Yang selalu jengok

Wednesday, March 16, 2011

Middle East story


Pemberontakan, rusuhan, demontrasi dan ketidakpuasan hati orang-orang di Asia Barat bukan disebabkan oleh agama atau sistem pentadbiran. Ia adalah satu ketidakpuasan hati kerana hidup susah. Di Mesir, Hosni Mubarak dijatuhkan kerana sistem kemanusian tidak stabil. Duit yang tidak sampai ke rakyat dan tinggi pengganguran menyebabkan mereka bangkit. Di Tunisia juga mengalami benda yang sama. Melihat orang yang memerintah mengambil harta atau membelanjakan harta semewah mampu tidak dapat diterima oleh rakyat. Di Bahrain pula walaupun sudah lama diperintah oleh kumpulan istana tanpa masalah juga menimbulkan benda yang sama. Tetapi mereka menguasai keseluruhan tangki minyak untuk mereka belanjakan. Dan ini turun menurun tak tahu sampai cucu cicit mereka. Bukan sebab syiah atau sunni. Syiah di sana adalah 70% rakyat Bahrain yang tak lebih 1.3 juta orang. Sistem ekonomi kapitalis yang memberikan kebebasan membuat duit kadang2 boleh menekan rakyat untuk memberontak.

No comments:

Post a Comment