Yang selalu jengok

Saturday, March 12, 2011

Barang atas Jalan


Dah selalu sangat dengar, baca dalam suratkhabar dan tengok dalam TV cerita lori terbalik. Ada yang bawa beras, ada yang bawa gula, bawa duit dan hatta bawa minyak wangi pun boleh terbalik. Semalam 11/03/2011 kampit2 gula di Klang juga terjatuh di jalan selepas treler yang membawa kampit2 gula itu membelok tanpa sedari bahawa kampit2 itu talinya telah terungkai. Isu sekarang apabila sekian ulama di Malaysia memberitahu bahawa haram hukumnya mengambil barang2 yang dijumpai. Bagaimana reaksi kita bila lori terbalik, pemandu tersepit dan tiba2 ternampak orang yang datang menolong mengambil kesempatan untuk mengambil duit dari dompet pemandu yang cedera. Bagaimana reaksi kita bila kita bersama2 dengan pemandu yang sihat tolong mengemas barang2 yang terbalik seperti durian lalu sambil menolong kita diberi hadiah durian yang bukan dipunyai oleh pemandu.

No comments:

Post a Comment