Yang selalu jengok

Saturday, March 12, 2011

Mat Tenggek


Filem ini adalah filem Melayu yang pertama aku sendiri pergi tengok di panggung wayang di Klang. Suasana yang agak kelam kabut kerana tiada sistem beratur. Siapa cepat dan cekap pasti dapat tiket. Terlalu ramai yang datang sehingga seolah2 pergaduhan akan berlaku. Aku yang berumur 9 tahun pada masa itu masih tidak tahu tentang seks rasa terhibur dengan cerita tentang kambing dan kelucahan pelakon - Sukarni Jaafar. Dalam salah satu adegan seekor ular telah masuk ke dalam kain Sukarni Jaafar menyebabkan panggung penuh dengan siulan dan tepukan orang ramai. Dengan hanya berbekal RM1.50 aku sudah pandai menonton wayang. Tiket wayang dibeli oleh jiran aku yang berumur 13 tahun bersama2 berebut didepan kaunter tiket. Cerita yang tak berapa ingat cuma bab masuk kain je aku ingat - tentang saintis yang mereka kapal terbang bersama isteri telah terbabas lalu isteri terlah terberanak dalam kapal terbang itu dan anak itu jatuh dalam hutan dan dijagai oleh sekumpulan kambing. Baru teringat ini adalah hasil duit kutipan hari raya tahun itu dan inilah perkara paling jahat pernah aku buat pada tahun itu.

No comments:

Post a Comment