Teringat saya pada tahun 1997 dulu ketika mendaftar diri untuk percalonan sebagai seorang ketua. Saya menjanjikan jalanraya dibuat disetiap tempat tanpa tol. Saya menjanjikan tandas untuk setiap orang dan saya menjanjikan akan menghibur semua orang jika saya terpilih. Lawan saya adalah dari gugusan yang sama dengan ketua yang terdahulu. Lemah dan tidak bermaya dan hanya tahu mengkritik janji-janji manis saya. Tiada yang dapat diberikan oleh lawan saya itu hanya mengatakan "His promises not realistic". Berkempen secara sihat dibuat dan pada hari mengundi dan malam keputusan berpihak pada saya. Saya gembira tetapi dihati memikirkan cara untuk mengotakan janji2 manis saya itu. Kira2 10 minit selepas itu, beberapa orang menerpa pada saya sambil mengucap tahniah sambil berkata "Kami dah tahu Firdaus, janji semua tu memang kau tak boleh bagi tapi kami hanya suka untuk tukar yang lama" Ini semua berlaku di pejabat Mayban Finance Bhd, Petaling Jaya ketika baru beberapa bulan bertukar di sana untuk jadi Ketua Kelab Sukan sahaja. Kadang2 difikirkan janji2 yang memang tak boleh ditunaikan hanya satu penyebab untuk bertukar pemimpin. (merujuk pada laporan akhbar 02/03/2011 tentang janji tak realistik)
Aku ada kawan yang suka dan selalu berjanji. Kini, aku putuskan hubungan dengannya. Bukan putus terus, tapi tak mahu sekongkol lagi dengannya. Ingatttt, janji yang tidak ditepati dimurkai Allah dan dilabel sebagai mempunyai tanda orang munafik!
ReplyDeleteTak sempat nak kota kot.
ReplyDelete