Kita mula meminjam apabila kita masuk universiti sekarang. Dengan berbekal 2 orang penjamin, kita mendapat pinjaman untuk belajar. Bila duit itu akan sampai ke tangan kita selalu menjadi isu. Sebelum sampai duit pinjaman kita perlu meminjam. Sesampai sahaja duit kita selesaikan dulu duit yang kita hutang. Duit yang sampai sekian banyak belum tentu sampai ke penghujung tahun. Duit itu kita hendak berbelanja. Mula2 keluar dengan kawan2 ke Mc Donald, KFC, Pizza dan cafe2 terkenal. Telefon yang ayah bagi sudah jauh ketinggalan usianya. Telefon mesti yang bersifat pandai - 3G, Wifi atau ada MMS. Duit yang dapat tadi tak sempat untuk berlabuh hingga hujung semester. Maka kita perlu meminjam lagi. Yang pandai mula melabur walaupun tidak tahu pelaburan itu akan datang balik atau tidak. Masuk sistem MLM, jual barang secara terus atau jual prepaid. Cubaan menggandakan duit selalunya terdengar kegagalan dari kejayaan sebab masa yang tidak mengizinkan. Belajar dan berniaga. Apabila habis belajar, keadaan seperti tidak berubah. Duit yang kita pinjam dulu sudah mula mencekik diri minta dipulangkan. Untuk membayar RM150 sebulan juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk membayar. Kerja yang tidak sepadan dengan kelulusan terpaksa diterima hanya untuk membayar hutang. Mengikut AKPK, 47.6% penghutang yang dilaporkan mendapat bantuan kaunseling adalah anak2 muda berumur bawah 25 tahun. Mengikut rekod juga kebanyakan mereka berhutang dan tidak terurus hanya selepas setahun mendapat apa2 pinjaman (kredit kad, hutang kereta)
No comments:
Post a Comment