Malam ini usrah di mana? Pertanyaan aku di jawab oleh Azmi. Hari ini usrah dibuat di Teratak Sementara Hj Nik. Malam itu dengan bermotor aku terus ke rumah Hj Nik. Cantik hiasan rumah Hj Nik. Tersusun rapi gambar2 keluarga di dinding. Tersemat indah juga ayat2 Al-Quran untuk bacaan selalu. Buku2 bacaan ada di tempatnya. Rumah yang disusun lantai bertingkat membeza ruang tamu, makan dan menonton TV cukup cantik menunjukkan tiada anak2 kecil yang akan mengganggu. Aku duduk di lantai melihat2 keliling. Aku terlalu awal datang malam itu. Mungkin tercepat sebab terus bergerak terus selepas solat Isyak. Yang lainnya pasti juga bergerak menuju ke rumah Hj Nik. Hj Nik datang melewati aku bersalam dan tersenyum. Orang yang berumur setengah abad ini agak pendiam tetapi selalu pandai berhujah tentang sesuatu. Dia membawa air untuk aku minum. Aku senyum dan bertanya "Cantik rumah, kenapa sementara. Hj nak buat rumah lain ke? Berbalas senyum Hj kepada aku dan berkata "Ini adalah rumah sementara saya di dunia, Firdaus". Dan aku diam seolah faham.
No comments:
Post a Comment