Yang selalu jengok

Thursday, March 3, 2011

Icecreaminist


Baru nak cuba dah dirampas. Kedai ice cream yang ditunggu2 ini menggunakan susu ibu betul memang menggemparkan. Victoria Haley adalah penjual pertama susu badan. Dia berkata bahawa selain dari memberikan kesihatan kepada anaknya kenapa dia tidak boleh berkongsi khasiat susu tersebut lagipun ia berbayar. Pengasas Icecreaminist iaitu Matt O'Connor, 44 memberitahu bahawa khidmat susu ibu itu menggunakan kaedah yang sama seperti orang menderma darah dan sperma. Semenjak diiklankan untuk mendapat susu ibu di London, Icecreaminist telah mendapat 15 orang ibu untuk memberi susu mereka. Mereka akan dibayar sebanyak 15 pound untuk setiap 10 ounces. Nama icecream tersebut adalah "Babygaga". Harga setiap satu pesanan adalah sebanyak 14 pound atau USD22.50. Victoria Haley dapat mengeluarkan 30 ounces susu dan cukup untuk 50 penyediaan. Kempen galakan minum susu ibu memang kena dengan matlamat si Matt o'Connor ini. Dan kita kena yakin bahawa ice cream yang kita makan bukan datang dari susu lembu/kambing.

2 comments:

  1. Sesuatu yg baru yg bole & patut kita mncuba..

    ReplyDelete
  2. Kena cuba tapi tak sempat - dah kena ban

    ReplyDelete