikelolakan oleh LHDN dan dihadiri lebih dari 400 peserta. Nampak macam menumpukan perhatian peserta tetapi bila sembang2 waktu minum dan makan, baru perasan mereka ini kebanyakannya adalah agen percukaian yang perlu menghadiri seminar percukaian untuk mendapat lesen sebagai agen. Seminar Percukaian itu terbahagi kepada 2 bahagian - pertama tentang usul bajet yang baru diperkatakan di Parlimen dan kedua tentang pengelakan cukai untuk didakwa atas kesalahan jenayah. Pengetahuan tentang percukaian bukan semua tahu tetapi bermula dari tahun 2013 nanti sesiapa yang tidak menghantar borang cukai dikira sebagai penjenayah, sesiapa yang cuba mengurangkan cukai dikira jenayah juga. Dan sesiapa yang mengarahkan, membuat dan merekacipta untuk mengurangkan cukai juga boleh didakwa atas kesalahan jenayah. Boleh masuk penjara dan didenda. Banyak yang dibincangkan dan ia terlalu rapat dengan kita dan kemungkinan benar akan datang, kerjaya agen percukaian menjadi lebih penting bukan hanya untuk syarikat tetapi individu juga.
Apa yang berubah di dalam percukaian - 21 seksyen dalam Akta Percukaian 1967 berubah, 4 seksyen dalam Akta Petroleum 1976, 6 seksyen dalam Akta Percukaian dalam Keuntungan Jualan harta 1976 (RPGT) dan 4 seksyen dalam Akta Stamp 1957. Bersedia untuk menerima pengetahuan percukaian kerana walau kita mengelak ia akan datang juga akhirnya.
Wednesday, October 17, 2012
WIRA-WIRA Negara
Aku membayar cukai pendapatan. Dan selalu dipanggil sebagai Wira2 Negara kerana pendapatan aku diberi sedikit kepada Kerajaan untuk diuruskan membuat perkara2 yang dirancang untuk kebaikan semua penduduk Malaysia. Dan menjadikan hak aku untuk mengetahui kegunaan dan kemana duit2 aku ini digunakan kerana sebagai Wira2 Negara aku mesti merujuk kepada lapuran yang disediakan untuk aku mengetahui kemana duit itu dilaburkan untuk kebaikan.
Salah satu projek adalah penambahbaik penternakan lembu yang dikelolakan oleh NFC sebanyak RM250 juta. Mungkin banyak projek lain yang aku tidak tahu dan tiada siapa yang mahu membocorkan rahsia ini. Hari ini dalam The Star - NFC adakn dikenakan tindakan sivil untuk mendapat balik duit pinjaman sebanyak RM250 juta yang telah digunakan sebahagiannya bukan untuk penternakan lembu.
Yang asalnya cerita ini adalah gebang pembangkang yang tiada siapa mahu mendengar. Rafizi, pakar strategi PKR bercerita tentang kegunaan duit NFC membeli kondominium di Bangsar dan berniaga di Singapura. Setelah diteliti oleh pihak SPRM dan kerajaan, maka ada salahlaku dibuat dan boleh diambil tindakan.
Kalau sebagai Wira2 Negara aku tidak boleh buat sesuatu tapi Rafizi sudah memalu gendang untuk berperang, aku kena sokong kerana duit cukai yang aku bayar digunakan untuk masuk poket sendiri memang tidak betul.
Kouta Haji 2012
Hari Wukuf di Arafah berlaku pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1433 nanti bersamaan Eid Mubarak 26/10/2012. Wukuf adalah haji. Tiada wukuf bermakna tiada haji. Wukuf tidak boleh digantikan membayar dam seperti wajib haji. Yang sakit, tenat tidak boleh berjalan atau pengsan sekali pun pasti dibawa ke Arafah untuk berwukuf kerana ia adalah rukun didalam haji.
Kouta orang pergi haji di Singapora hanya kekal kepada 680 visa yang dikeluarkan tidak seperti tahun2 terdahulu sekitar 1,500 visa dikeluarkan. Mengikut Menteri Agamanya, ini disebabkan dengan peningkatan pembaikan yang terlalu besar dilakukan disekitar Masjidil Haram di Mekah. Benar ini adalah satu keputusan yang terpaksa diikut oleh semua negara kerana habuk yang banyak dan suasana yang tidak mesra alam akan bertambah teruk dengan orang yang lebih ramai.
Hujah mengatakan bahawa disebabkan demonstrasi Bersih menyebabkan kuota Malaysia tidak ditambah adalah tidak boleh diterima dan ini menakutkan orang yang masih menunggu masa untuk pergi. Mengikut rekod lebih dari 975,000 orang sudah berdaftar dan jika mengikut kuota 28,000 sahaja yang boleh pergi maka lebih dari 35 tahun beratur di dalam susunan untuk pergi ke sana. Berdoa supaya panjang umur. Dan mengikut rekod juga 4,000 orang di dalam daftar itu berumur lebih 75 tahun dan perlu didahulukan.
Didoakan semoga haji2 dan hajah2 dari Malaysia mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan untuk menunaikan segala rukun2 haji. Insyallah.
Monday, October 15, 2012
Duit Dana Asing
Di dalam sistem ekonomi kapitalis, duit menjadi pelincir untuk semua bergerak. Tidak ada ehsan dalam perniagaan, tiada budi dalam pertolongan atau semua benda perlu duit. Keuntungan adalah terpenting. Duit luar atau Foreign Direct Investment (FDI) adalah penting dalam meningkatkan atau membesarkan sesuatu ekonomi sesebuah negara. Kalau negara hanya mengharapkan duit dalaman dan berniaga sesama sendiri maka peningkatan pembesaran tidak akan berlaku. Contoh apabila satu kampung yang hanya duduk sendiri dan berniaga sesama sendiri dan tidak membenarkan apa2 elemen masuk ke dalam negara. Sistem barter atau bertukar barang mungkin boleh tapi kalau duit sebagai perantara maka duit akan tersekat apabila seorang menyimpan duit diluar sistem. Duit luar ini penting untuk mengembangkan ekonomi.
Baru2 ini semua kecoh tentang penyangak seorang ini iaitu George Soros yang pernah kita marah kerana mengodam sistem kewangan kita dan meruntuhkan nilai kewangan kita pula pada sekitar tahun 1997 - 1999. Dan sekarang nama George Soros ini keluar balik kerana menjadi dana asing untuk menjatuhkan seseorang. Di satu sudut biasa, penduduk Malaysia melihat ini adalah kesalahan yang boleh dipolitikkan kerana ia membantu satu NGO untuk menjatuhkan orang Malaysia. Tetapi di satu sudut yang lain, dana asing masuk ke Malaysia.
Bila kita melihat Mc Donald dibuka di Malaysia bermaksud FDI bergerak masuk ke dalam ekonomi. Bila ada sesebuah syarikat yang besar berminat datang melabur ke Malaysia maka kita melompat gembira kerana pasti mereka membawa duit bersama dengan janjinya bahawa pekerjaan bertambah, pengangguran menurun atau nikmat dinikmati bersama. Tetapi keuntungan perniagaan sebenarnya dibawa keluar oleh syarikat yang besar itu. Konsep perniagaan terbuka ini membuka peluang dan juga menarik keluar duit dari dalam ke negara asing. China tidak mengamalkan konsep terbuka ini. Maka apa yang terjadi, ribuan jutawan tercipta di dalam negara sendiri tanpa menjemput orang luar masuk. Peraturan yuang ketat ini boleh dilihat sehinggakan syarikat yang sebesar Google pun boleh diminta tutup di China. China dengan penduduk yang ramai memang boleh membuat sekatan2 yang berbagai kerana pengguna2 yang ramai membolehkan mereka mencipta ekonomi mereka sendiri.
Malaysia agak berbeza kerana kita adalah negara pengguna sahaja. Bermaksud kita tidak mencipta barang yang banyak dan kita memerlukan barang luar masuk ke negara untuk menikmati hidup lebih sempurna. Dana asing masuk penting untuk menyemarakan sistem ekonomi. Contoh apabila Kuala Lumpur yang dahulunya murah sekarang sudah mahal apabila banyak syarikat luar datang membuka hotel, pak2 Arab buka restoran Arab atau pasaraya2 mega seperti Tesco membuka perniagaan di Malaysia. Jangan marah pada dana asing yang masuk kerana ia memastikan ekonomi kapitalis ini bergembira memastikan semua bersuka ria walau untung mereka dibawa keluar.
Saturday, October 6, 2012
Romantis orang Korea
Kalau suami layan K Pop - Gangnam Style atau gadis2 genit K Pop - jangan marah kalau kita juga layan drama2 Korea yang lelakinya kacak. Beberapa tahun kebelakangan ini, cerita Korea digambarkan sebagai lelakinya sangat romastis dan kalau sesiapa tidak tahu lelaki Perancis ditabalkan sebagai lelaki yang paling romantis. Konsep mencium tangan hanya dilakukan di Perancis dan suami Perancis berbangga kalau isterinya ditenung orang. Ini ukuran romantis. Orang Korea adalah kasar tetapi gambaran dalam filem boleh mengoncang naluri seorang isteri dan rasa2 romantis orang Korea ini terbaik sepanjang zaman. Aku cuba beromantis dengan isteri, tetapi dilihat sebagai buang tabiat. Mungkin rona rona romantis itu tidak ada di muka aku.
Labels:
life
Friday, October 5, 2012
Majlis Orang Arab
Semalam aku dijemput menghadiri majlis 'reception' pengantin orang Syria. Sementelah bekerja dengan orang Syria, suasana majlis bersama2 orang belah sana ini tidak mahu aku ketinggalan. Jamuan ini khas untuk lelaki sahaja. Aku dengar kalau untuk majlis bersama lelaki dan perempuan dilakukan serentak maka ia akan berjalan di bilik yang berlainan. Cuma kali ini diadakan di rumah dan pasti yang lelaki yang kita boleh jumpa di sana.
Majlis bermula selepas waktu Magrib. Sekitar 8 aku sudah sampai menjengah rumah Syrian itu. Sudah ada hampir 20 orang tetamu yang pasti bercakap arab dan aku yang Melayu ini hanya akan tersenyum sepanjang masa. Aku perhatikan setiap yang hadir pasti akan dipeluk dan diberi ciuman oleh tuan rumah. Kemesraan ini bukan dibuat2. Mereka akan berpeluk lama kalau lama tidak berjumpa dan aku disambut 'Wah Lan Wah Sahlan'. Dan yang pastinya setiap tetamu yang aku bersalam pasti memberi salam Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh" dan bertanya "Kaifa Haluka".
Sambil duduk menunggu, muka aku kembali cerah bila melihat ada lagi Melayu yang dijemput ke majlis ini yang aku rasa aku hanya akan tersenyum sepanjang masa tidak faham. Jam sudah pukul 8.30 malam. Salah seorang Syria sudah mula mengalunkan nasyid atau seperti berbunyi marhaban. Sungguh mengashikkan kerana terdengar seperti membaca Al Quran kerana terdengar nama Rasullullah SAW disebut berkali2. Majlis terus berjalan dan aku bersembang perlahan dengan Melayu yang seorang itu. Cuma yang pasti Melayu seorang ini pandai berbahasa Arab. Yang berlagu berkasidah itu terus mengalunkan lagu. Asyik sangat dan tetamu terus tiba dan mungkin lebih 70 orang sudah ada di ruang tamu rumah.
Sesampai aku tadi aku dijamu dengan manisan arab yang sangat manis. Aku juga diberikan dengan 'Arabic Coffee' yang sebenarnya adalah air berempah dan aku seperti biasa tidak pernah menolak untuk mencuba dan setiap kali aku habis air berempah itu, anak tuan rumah pasti datang menuang air yang sama. Kata orang Melayu sebelah aku, ini adalah keseimbangan dalam makanan orang Arab - manis dan berempah.
Nasyid sudah berhenti dan alunan bacaan Al Quran pula dialunkan oleh salah seorang tetamu. Aku diberitahu kedua2 itu adalah Pensyarah di UIA. Setelah Al Quran berhenti dibaca, seorang tetamu yang aku rasa paling dihormati - bukan tua tetapi yang paling berpengaruh berdiri seperti memberi khutbah. Sepenuhnya dengan bahasa Arab dan dipenuhi dengan hadis dan bacaan Al Quran menasihati pengantin lelaki. Ia disambut sekali sekala oleh tetamu dengan selawat kepada Rasullullah SAW. Habis ucapan ini pengantin lelaki dijemput untuk berucap dan majlis pun berakhir. Barulah tetamu dijemput makan. Jam sudah menunjuk pukul 10 malam. Ini adalah majlis pertama yang aku hadiri dimana terlalu banyak orang Arab dalam satu masa - orang Palestine, Mesir, Arab, Yaman yang paling ramai orang Syria.
Wednesday, October 3, 2012
Malaysia pun Boleh Debat
Dan hari ini 03/10/2012 pukul 6 pm di Amerika akan bermula perdebatan President Amerika di antara Barack Obama dan Mitt Romney. Semua media berebut2 untuk menyiarkan secara langsung dan disaksikan oleh semua rakyat Amerika yang ingin tahu. Perdebatan ini diperlukan sangat oleh Mitt Romney setelah beberapa minggu ini menyaksikan peratusan yang menyokong beliau menurun. Pihak tertinggi Republikan memberi amaran kepada Romney jika tidak membuat sesuatu sekarang mungkin kerusi President akan terus kekal di tangan Barack Obama pada 06 November nanti. Maka di Denver, Mitt Romney telah memohon debat antara beliau dan Barack Obama. Perdebatan ini akan digunakan untuk menarik balik sokongan dan di pihak Barack Obama tidak kecut untuk menerima ajakan ini. Konsep debat ini boleh digunakan ketika ini di Malaysia semasa bajet dijadikan perbualan orang ramai, kenapa gula naik, bonus untuk penjawat awam, nak beli telefon pintar dapat rebat atau cerita rumah mampu milik. Perbezaan cerita dengan pembangkang sekarang boleh dijadikan modal untuk berdebat kerana yang nampak pada rakyat adalah apa yang mereka dapat tetapi cerita secara mekanikalnya mungkin tidak faham. Aku teringat peribahasa China yang simbolik "kalau kita bagi ikan, anak kita akan makan sehari tetapi kalau kita bagi joran, anak kita makan selamanya".
Perkahwinan yang di tunggu2
Dan diberitahu bahawa perkahwinan terbesar di Malaysia dan disahkan oleh Malaysia Book of Record bahawa perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka adalah paling ramai menerima tetamu. Mengikut rekod ia melebihi dari 120,000 orang yang hadir dengan 500 petugas yang diberitahu di dalam The Star 03/10/2012 tidak dibayar sesen pun. Ini adalah kumpulan penanggah yang ikhlas. Dan pada hari yang sama aku juga menjadi penanggah untuk adik ipar aku berkahwin di Kelana Jaya. Bila melihat dengan kedatangan yang lebih dari 100,000 aku sendiri tidak boleh membayangkan bagaimana meriahnya majlis perkahwinan tersebut. Aku ketika di Kelana Jaya mungkin menerima tetamu sekitar 1,000 orang dan masih boleh berjenaka dengan tetamu dan menunjukkan tempat makan sambil bersembang ketika tetamu makan. Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam beberapa hari ini ditanya tentang berapa kos untuk membuat majlis sebesar itu. Aku sendiri jamin tidak mungkin 100,000 orang itu bawa makanan sendiri untuk ke majlis perkahwinan. Bagi aku, yang berkahwin mungkin selamat sudah berlayar tetapi yang menanggung kos perkahwinan sehingga sekarang terpaksa berfikir untuk melihat modal kembali atau bagi Ali Rustam kena menjawab dari mana duit itu datang? Selamat Pengantin Baru.
Labels:
life
Thursday, September 27, 2012
Bajet atau Belanjawan 2012
Kami mahu padang permainan |
Satu ketika belanjawan dihebohkan sebagai yang paling boleh diterima. Kalau kita melihat 'wan' sebagai penambahan suku kata untuk menguatkan, ini bermaksud belanjawan adalah belanja semahunya. Ini diperkuatkan seperti kalau jutawan maksudnya orang yang kaya dan sangat kaya, jelitawan maksudnya orang yang cantik dan sangat cantik atau dermawan orang yang suka berderma dan sangat selalu menderma. Maka teori ini boleh diterima pakai dan nampak betul bila ditukar. Esok 28/09/2012, belanjawan ini tidak disebut dengan itu lagi tetapi bajet kerana menerima pakai perkataan Inggeris yang dimelayukan Budget.
Semua tuntutan seolah dilayan kali ini. PM membuka luas ruang sosial di internet untuk orang ramai menyuarakan tuntutan. Cuepec mohon bonus lagi dan kenaikan gaji. Kenaikan gaji sudah menjadi tuntutan mesti setiap tahun seperti bonus. Tetapi kali ini Cuepec akan memberi pulangan iaitu tambahan kerja 30 minit setiap hari. Ini mungkin tidak mengambil kira masa minum pukul 10.30 pagi atau minum 3.30 petang atau waktu solat Zohor dan Asar seperti mendengar kutbah panjangnya. Adakah mereka berhak meminta sekarang? Itu adalah hak mereka untuk menuntut. Dalam waktu sekarang apa tuntutan pun akan nampak boleh diterima pakai.
Orang2 yang bekerja swasta kali ini pohon gaji untuk naik juga. Kerana bagi mereka gaji yang tinggi boleh menutup masalah kewangan hari ini. Cukai persendirian minta diturunkan. Kos sara hidup tinggi memang masalah dan pohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) diberi setiap bulan.
Perhatian yang sangat tinggi kepada gaji ini sebenarnya tidak menyelesaikan masalah. Apa yang perlu pada orang marhein adalah tuntutan :-
1. Harga kueh ditetapkan kepada 5 seringgit (RM0.20) - mahal sekarang RM0.40 satu
2. Harga nasi lemak sekitar RM0.50 sahaja - kat Baling dan Penang masih harga ni
3. Jagaan anak dirumah disediakan dan kos bawah RM50 - susu kita bagi, lampin kita bagi apa lagi
4. Roti canai tidak boleh lebih RM0.50 - dorang pakai tepung yang bukan kualiti tinggi pun
5. Teh Tarik sekitar RM0.50 sahaja - yang dihidangkan air dengan hampas teh je yang diulang pakai berkali2
6. Rumah mampu milik di biayi oleh kerajaan bukan bank yang memilih2 pelanggan - harga rumah mahal dan mampu milik bermula RM250,000 biar betul
7. Sabun basuh baju sekilo RM2 - hari2 basuh sekarang
8. Kedai makan tidak kenakan kos pada nasi putih kosong - ada kenakan RM1 kadang2 RM1.50
9. Pelepasan cukai untuk anak2 dinaikkan sekitar RM5000 setahun - RM1000 setahun untuk bela kucing je
10.Harga kereta sekitar 5 kali ganda gaji kita. Kalau gaji RM1000 maka harga kereta pun RM5000 sahaja. - dalam filem transfomer, bapa hero beli bumble bee sekitar USD1500 je.
Kalau nak tuntut rasanya macam2 nak - yang mahu todi murah pun ada. Yang mahu loteri kebajikan dimasukkan dalam TV pun ada lagi. Cabutan bertuah IC jutawan setiap minggu pun ada yang mahu tuntut. Selamat memahami bajet esok dan kalau tak tahu sila bertanya. Rumah mampu milik kenapa harga dari RM250,000 dinaikkan kepada RM400,000 tahun lepas.
Thursday, September 20, 2012
Apa Kate pakai?
Dalam Star hari ini 20/09/2012, kisah permaisuri Diana dulu seperti timbul kembali pada aku. Cerita tentang Kate isteri William cara berpakaian dan pakaian yang paparazzi tangkap dan muatkan dalam majalah. Dan di Malaysia juga persediaan menyambut permaisuri seorang ini seperti menyambut orang dari kayangan iaitu seperti dia tak kentut sahaja. Hebat persediaan sehingga pengawal, orang ramai dan pihak media berebut2 menghulur tangan dan bersorak gembira walau mendapat lambaian dari orang yang rasanya tidak berbau ini. Cerita tentang apa yang Kate pakai pada aku tidak sehebat apa yang dia tidak pakai. Di Perancis, permaisuri seorang ini sudah mendapat injuksi atau sekatan pada sebuah majalah supaya tidak menyiarkan lagi gambar dia tidak memakai baju hatta yang dalam sekali pun. Aku tidak kisah sangat kalau dia mahu datang melawat kita di Malaysia tapi kita kena ingat bahawa dia ini pun sebenarnya suka tidak berbaju dan marah kalau orang ambil gambar dia. Bagi lelaki normal - apa kami kesah apa yang dia pakai tetapi kami lebih teruja dengan apa yang dia tidak pakai!
Labels:
life
Thursday, September 13, 2012
Kalau nak Cari Duit
Ada bermacam pekerjaan yang tidak masuk minda kita tapi dibuat untuk mencari sesuap nasi. Ini adalah cerita tentang keretapi di India. Bermula dengan landasan keretapi pertama dari Bombay ke Thani 1953, perniagaan keretapi meningkat mendadak sehingga diberitahu bahawa pada tahun 1929 di India, orang yang menggunakan keretapi meningkat sehingga 620 juta orang dan barangan seberat 90 juta tan setahun. Kebanyakan landasan keretapi ini dibuat oleh East India Company atau British India Company (kalau di Malaysia mengikut sejarah syarikat ini juga mengkalonikan Malaysia kalaupun bukan menawan Malaysia). Setelah India merdeka pada tahun 1947 dari kaloni ini, syarikat kerajaan Indian Railway mengambil alih semua perniagaan berasaskan keretapi ini. Sekarang mengikut rekod 10 billion orang menggunakan keretapi India dan penghantaran barang lebih dari 1,050 juta tan. Jalinan rangkaian landasan sekarang sekitar 65,000 km seluruh India. Dan kerana kepesatan ini maka satu kementerian ditubuhkan dan seorang Menteri di lantik sebagai Menteri Keretapi (Ministry of Railways).
Hebat cerita ini tak habis kat situ sahaja. Mengikut rekod juga 15,000 orang mati kerana keretapi ini. Kebanyakan disebabkan oleh kegagalan menyeberang keretapi. Mungkin sebab banyak sangat landasan nak kena seberang. Dan lahirlah satu pekerjaan yang pelik ini, iaitu membersihkan landasan dan mengumpul sisa2 mayat untuk dihantar ke hospital. Perjalanan antara Mumbai dan Thane sahaja mengikut rekod terdapat 6,000 kematian setiap tahun atau 16 orang sehari. 3 orang pemuda India berkongsi kerja mengumpulkan mayat2 yang tidak sempurna ini dan dihantar ke hospital. Mereka mendapat upah sekitar 100 - 150 rupee atau RM4.30 sehingga RM8.00 untuk satu mayat. Dan ini adalah pekerjaan yang tersembunyi dan takut2 mereka juga suka menambah statistik untuk menambah pendapatan.
Thursday, September 6, 2012
Kena Dukung Anak
"Ayah, Abang buat2 tidur je" Kenapa pulak tanya aku. "Abang nak ayah dukung Abang sampai kat bilik" Aku tahu semua helah anak2. "Abang, tak boleh buat macam tu, Ayah penat nak dukung Abang, berat" Aku cuba mendapat simpati. "Jalan jauh2, Ayah yang driving, lepas tu Ayah kena dukung pulak. Lain kali Ayah kejut Abang, Abang jalan sendiri ke bilik" Tidak mahu balas anak lelaki sulong aku ini. "Abang pun penat, ayah asyik jalan2 je, lepas tu makan, makan lagi, Ayah la kuat, Abang makan sekali je. Ayah pegi 5 rumah, Ayah makan 5 kali, bolehlah dukung". Letih aku mendengar dan terasa berat badan mungkin lebih berat dari sebelum Ramadhan.
Labels:
life
Baby Kecik
"Ayah, adik nak baby kecik" Aku menoleh anak perempuan aku yang seorang ini. Berumur 3 tahun, petah bercakap dan selalu jujur mengutuk aku. Pernah satu ketika aku beratur di kedai 24 jam walau nama kedainya 7 11 sahaja, "Ayah, kenapa ayah kecik kenot (ketot) dari orang depan tu". Dan aku selalunya tidak menjawab cuma membulatkan mata untuk nampak garang. Kali ini soalan dia terus aku jawab "Kan dah ada Aniq ni, kecik" Dia mengeleng kepala "Tapi Aniq selalu nangis" Aku mengusap rambut dia yang kadang2 terjumpa telur2 kutu yang sudah menetas. Shampu membunuh kutu terpaksa digunakan selalu untuk membuang cerita kutu di kepala. "Aniq kecik, mana tahu cakap. Dia nangis la nak mintak semua benda". Dia mengeleng kepala lagi "Adik nak berdoa la, Ya Allah bagila aku baby kecik yang cantik" Aku senyum dan mencuit dia "Beritahu dengan mama, nanti ayah usahakan".
Labels:
life
Tuesday, August 28, 2012
SURAU
kosong |
Hari raya pertama berlalu pantas dengan kami sekeluarga berjaya menghabiskan 2 rumah penting untuk dilawati. Rumah belah lelaki - Aku di Kg Subang dan rumah belah isteri di Kelana Jaya. Jangan rasa terkilan sebab dekatnya kedua ini menyebabkan kami dapat beraya hampir adil setiap tahun. Aku bermula dengan rumah mertua dan berakhir di rumah mak aku di Kg Subang. Petang hari yang sama, kami pasti melawat 2 atau 3 rumah saudara sekitar Kg Subang sahaja. Dan malamnya kami pasti penat tersadai di rumah sendiri. Bahaya meninggalkan rumah juga tidak pernah menjadi kira2 kami kerana paling lama kami bermusafir mungkin 2 malam atau 3 malam sepanjang hari raya.
Sesampai di rumah sekitar 8.30 pm, letih badan berehat, anak lelaki aku menegur, "Ayah tak pergi masjid malam ni" Bertukar wajah aku sebentar dan aku memberitahu akan ke masjid untuk solat Isyak nanti. Azan Isyak sudah berkumandang di TV dan cepat2 aku bergerak mandi untuk solat ke surau berdekatan. Sudah 5 minit berlalu, dan tanpa meletakkan wangi2an aku bergerak pantas terus mencapai kunci kereta dan menderu ke surau. Sesampai aku di sana, waktu sudah menunjukkan 8.43 pm, sudah lebih 8 minit dari azan tadi. Surau gelap dan aku termanggu2 kerana waktu sudah lambat dan surau berkunci kemas.
Aku terus memecut laju berfikir di mana lagi surau2 yang berdekatan. Dan hampir pasti aku lansung tidak mendengar azan sekitar tempat aku tinggal kerana hari ini Hari Raya pertama. Disebabkan perasaan ingin berjemaah terlalu tinggi aku terus memecut berfikir bahawa Masjid An Nur pasti tidak tutup seperti surau tempat aku tinggal. Sebelum sampai ke jalan besar, baru aku teringat bahawa di sebelah taman ada sebuah surau dan boleh nampak dari jalan besar. Aku bersyukur sangat tetapi masa sudah sekitar 8.50 pm. Kalau aku dapat berjemaah dengan jemaah surau itu pada rakaat ke 4 pun pasti bersyukur.
Sesampai aku ke sana, surau terang berderang dan hanya 5 orang yang masih duduk. Aku sedih kerana misi tidak kesampaian untuk berjemaah. Secara perlahan aku solat tahiyatul masjid dan tiba2 seorang Bangladeshi yang paling hadapan menegur aku, "Abang boleh jadi imam?" Senyum mesra aku dan misi masih boleh dilengkapkan.
Labels:
life
Menu Malam raya 1433 / 2012
Malam Raya aku masih teringat untuk berbuka. Ramadhan yang barakah akan di tinggalkan. Kami sekeluarga bergerak sekitar 6 pm ke Kelana Jaya - rumah mertua aku. Sebelum bergerak aku goreng cucur udang dan sandwich tuna dan mayonis untuk santapan berbuka hari ini. Cucur udang yang satu in memang menjadi kegemaran aku. Udang yang dibersihkan kepala dan disiat siksa kulitnya dan ditinggalkan sepi hanya kawasan tengah badan sahaja. Mahal pulak harga udang hari ini - bisik aku sendiri. Campurkan tepung beras dan tepung gandum secara paksa rela bersama kucai bukan cukai yang dicampurkan sedikit kunyit untuk menambah warna kekuningan keemasan berperisa tinggi. Udang yang dibersihkan terus dicampur gaul bernafsu dengan tepung yang sudah diadun seperti mesra berkahwin. Minyak di dalam kuali dibiarkan panas menyendiri dan terus masukkan udang yang sudah diadun mesra bersama tepung dan kucai. Yang pasti produk ini tidak berbentuk bulat seperti yang dijual di kedai mak cik Limah atau 'tembun' disumbat yis untuk menaikkan bentuk badan. Kuah cili pedas perlu disediakan untuk menambah selera tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, aku cuma goreng dan cicah dengan sos cili Thai sahaja. Dan malam raya hari itu, cucur udang yang satu ini menghiburkan satu keluarga di Kelana Jaya.
Labels:
life
Thursday, August 16, 2012
Beli Belah Hari Raya
Langsir memang kena tukar. Sofa nampak macam dah lama. Rumah kena cat. Baju Melayu, baju kurung satu keluarga mesti nak sama. Baju raya kena beli setiap anak 2 helai sepersalinan. Bila fikir2 kereta juga perlu ditukar. Kereta baru memberikan satu kemenangan moral yang hanya aku sendiri tahu. TV yang berkanta cembung perlu ditukar kepada LCD kerana trend baru kena ikut. Melihat2 ke dalam bilik, almari hias diri sudah lusuh dan pasti ditukar. Jam dinding juga mesti ditukar baru kerana model yang lekat di dinding itu sudah lebih 10 tahun.
Memang bila datang raya, hati menggila membeli belah ini seperti sudah lama wujud dalam diri. Orang mungkin kata berbagai pada aku tapi kegilaan ini seolah2 sebati dan sangat seronok. Jika tak cukup duit, kad plastik pasti membantu. Keseronokan ini agak pelik kerana bukan aku sahaja yang tergila2 tetapi ditambah dengan kegilaan isteri yang seolah2 aku menanam pokok duit di belakang rumah.
Malam akhir Ramadhan adalah hari terakhir kami sekeluarga akan menggila di Kuala Lumpur. Berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar 12 pm hingga pukul 3 untuk mendapat peluang menggila membeli kali terakhir. Dan selalunya kami akan mengusung belian di setiap jari seperti kueh mueh hari raya, baju2 raya dan kadang2 terbeli 'remote control car' untuk anak.
Dan kegilaan ini bukan aku seorang sekeluarga. Perangai ini dikongsi ramai kerana setiap kali aku hendak menggila, pasti jalan bersesak dan kadang2 kami boleh bergaduh berebut tempat pangkir. Aku rasa2 telah berjasa lebih untuk meningkatkan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan peratus yang diberi oleh Gabenor BNM mungkin 1atau 2 peratus datang dari kegilaan aku ini.
Monday, August 13, 2012
Jom Tukar Logo
Keputusan diambil ini untuk memenuhi semua kehendak. Kali ini kalau ada yang tidak setuju memang tak sekolahlah orang yang membangkang itu. Setiap minggu logo ditukar untuk menunjukkan betapa muhibbahnya kemerdekaan kali ini. Kalau diminta anak2 menghafal mungkin konsep tukar setiap minggu ini boleh mengelirukan. Tapi kita kena bersangka baik. Kita mengambil contoh telefon genggam kita yang selalu bertukar 'casing'. Maka isi yang sama cuma luaran yang bertukar. Mungkin pertandingan merekacipta logo tidak dibuat. Maka orang yang ditugaskan untuk membuat logo hanya mampu bagi sepertimana ia sekarang. Dan konsep menukar setiap minggu akan diteruskan. Baguslah sekurang2nya kita ada Menteri yang mendengar keluh kesah orang marhean dan untuk menyukakan hati semua orang maka konsep bertukar2 ini diajukan.
Friday, August 10, 2012
Terpantas di Olimpik London
Memang tidak dinafikan budak negro seorang ini memang mengejutkan dan apabila dia meraikan kemenangan, orang ramai ikut terhibur. Usain Bolt lahir 27 tahun dahulu pada 21.08.1986 adalah orang Jamaica. Dan hari ini, Usain Bolt mengejutkan lagi dunia athelit apabila mengulangi kejayaan 200 meter lelaki. Setelah 4 hari memegang emas yang ke 2 untuk 100 meter, hari ini dia mengulangi kejayaan yang sama seperti di Olimpik Beijing 2008 dahulu. Rekod dunia untuk 100 meter dan 200 meter dipegang oleh dia sendiri dan hanya rekod olimpik 2008 dipadamkan untuk 100 meter dengan larian 9.63 saat. Untuk 200 meter, Usain Bolt merekodkan bacaan sama macam Michael Johnson 19.32 saat dahulu setelah beberapa tahun memegang rekod yang sama dan Micheal Johnson dari Amerika ini mengatakan bahawa rekod larianya tidak boleh dipecah oleh sesiapa. Usain Bolt ini boleh dikategorikan seperti alein, manusia pelik atau satu dalam sejuta kerana mengikut kiraan mathematik, setiap 10 meter, dia hanya memerlukan kurang dari 1 saat untuk bergerak. Tetapi yang paling klasik dalam 200 meter Olimpik kali ini adalah kesemua pemegang pingat datang dari Jamaica - Usain Bolt, Yohan Blake dan Warren Weir. Kita kena belajar dengan Jamaica dalam melahirkan athelit2 yang berpaksikan pada negeri sendiri untuk berjaya. Semua pelari2 ini tidak berlatih di luar negara ketika hendak dibangunkan tetapi mereka dikumpulkan di University of Technology Jamaica.
Thursday, August 9, 2012
Sup Gearbox
Sup gear box sudah banyak ada di pasaran. Apabila bulan Ramadhan tiba, sup ini tiba2 melimpah2 banyak di pasaran. Kalau aku berjalan sekitar Pasar Ramadhan (Param) di Stadium Shah Alam, kelibat sup gearbox ini pasti ada di setiap sudut. "Berapa kuat kena sedut bang?" tanya aku pada penjual sup yang nampak berehat menunggu peminat2 sup. Jam baru mencecah pukul 5.30 pm. Suasana sibuk belum tiba. Mungkin kesesakan di KL mengurangkan kedatangan orang ke Param hari ini. Malas hendak layan kerenah aku " Kita bagi straw free bang" dia menjawab. Aku tidak terlalu suka dengan sup gearbox ini yang datang dari kepala lutut lembu ini. Melihat pada tulang2 di atas meja penjual, aku rasa 20 ekor lembu tumbang memberi lutut masing2. Kesedapan sup gearbox adalah bila dapat menyedut sesuatu dari dalam tulang dan ini adalah sum sum tulang lembu dan tiada beza pada kita manusia. Sum sum tulang lembu ini berwarna putih dan kadang2 berwarna krim keputihan. Benda ini jarang kita lihat orang selain orang Malaysia. Harga selutut boleh mencecah sekitar RM8 - RM12 dan selalunya sebelum beli, orang akan mengintai2 ke dalam tulang untuk melihat benda untuk disedut. Slurppppppp. Memang lain kalau berbuka dengan sup gearbox ini macam BARBARIAN.
Friday, August 3, 2012
IBLIS tolong
Ada satu riwayat tentang sahabat Rasullullah SAW bernama Abdullah Ibni Maktum atau Ummi Maktum RA seorang buta. Ketika Rasullullah mengesa penduduk Madinah untuk bersolah berjemaah maka tiada seorang pun dikecualikan. Lalu Abdullah Ibni Maktum telah berjumpa Rasullullah SAW dan meminta dikecualikan beliau berjemaah setiap solat Suboh kerana waktu pagi2 tiada orang yang membantu beliau untuk ke masjid. Rasullullah SAW bertanya kepada Abdullah Ibni Maktum - Adakah beliau mendengar azan yang dikumandangkan dari masjid. Lalu dijawab ya oleh Abdullah ibni Maktum. Maka Rasullullah SAW memberitahu selagi kau mendengar azan ini maka kamu patut datang dan berjemaah.
Maka bermulalah perjalanan Abdullah Ibni Maktum ke masjid pada hari Suboh esoknya. Dalam keadaan teraba2 dan mencari perjalanan berdasarkan azan, dia telah terlanggar batu dan jatuh tersembam ke atas batu yang lain. Habis berdarah mukanya dan dalam keadaan terkial2 beliau bangun dari jatuh itu. Tiba2 datang seorang membantu beliau berdiri dan bertanya ke mana Abdullah Ibni Maktum mahu pergi. Dia memberitahu bahawa dia mahu ke masjid berjemaah Suboh dan pemuda itu membantu beliau untuk ke masjid. Dan apabila selesai Suboh, pemuda itu masih menunggu dan membantu Abdullah Ibni Maktum kembali ke rumah.
Masa pun berlalu dan setiap harilah pemuda yang sama membantu Abdullah Ibni Maktum ke masjid setiap Suboh. Sudah sekian lama, Abdullah Ibni Maktum ingin sangat mengetahui siapakah pemuda yang hari2 membawa dia ke masjid pergi dan pulang. Abdullah Ibni Maktum bertanya dan pemuda itu tidak mahu mengenalkan dirinya. Abdullah Ibni Maktum akhirnya terpaksa memberitahu jika kami tidak mahu memberitahu nama maka hari ini adalah hari terakhir kamu menghantar aku ke masjid. Setelah ditekan dengan penegasan begitu, pemuda itu memberitahu - Aku adalah Iblis. Terkejut Abdullah Ibni Maktum mendengar pengakuan itu. Iblis itu memberitahu ketika Abdullah Ibni Maktum pada hari pertama dulu mahu ke masjid berjemaah, Abdullah telah terjatuh dan aku, Iblis telah mendengar Allah SWT memberitahu bahawa separuh dari dosa2 kamu telah diampunkan. Mendengar kata2 Allah SWT, aku bergegas ke tempat engkau jatuh dan aku kena pastikan engkau sampai dengan selamat pergi dan balik ke masjid, kerana aku tidak mahu kamu diampun keseluruhannya jika kamu jatuh lagi.
Monday, July 30, 2012
Krisis Air Selangor
Satu ketika dulu sekitar tahun 90an, satu Malaysia mengalami kejutan kerana elektrik terputus lebih dari 4 jam. Jalanraya sesak, bank tidak berfungsi, gedung2 jualan terpaksa menutup awal dan hospital menjadi kelam kabut. TNB dipersalahkan dan diminta menjawab beberapa kertas putih dan disabit kesalahan maka Pengerusi ketika ini, Ani Arope dipanggil oleh PM untuk menjawab beberapa persoalan. Maka semalam metaphor yang sama aku mendengar dari Presiden Ikhlas - entah dari mana ikhlasnya siapa pun tak tahu. Dia mengatakan jika catuan air di buat di Selangor dan peniaga2 mengalami kerugian, maka Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan dipertanggungjawabkan. Kenapa hal begini tidak dilihat serupa dengan kes2 terdahulu dan orang kebanyakan diberitahu bahawa Kerajaan Selangor mesti bertanggungjawab.
Kerajaan Selangor bukan kontraktor yang menjaga air sekarang di Selangor. Kerajaan Selangor membayar sekian juta untuk pengguna2 yang mengguna air di bawah 20 metric tan sebulan - kerana manifesto mereka memberi air percuma. Kerajaan Selangor juga adalah pelanggan sekarang pada Syabas (Kontraktor Air sekarang).
Bagaimana kalau elektrik dicatu setiap malam? Siapa yang patut kita marah. Perbandingan ini mungkin boleh membuka mata bahawa Syabas mesti disalahkan jika mahu mencatu air. Syabas diberikan konsesi untuk memastikan air dirawat dan dihantar bersih ke rumah2 pengguna. Kalau tidak berupaya membuat apa yang perlu dibuat, maka Kerajaan Selangor boleh membuat petisyen atau mengambil alih operasi Syabas.
Subscribe to:
Posts (Atom)