Semalam di FMM (Federation of Malaysia Manufacturer) diadakan perjumpaan dengan MIDF. Berjumpa dengan bermacam2 industri. Dari yang membuat kasut, aksesori kereta, besi dan macam2. Tapi yang aku perasan, seminar pertemuan ini lebih senyap dari yang pernah aku datang sewaktu kerja bank dulu. Aku pantau2 baru tahu, kebanyakan yang datang ini adalah Financial Controller, Akauntan, Pengarah Kewangan dan yang berkaitan dengan akaun. Orang2 ini bekerja di tabir belakang di dalam sesebuah syarikat. Aku adalah banker yang baru menceburi bidang kilang mengilang ini rasanya macam sudah menguasai perbualan walaupun sebagai orang baru. Mungkin darah yang mengalir dalam badan ini banyak sangat pemikiran "marketing". Aku melihat perjumpaan itu sebagai satu peluang untuk mempromosi syarikat dan yang penting sekali diri aku juga. Petua - Ringan mulut untuk bertanya dan memberi kad business.
No comments:
Post a Comment