Semalam dilancarkan skim seorang satu rumah untuk pengguna yang bergaji di bawah RM3,000. Satu cadangan yang baik dan rumah yang akan masuk skim ini adalah rumah diantara RM100,000 hingga RM220,000. Skim ini nampaknya akan membantu rakyat Malaysia dengan tidak mengeluarkan apa2 deposit. Ini hanya untuk orang2 yang berada di bawah umur 35 tahun. Pinjaman boleh dilakukan sehingga 20 tahun di bank2 yang terpilih. Ini tidak termasuk rumah untuk 'refinance'. Skim ini boleh berjalan diluar dari KL dan Selangor. Kediaman yang berada dalam lingkungan itu mungkin kondo atau apartmen sahaja. Sesiapa yang masih menyewa boleh memikirkan untuk ambil skim ini. Cuma dinasihatkan bank2 tidak terlalu tegas ketika memproses permohonan.
No comments:
Post a Comment