Kadang2 bila aku renung kehidupan nampak memenatkan. Kadang2 aku rasa seronok pulak. Tapi seronok itu tak berpanjangan kalau dibandingkan dengan kesusahan. Aku tidak mengukur keseronokan itu mengikut masa tapi kalau aku biasa tahu - bila seronok masa cepat beredar dan sebaliknya kalau tak seronok masa bergerak perlahan. Masa itu emas - banyak orang cakap benda ni la. Tapi bila aku seronok buat sesuatu masa cepat bergerak sehingga bila masuk hari Isnin tengahari sembang dengan kawan, dia kata hari ni solat Jumaat kat mana? Bila penat kadang2 aku tak fikir pun masa. Cukup masa aku tidur sebab penat. Betul kawan aku cakap kalau nak rasa masa perlahan ialah masa tak ada duit. Nak mencapai hari gaji tu rasanya bertahun lama. Bila masa perlahan mungkin banyak benda kita boleh buat. Betul ke? Bila buat banyak benda masa cepat bergerak pulak. Penat aku ni. Aku rasa kalau banyak duit tak ada hutang mungkin masa itu yang seronok dengan kita. Dapat pulak berseronok dengan saudara mara dan kawan2. Telefon saudara mara tanya tahun ni berapa orang nak pergi Umrah, kita bayarkan. Telefon kawan2 tanya siapa nak ikut kita pergi London tengok bola hujung minggu ini. Kita telefon emak kita tanya ada kelapangan tak nak ajak makan di Langkawi naik helicopter kita. Seronok ke masa tu? Aku sekarang ni bukan naik helicopter tapi Naik Pelik memikirkan masa cepat dan perlahan.
No comments:
Post a Comment