BNM dah buat keputusan dan keputusan ini memang perlu dilakukan - ikut cakap dorang la. Aku terkesima. Bukan senang yang balik ke tempat asal. Dulu ada 6 kad sekarang nak turun jadi 2. Bukan setakat susah dan macam tak logik pulak. Kalau yang hanya bergaji RM36,000 setahun je layak bagaimana kami nak memeriahkan pasaran. Ada dari kami ni yang gaji RM18,000 setahun tahun lepas dan tahun ini gaji naik RM90 je maka setahun ni gaji akan jadi RM19,000 je. Aku pasti akan pulun nak guna kad2 aku ni. Lepas masuk tahun depan apa yang dorang nak buat? Dorang suruh aku bayar bulan2 macam duit kereta. Ini nampaknya macam nak galakkan aku berlabun riang guna duit tahun ini. Tahun depan boleh muflis. Strategi ini macam buat bank dapat meningkatkan penggunaan kredit kad sampai maksimum. Seronok belanja duit orang ni tapi ini je ke cara nak kurangkan orang muflis? Cuba la naikkan bayaran minima bulanan dari 5% ke 7% dulu dan monitor perjalanan pembayaran. Bank2 sekarang bermotif keuntungan bayangkan jualan kredit kad dibuat di kedai harian seperti Giant, tesco dan Carrefour supaya orang berbelanja dalam kredit. Sedangkan nak beli beras, timun dan buah2 sepatutnya tak payah berkredit.
No comments:
Post a Comment