Yang selalu jengok

Tuesday, March 15, 2011

Botol Berkimia


Minum susu guna botol dah lama menjadi perbuatan biasa bila menyusukan bayi hatta kanak2. Semalam kementerian kesihatan mengumumkan penggunaan chemical Bispenol A (BPA) akan diharamkan bermula March 2012. BPA ini menggunakan polycarbonate untuk memberikan kecerahan pada botol susu dan beberapa negara seperti Germany, France, Denmark, Canada, Australia, New Zealand dan Amerika sudah mengharamkan penggunaannya. Sepatutnya Kementerian memberitahu jenama apa yang patut ibubapa tinggalkan dan jangan hanya memberitahu bahawa botol yang guna BPA diharamkan. Bukan ada tulisan yang mengatakan BPA ini digunakan untuk botol susu. Hatta polycarbonate yang nak agak pelik untuk orang kebanyakan faham sepatutnya disenang-ertikan. Dan agak terharu mengikut lapuran lebih dari 85% botol susu dipasaran menggunakan BPA ini. Kementerian Kesihatan sepatutnya mengambil inisiatif terus memperkenalkan botol susu yang tiada BPA untuk kegunaan kanak2 di Malaysia kerana kanak2 adalah Pewaris Bangsa.

2 comments:

  1. Naseb bek dh xde ank kecik2..smua dh besaq2 dh. Wahai ibu2..back to basics..nyusu lh dgn susu badan, direct from the source..

    ReplyDelete
  2. Susah pakcik lakibini keje sekarang...ekonomi tak mengizinkan. Nak kumpul malam tak cukup

    ReplyDelete