Setelah 20 tahun menjadi pekerja bank, pandangan aku terhadap perniagaan berbeza. Ada orang bekerja siang malam mencari duit dan ada orang hanya duduk setempat untuk dapat duit.
Pada tahun 2005, aku bertemu dengan seorang lelaki yang kerja mengajar memandu. Sambil bersembang2, beberapa panggilan masuk ke telefonnya dan memesan beberapa makanan dan ini berulang2 sepanjang aku bersembang.
Aku bertanya adakah dia membuat 'catering' atau memasak untuk kenduri. Dia hanya menjawab bahawa dia mendapat tempahan terus dari pejabat2 kerajaan di Putrajaya untuk semua mesyuarat yang diadakan. Dia akan menerima semua tempahan dan memastikan makanan sampai ke tempat mesyuarat dengan tepat. Untuk mesyuarat pagi dengan budget sebanyak RM5.00 sekepala maka dia akan menyediakan mee atau mee hoon dan kuih sebanyak dua jenis dan air teh. Dan ini berbeza untuk mesyuarat di tengah hari atau mesyuarat lewat petang. Tugas dia hanya akan menalifon kedai yang menyediakan mee atau meehoon terbaik dan kuih yang terbaik dan mengarahkan makanan itu terus dihantar ke tempat mesyuarat.
Berapa banyak mesyuarat berlaku sehari di Putrajaya? Mengikut lelaki itu - lebih dari 25 mesyuarat sehari yang pernah dia ketahui. Dan sepanjang perbualan kami, dia hanya perlu menjawab telefon dan menelefon beberapa orang untuk menyediakan makanan yang dipesan. Perlukan kita kerja keras........

Sy juga ex-pekerja bank..27thn mengabdikan diri sehingga kadangkala keluarga terabai.. Sy terkesima dgn ulasan saudara..Yaa betul saudara, rezki ALLAH swt dtg berbagai2..
ReplyDeleteKalau dari langit, turunkan lah ia ya ALLAH swt! Kalau dari bumi, tunjukkan lah ya ALLAH swt! Kalau dari laut, keluarkan lah ya ALLAH swt!
Work smart
ReplyDelete