Ikut tahun pasti anak muda dah kacak, anak perempaun boleh dikawinkan, mungkin boleh bercucu. Perjumpaan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Subang 1982 diadakan di Restoran Antan Batura di Shah Alam memang nampak ikhlas. Cerita2 lama berlegar2 di kepala untuk diceritakan. Tentang siapa kami minat dulu, guru mana paling garang, siapa lagi boleh dihubungi, bagaimana perjumpaan ke 2 boleh dibuat dan yang pastinya pasangan masing2 tidak dilayan. Yang bawa suami - duduk jauh2. Mungkin mereka faham perjumpaan sekian lama ini perlu diberi peluang. Datang seorang menangis gembira, datang seorang sedih menjelma, datang seorang berpelukan gembira. Perjumpaan dari pukul 2 sehingga 5.30 petang itu memang terlalu singkat untuk bercerita walaupun yang hadir hanya 10 orang - 2 lelaki dan 8 wanita. Hebat masa diatur untuk kita kenang.
No comments:
Post a Comment