Betulkah sebuah memoir boleh menukar landskap sejarah. Pandangan dari seseorang itu berbeza dari seorang yang lain. Cuba kita menulis memoir kita sendiri. Diberitakan bahawa di Jepun, cerita biblografi boleh disuruh orang buat. Mungkin dengan bayaran maka keluarlah biblografi yang kita mahukan. Aku teringat bahawa cerita aku tentang reformasi tahun 1998 dulu mungkin berbeza dengan orang yang tidak terlibat dengan reformasi. Cerita aku tentang kehidupan di Kg Jaya Gading di Jalan Gambang, Kuantan dulu mungkin tak sama dengan cerita orang Kuantan yang tak lebih 10 kilometer dari Jaya Gading. Cerita aku tentang hidup di lombong di Bakap, Perak tak sama dengan orang yang tinggal di Batu Gajah yang jauhnya hanya 5 km dari lombong tempat aku tinggal. Perlukah kita bermemoir. Memoir boleh menceritakan pengalaman, keadaan, keperitan, kesenangan, pandangan sendiri, sejarah, imbasan kawasan dan macam2 lagi. Yang ironi apabila memoir itu diangkat sebagai rujukan penuh untuk orang akan datang. Aku agak skeptikal untuk terima bulat2 memoir orang. Aku pernah baca biblografi A Samad Ismail bercerita tentang pendidikan di lorong pelacuran. Aku pernah baca cerita tentang Tun Dr Ismail, Pak Sako, P Ramlee, Mahathir, Said Zainal, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan banyak sekali tentang pembunuh bersiri di Amerika. Selalunya ia menjadi sekadar cerita seronok dan aku boleh tahu keadaan sekitar pada waktu itu. Yang pasti cerita tentang kudis, benda jahat, kurang enak atau buruk ditinggalkan - tidak mahu orang tahu. Bab ini aku menyokong cerita Memoir A Samad Ismail di Singapura. Bacalah dan lihat keterbukaan cerita.
No comments:
Post a Comment