Yang selalu jengok

Tuesday, March 22, 2011

CCTV


Cerita tentang CCTV di pasang di dalam bilik hotel di Malaysia telah keluar 2 minggu lepas di akhbar2 perdana di Malaysia. CCTV itu digunakan untuk mengugut peniaga2 kaya, ahli politik dan sesiapa sahaja. Isu yang dibawa oleh mass media menjadi isu diperbahaskan di dalam surat khabar. Setelah isu itu dibangkitkan maka menjadi satu kefahaman bahawa CCTV itu memang wujud dan boleh dijadikan benda untuk mengugut. Dan yang menarik cerita pertama tentang CCTV sudah keluar semalam melibatkan tukang jumpa CCTV dan rakaman yang boleh mengugut. Perkara ini adalah rantaian cerita yang dibangkitkan 2 minggu lepas. Hebat cerita ini disusun untuk menjadi satu cerita yang benar. Di dalam salah satu media perdana memberitahu tentang peniaga yang kaya diminta memberikan wang sehingga RM300,000 jika tidak mahu cerita itu sampai kepada isterinya. Rasa-rasanya cerita ini disusun untuk nampak kebenarannya. Entahlah, aku lebih dari 20 tahun menonton CCTV di dalam pejabat tengok bebudak kerja, masukkan duit dalam ATM atau layan pelanggan datang ke pejabat. Aku tak berapa suka tengok sebab tak ada bunyi.

2 comments:

  1. Dah... aku dah takut nak tidur telanjang kat hotel bila outstation lepas ni... aiyaaarrrkkk...!!!

    But then again... aku bukan kaya pun... Aharks...!

    ReplyDelete
  2. kecuali kau punya extra L atau bercabang

    ReplyDelete