Yang selalu jengok

Wednesday, March 9, 2011

Paling Susah


Mendengar bual bicara di radio bernama pagi tadi tentang pendidikan di Jepun dan bagaimana kesusahan untuk masuk dengan berderet A baru boleh masuk. Mereka terpaksa mengharung pendidikan bermula di Malaysia untuk tahun 1 dengan bahasa Jepun dan keseluruhan medium pendidikan dalam bahasa Jepun (tahun ke 2 di Jepun).

Tetapi apabila ditanya tentang peratus kelulusan dengan bangga menyatakan bahawa tahap kelulusan diantara 97 - 99% lulus. Maka boleh diputuskan bahawa kursus ini tidak susah seperti diwar2 diawal tadi. Mengikut panel yang dijemput tahun lepas kelulusan 48 orang dari 50 yang dihantar. Dan dengan bangga dia menyatakan bahawa 2 orang yang mengulang belajar itu akan habis belajar juga pada bulan Jun ini.

Kadang2 kita cukup suka menunjuk susah terlebih dahulu tanpa niat menggalakkan orang sama2 belajar. Kalau mereka menjengok sedikit kepala ke universiti2 swasta yang menggalakkan pendidikan walau tanpa kelulusan, maka terbuka sedikit minda bahawa semua yang susah (rasa2 cuma nak menunjukan susah je) sebenarnya senang. Tumpukan perhatian dan belajar semata2 itu sahaja - Pasti Lulus

2 comments:

  1. Sama juga - apabila ada orang baru nak berkhidmat di organisasi kita, kita katakan toksahlah kau kerja di sini. Sini bla, bla, bla. Walhal dah 20 tahun kerja kat situ!

    ReplyDelete