Yang selalu jengok

Wednesday, March 16, 2011

Cape Fear


Tak tahu kenapa cerita2 genre begini menjadi pilihan aku. Ketidakadilan tentang sistem kehakiman boleh menyebabkan orang menyelesaikan masalah secara sendiri. Robert De Niro di dalam filem ini memberikan lakonan yang berat dan amat skastik. Dia telah dipenjarakan kerana peguam yang mewakilinya telah menyorokan maklumat menyebabkan dia di penjarakan. Keluar sahaja dari penjara, peguam itu Nik Nolte telah menjadi bahan untuk ditakutkan. Habis ilmu si peguam untuk menghadapi De Niro yang marah. De Niro sanggup melukakan diri untuk menunjukkan dia yang dikenakan serangan bukan sebaliknya. Habis satu keluarga peguam itu dikacau oleh De Niro. Penghabisan yang tragis di Cape Fear menutup cerita secara mudah. Pengarah oleh Martin Scorcese yang membawa banyak cerita Robert De Niro.

No comments:

Post a Comment