Sejarah Mafia di Amerika bermula apabila pengangkutan sampah dijadikan satu perniagaan yang monopoli. Mereka menguasai segala peralatan sampah, cara mengutip, tong sampah dan kawasan kutipan. Salvatore "Sal" Avellino Jr yang dilantik sebagai Capo (ketua didalam keluarga) menguasai Long Island, New York. Perebutan tempat kutipan telah menimbulkan pergaduhan diantara operator pengutipan sampah pada masa itu. Dan yang pasti mereka ini adalah pendatang asing ketika itu di New York. Dan mengikut rekod, mereka boleh mengugut kerajaan pada masa itu dengan tidak mengutip sampah selama seminggu. New York terpaksa mengalah kepada Mafia sampah ini. Kerja mengutip sampah ini adalah satu kerja yang tidak terfikir untuk orang kita menguasai. Kalau kita nampak sekarang, pendatang asing menguasai aktiviti mengangkat sampat kita. Rekod juga menunjukkan kita hanya ada satu syarikat yang membuat kerja2 pengutipan ini. Dan yang pasti kita sering mengomel jika sampah tak dikutip walaupun baru 2 hari. Perniagaan ini adalah perniagaan yang pasti walau ketika ekonomi merosot. Marilah mula berfikir.
No comments:
Post a Comment