Yang selalu jengok

Monday, March 21, 2011

Mars need Moms


Bawa anak2 menonton wayang boleh memeningkan. Seorang nak tidur dan seorang nak makan. Pada aku ini hanya untuk mengajar cara mereka berada ditempat orang ramai dan boleh diam. Bila lampu tutup, anak yang kecil dah minta susu. Bagi dia lampu tutup bermaksud untuk tidur. Cerita tentang makhluk di Mars memerlukan seorang mak yang pandai disiplinkan anaknya. Cerita dalam bentuk 3D ini memang menarik dan mengikut cara pembikinan ia bukan seperti cerita2 kartun yang lain. Kalau kartun yang lain, pelakon hanya menyumbangkan suara untuk menambah jalan cerita tetapi cerita ini memerlukan pelakon untuk bergerak seperti di dalam filem itu. Semua pelakon bergerak dan berlakon dan ditukar didalam skrin dalam bentuk kartun. Seorang anak perlu menyelamatkan ibunya di dalam filem ini kerana Mars telah menculik ibunya. Cerita yang bai aku boleh tonton untuk moral bersama anak.

No comments:

Post a Comment