Yang selalu jengok

Tuesday, March 8, 2011

4% je Bayar


Sudah diberi masa lebih 6 bulan. Diberi diskaun 50% dan boleh dibayar dimana2, tetapi menyedihkan apabila Datuk Wira Abu Seman mengumumkan hanya 700,000 saman atau 4% dibayar sehingga tempoh diberikan 28/02/2011. Dia mengatakan jika kesalahan2 yang dibuat adalah benar, sila datang untuk bayar. Sebagai seorang pengurus kewangan, wang untuk membayar selain dari makan, pakai, kenderaan bulanan, sewa dan anak2 maka saman jatuh nombor ke berapa? Komitmen mana yang perlu dibayar dulu. Kalau dulu di Bank, aku akan pastikan bank aku adalah yang pertama telefon atau yang pertama menjerkah pelanggan pada masa gaji diterima. Aku amat pakar untuk mengetahui bila gaji sesuatu syarikat itu dibayar. Walaupun hutang kami itu jatuh nombor 4 dalam susunan hutang pelanggan. Siapa yang ganggu dulu, siapa yang telefon dulu, siapa yang susah2 datang dulu maka akan dibayar oleh pelanggan. Saman ini adalah masalah ke 3 atau ke 4 dalam komitmen seseorang. Walaupun memang difikirkan tetapi keperluan lain lebih memerlukan.

No comments:

Post a Comment