Yang selalu jengok

Wednesday, March 16, 2011

Lintah


Berjumpa dengan kawan yang masih mencari2 peluang perniagaan. Dia ashik bercerita tentang benda2 yang telah dilalui untuk mendapat kewangan untuk keluarga. Salah satu cerita yang timbul adalah lintah. Dia ikut program yang dibenarkan oleh kerajaan lalu mulalah menternak lintah. mengikut kawan kawan aku ini, lintah itu akan dibeli secara pukal oleh agensi yang dilantik sekian banyak kilo. Lalu bermulalah dia dengan semangat untuk mengumpul kewangan keluarga. Walaupun mengikut segala arahan dengan teliti tetapi lintah2 masih tidak beranak dan membiak. Duit yang banyak ribu sudah habis tetapi tidak memulangkan hasil. Kita sebenarnya selalu menceburi satu benda yang kita tidak faham bagaimana perniagaan ini dilakukan. Lintah yang sihat kalau dah banyak bukanlah boleh kita jual di pasar malam. Kita hendaklah memastikan bahawa orang yang membeli mesti ada. Cuba kita jengok dalam internet siapa yang mahu lintah. Mungkin orang yang menjual ubat. Cuba hubung mereka dan mendapat respon untuk kita jual kepada mereka. Kita kadang2 cuma mengharapkan dari satu sumber untuk membeli benda2 yang kita tak tahu jual.

No comments:

Post a Comment