Yang selalu jengok

Friday, March 18, 2011

Sek Kebangsaan Subang


Aku mula2 bersekolah di sini pada 1977 dan pada masa itu Guru Besar bernama Cikgu Sharif. Cikgu Sharif ini besar orangnya sebesar pangkat yang dipegang. Guru kelas aku bernama Cikgu Aziz. Pada masa itu sekolah Kebangsaan ini hanya ada sebaris sahaja tidak bertingkat. Dan aku pasti pada masa itu hanya ada satu sesi sahaja. Tandas berada di belakang sekolah dan aku selalu takut untuk membuang kecil atau besar di tandas pada masa itu. Setiap kali perut aku sakit, aku akan berlari keluar sekolah dan balik kerumah selesaikan hajat. Belakang tandas yang aku ingat ada kawasan bercucuk tanam. Kebanyakannya sayur la. Dan murid2 digalakkan bercucuk tanam dan aku tak berapa ingat kenapa kami bercucuk tanam. Yang pasti kawasan itu subur disebabkan tandas berdekatan. Kolam pun ada tetapi tak pernah pulak aku lihat ikan ada didalam kolam itu. Kawasan sekolah pada masa itu tidak berpagar. Selepas beberapa tahun SK Subang berubah dan bangunan 3 tingkat telah dibuat sewaktu aku masih bersekolah di situ 1980.

1 comment:

  1. wahh.. klassik tu.. masa tu logo sekolah lain kan..

    ReplyDelete