Suasana panas di luar mengundang sakit mata kat Aku. Pedih sakit mata menyebabkan mata untuk melihat matahari sangat menyakitkan. Penyakit yang dipanggil ketumbit lahir di sekitar kelopak mata. Ia disebabkan oleh Jangkitan Staphylococcal yang datang dari hidung. Kalau ketumbit ini berasa sakit ia adalah jenis Stye. Ada 2 jenis ketumbit iaitu Stye dan Chalazion kat mata. yang aku rasai sekarang adalah jenis Stye kerana sakit dan susah hendak membuka mata. Kalau Chalazion tidak sakit tetapi ia seperti ketumbuhan. Aku pernah 2 kali semasa menngerjakan Umrah mengalami benda yang sama. Bagi aku ia adalah sebab alahan aku kepada suasana terlalu panas. Bila panas, aku selalu berada di dalam bilik ber aircond dan keadaan lama menyebabkan mata kering atau air mata tersumbat dan ini menyebabkan ia tidak dapat dirembeskan dengan sempurna. Dan ketumbit ini selalunya aku ubatkan dengan jenis ubat sapu sahaja. Selalunya ia akan menyejukkan mata. Nak kerja pun dah tak larat. Mata tutup sebelah baik aku tidur je.
Jadi Bapa, Suami, Anak, Abang, Adik,Cucu, Pak Ngah, kawan, kekasih dan lawan pada semua yang kenal
Yang selalu jengok
Thursday, March 31, 2011
Wednesday, March 30, 2011
Mula Meminjam
Kita mula meminjam apabila kita masuk universiti sekarang. Dengan berbekal 2 orang penjamin, kita mendapat pinjaman untuk belajar. Bila duit itu akan sampai ke tangan kita selalu menjadi isu. Sebelum sampai duit pinjaman kita perlu meminjam. Sesampai sahaja duit kita selesaikan dulu duit yang kita hutang. Duit yang sampai sekian banyak belum tentu sampai ke penghujung tahun. Duit itu kita hendak berbelanja. Mula2 keluar dengan kawan2 ke Mc Donald, KFC, Pizza dan cafe2 terkenal. Telefon yang ayah bagi sudah jauh ketinggalan usianya. Telefon mesti yang bersifat pandai - 3G, Wifi atau ada MMS. Duit yang dapat tadi tak sempat untuk berlabuh hingga hujung semester. Maka kita perlu meminjam lagi. Yang pandai mula melabur walaupun tidak tahu pelaburan itu akan datang balik atau tidak. Masuk sistem MLM, jual barang secara terus atau jual prepaid. Cubaan menggandakan duit selalunya terdengar kegagalan dari kejayaan sebab masa yang tidak mengizinkan. Belajar dan berniaga. Apabila habis belajar, keadaan seperti tidak berubah. Duit yang kita pinjam dulu sudah mula mencekik diri minta dipulangkan. Untuk membayar RM150 sebulan juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk membayar. Kerja yang tidak sepadan dengan kelulusan terpaksa diterima hanya untuk membayar hutang. Mengikut AKPK, 47.6% penghutang yang dilaporkan mendapat bantuan kaunseling adalah anak2 muda berumur bawah 25 tahun. Mengikut rekod juga kebanyakan mereka berhutang dan tidak terurus hanya selepas setahun mendapat apa2 pinjaman (kredit kad, hutang kereta)
Witness Protection Programme
Aku melaporkan pada Badan Pencegahan Rasuah secara senyap. Aku dipanggil memberikan keterangan. Aku ditemuduga lebih dari 3 jam. Dan aku diberi tawaran untuk menjadi saksi. Aku takut kalau aku menjadi saksi, orang2 yang aku dakwa ini akan datang mengacau keluarga aku. Aku memohon keselamatan aku dijaga. Aku diberitahu tentang program keselamatan saksi. Aku akan diberi identiti baru, tempat kerja baru dan dipindahkan ditempat baru. Mungkin aku selamat. Tapi kes Datuk Trio baru2 ini diulas oleh Menteri Nazri, Zulkifli Nordin, Mr Naran (peguam), Datuk T sendiri menyatakan bahawa mereka minta dimasukkan kedalam program itu sebab ketakutan. Kelayakan mereka dan perbuatan mereka melaporkan itu sebenarnya tidak nampak ke arah ketakutan. Mereka membuat 'press conference' tentang penayangan video, muka2 mereka terkeluar di dalam TV secara terang dan laporan polis dibuat. Kalau mereka mahu mungkin boleh dalam program menukar rupa. Rahim Thamby Chik kita tukar muka menjadi seorang yang lebih muda dalam usia 16 tahun. Shazryl Eskay ditukar menjadi atlit dan Datuk Shuib kita mudakan jadi 37 tahun. Program ini lebih sesuai.
Tuesday, March 29, 2011
Banyak sangat Tax
Percukaian yang berlebihan memang memeritkan. Setiap tahun semua orang mesti membuat deklarasi tentang berapa duit kita dapat setahun. Bagi pendapatan antara RM100K - RM120K cukai persendirian adalah 26% dan ini menyebabkan kita mendapati pendapatan kita akan kurang sebanyak 26%. Kalau kurang kita kena tambah. Hari ini di Parlimen, KJ menyuarakan pendapat bahawa tarif percukaian yang tinggi itu hendaklah diturunkan. Kos hidup yang tinggi menyebabkan kita rasa membayar cukai itu sebagai beban. Barang2 untuk anak2 bawah 12 tahun sepatutnya tiada cukai kerana barang2 ini menjadi 30% pendapatan kita. Susu mahal, baju mahal, lampin mahal dan rasa yakin aku semua barangan budak adalah mahal. Tax relief untuk anak2 bawah 18 hanya RM1 ribu sedangkan sebenarnya lebih dari itu seperti tempat jagaan budak lagi. Kesan dari cukai ini menyebabkan kita cuba untuk mengelak membayar cukai dengan betul.
Labels:
life
Monday, March 28, 2011
Temuduga SUDOKU
Hari ini cerita pasal sudoku dalam The Star - Maki Kaji nama penciptanya. Mula2 diperkenalkan di Jepun pada tahun 1984 dan sekarang menjadi sesuatu permainan yang menduga akal dengan nombor dan mencipta perniagaan yang mengkagumkan. Buku Sudoku yang terjual lebih dari 20 juta buah diseluruh dunia tetapi kena faham bahawa nombor didalam sudoku bergerak hanya 1 - 9 sahaja - tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi mengikut rekod hanya pada 1995 sahaja permainan ini popular di luar Jepun. Sehinggakan salah satu applikasi di dalam google juga terdapat sudoku. Aku ciplak cerita ini dalam The Star kerana teringat aku pada satu sessi temuduga kerani di Bank Muamalat tempat aku kerja dulu. Perempuan yang agak berisi tetapi mempunyai pengetahuan yang agak luas di dalam bekerja. Dia pernah bekerja di Giant Supermarket. Aku sudah memastikan dia akan bekerja dengan syarikat aku dengan kebolehan dan pengetahuan dia tentang kerjaya. lalu aku menyelak di dalam 'Resume' lalu menjumpai perkara yang diminatinya - Sudoku. Dan aku menyuruh dia menyelesaikan masalah sudoku di dalam The Star dihadapan aku bersama2 3 orang panel penemuduga. Kami menunggu dan dia berjaya. Lalu dia bekerja dengan Bank Muamalat kerana dapat menyelesaikan masalah sudoku. Hahahahahahah
Masa Dunia (Earth Hour)
Tutup lampu, tutup sekejap! 20/03/2011 sejam!8.30 - 9.30 pm. Mana alien nak nampak dunia? Bagilah masa untuk Dunia berehat. Aku memang meraikan tutup lampu hatta seawal 8 pm lagi. Hanya TV atau komputer yang akan menerangkan rumah. Tapi pada hari 'Earth Hour' hari tu aku dan keluarga berada di Tiara Beach Resort. Terang benderang dan bising memuncak. Konsert dan peragaan pakaian memeriahkan suasana. tapi aku sambut tutup lampu macam biasa 8.00 pm. Macam2 cerita keluar. Dalam Twitter yang aku follow:- @kltraffic mengamuk pemandu tu apasal tutup lampu macamana dia nak jalan. Aku tetap macam biasa 8.00 pm tutup lampu. Tanda tutup lampu ini kelolaan WWF - global environment group dan disertai secara sukarela. Pagi2 lagi aku menonton berita di TV3 - wartawan AFP kena ragut di Bukit Bintang semasa tutup lampu antara 8.30 pm ke 9.30 pm. Apalah nasib wartawan asing ini, ingin melapurkan keadaaan sambutan tutup lampu sejam tapi berita kena ragut menjelma. Aku dan keluarga sentiasa tutup lampu pukul 8.00 pm kerana anak2 kecil nak tidur.
Sunday, March 27, 2011
China Akrobatic
Menonton pertunjukan Akrobatik di Tiara Beach Resort pada 26/03/2011 dulu memang menghiburkan. Dengan 2 lelaki dan 2 perempuan, penonton dihiburkan dengan aksi lipat melipat, lompat melompat dan baling membaling. Tetapi aksi paling tidak dapat aku lupa bila 2 orang perempuan ahli akrobatik itu membuat pertunjukan memusingkan pinggan atas kayu dan setiap seorang memegang 10 batang kayu dan 10 buah pinggan. Dan penutupan aksi itu adalah apabila salah seorang dari mereka memijak kepala yang seorang lagi sebelah kaki. Perempuan yang di bawah itu punyalah comel dan cantik. Bila dipijak kepalanya aku nampak herot muka perempuan tu. Mungkin kaki yang memijak bergerak sedikit dan menarik rambut di bawah kaki. Aksi itu walaupun sekejap kurang dari 5 saat tetapi aku nampak dia mengosok2 kepala selepas itu. Mereka yang pandai akrobatik di China ini dilatih tubi sehingga boleh. Teringat aku dan seingat aku mereka dicabuk dengan rotan atau dipukul sehingga boleh melakukan begitu. Latihan yang kasar itu boleh melahirkan persembahan yang bagi aku seperti binatang di dalam sarkis. Itulah kisah dimana penduduk di sebuah kawasan terlalu ramai. Pasti satu kemahiran yang mahu didapati itu terlalu mahal untuk dipelajari.
Friday, March 25, 2011
BN Youth Job Fair
Penganjuran BN Youth Job Fair di PWTC memang dinantikan. Pelancaran oleh Khairy Jamaluddin (KJ) memang kena tepat pada masanya. Banyak pekerjaan yang dilaporkan diiklankan tetapi susah mendapat pekerja yang sesuai. Penganjuran pekerjaan begini kena buat selalu atau seperti Match making concept - cari kekasih. Job street.com dah buat benda2 ini tapi selalu tak match. Tetapi kerja seperti yang KJ buat itu lebih aku suka. Tak kerja tapi kaya. Masuk wataniah dan jadi penerjun. Lepas ni jadi Pilot pulak. Sepatutnya KJ yang perlu daftar dalam BN Youth Job Fair dan cuba cari kerja dan rasai macamana kalau dah bekerja di suatu tempat yang yang tidak benarkan kita jadi penerjun.
PERKASA = Kuat Betul ke?
Syed Hassan Syed Ali menyatakan semalam bahawa tindakan bendahari Perkasa iaitu Datuk Shuib di dalam menayangkan video lucah di Carcosa Negara adalah di dalam kapasiti sendiri. Maka dia menyatakan bahawa tindakan tidak akan dilakukan oleh Perkasa terhadap Datuk Shuib. Dwi atau 2 orang, Rahim Thamby Chik dan Eskay sudah membuat kenyataan kepada pihak polis tetapi tidak dengan kehadiran Datuk Shuib. Yang memilukan bahawa kenyataan Syed Hassan di atas tindakan sendiri Datuk Shuib. Apakah perkataan yang keluar dari Syed Hassan itu difikir dahulu sebelum membuat kenyataan tersebut. Apabila ahli kumpulan kita membuat sesuatu yang buruk di luar seperti merompak, membunuh, meraba dan beli DVD lucah yang boleh mengaibkan kumpulan sepatutnya keputusan merehatkan dahulu adalah terbaik. PERKASA kena tunjuk kuat tentang perkara ini. Menayang filem lucah secara terangan kepada umum adalah Salah (dalam undang2 di Malaysia).
Thursday, March 24, 2011
100 to 200 Basis Point
BNM akan membuat peraturan baru untuk pinjaman. Kawalan ketat ini perlu dibuat untuk mengawal kadar inflasi. Bagaimana pengawalan ini dibuat. Sebelum ini dicarian seperti CTOS (satu sistem carian tentang masalah saman, kebangkrapan atau tindakan undang2) dan CCRIS (sistem carian untuk segala pinjaman yang dibuat di Malaysia - bank yang pastinya). Melalui 2 sistem ini, bank2 akan membuat satu simulasi tentang kuasa membayar pelanggan sebelum diluluskan. Jika pinjaman lama didalam CCRIS itu melebihi 70% maka apa sahaja yang mahu dipinjam pasti tidak lulus kecuali pelanggan itu membuat pengakuan bahawa sekian pinjaman itu dibayar oleh keluarga dan perlu membuktikannya. Tetapi mengikut peraturan baru bermula untuk Suku ke 3 (Julai) semua pelanggan akan diuji bukan setakat komitment sekarang bercampur dengan pinjaman baru sehingga 70% dari gaji tetapi ia akan bersangkutan dengan kenaikan kadar pinjaman semasa (BLR) sehingga 100 ke 200 basis point semasa sedang meminjam. Setiap 25 basis point boleh menyebabkan kenaikan kadar BLR 0.25%. Dan bayangkan jika kadar basis point naik sehingga 200 basis point bermaksud BLR akan naik sehingga 2% dari kadar sekarang. Ini adalah indikatif bahawa kadar BLR akan naik tak berapa lama lagi. Pelanggan pasti digalakkan menyimpan apabila kadar BLR naik kerana kadar simpanan atau dividen pulang akan lebih tinggi. Ini adalah proses dalam ekonomi dipanggil galakan secara paksaan.
HANTU
Damping malam kata seorang budak dengan aku. Kadang2 saka yang yang ada. Congkak pun kami tak pernah main. Jangan Pandang Belakang. Ini adalah bahasa yang dilontar kat aku. Pelik macam tajuk filem. Satu pagi aku mendengar teliti cerita dari isteri tentang bunyi yang selalu ada setiap waktu Magrib dan menjelang tengah malam. Bunyi itu bersahutan kadang2 lebih dari 30 saat. Menakutkan sehingga meremang bulu. Berdebar hati mendengar cerita isteri aku. Dia menambah cerita tentang adik ipar yang berdekatan rumah juga mengalami benda yang sama. Yang parah apabila ibu mertua datang ke rumah dan bercerita tentang mimpi2 yang berulang datang setiap kali tidur di rumah. Aku setiap malam balik lewat ke rumah dan amat pasti bunyi bersahutan itu aku dengar. Dan aku cuba mendengar dan tidak melayan bunyi2 begitu. Dan akhirnya pada satu pagi, isteri aku berbisik di belakang tiang di ruang legar aku ternampak seperti burung hantu menyorok. Perkataan hantu itu dikuatkan oleh isteri aku. Berdebar hati tetapi sebagai lelaki aku kena nampak tenang. Suasana masih gelap walaupun jam sudah menunjuk pukul 7.00 pagi. Aku mengintai2 tiang di ruang legar seperti yang isteri aku nampak, sepasang mata bulat dan bersayap. Aku mendekatkan kepada menjenguk lebih rapat. Kelihatan sayap itu lebih tinggi dari badan burung hantu itu. Aku terus rapatkan muka kerana mahu melihat lebih jelas. Dan aku pasti benda itu bukan burung hantu dan sambil berbisik memberitahu isteri bahawa inilah benda yang berbunyi setiap malam kita. Aku pasti ia adalah kluang. Dan cerita kluang inilah menyebabkan mimpi yang berbagai kepada ibu mertua adik ipar aku. Berbagai bomoh hendak diupah, berkali surah Yassin dibaca dan diberi nasihat untuk pindah kerana bunyi yang pelik ini. Kadang2 aku pelik keadaan mistik yang mesti boleh dijawab menjadi satu trauma untuk dikongsi beramai. Cerita2 filem juga menambah tokok untuk menakutkan orang. Cuba tengok cerita Hantu Kak Limah balik Rumah - akhirnya cerita tentang UFO/hantu diuraikan tanpa ada hantu.
Student UiTM sekarang
Semalam makan malam bersama 5 orang pelajar perempuan UiTM berbagai bidang seperti mengundang aku bercerita tentang keadaan ITM di pertengahan tahun 1975. Mereka yang makan bersama aku itu semua bertudung cantik menutup rambut. Aku masih budak2 pada masa itu. Cerita orang bertudung menjadi satu cerita nasional pada masa itu. Perempuan pada masa itu berskit pendek dan rambut bermacam stail. Walaupun pada masa itu mewarnakan rambut bukan satu trend. Hanya orang2 tua yang mewarnakan rambut kepada hitam atau merah. Kesedaran tentang bertudung bukan datang dengan senang pada masa itu. Diceritakan pada aku, seorang perempuan yang pertama memakai tudung di ITM pada masa itu dipermainkan oleh budak2 pelajar lelaki. Setiap kali berjalan, tudungnya akan ditarik2 oleh pelajar2 lelaki dan sambil mengejek. Perempuan pertama memakai tudung di ITM itu seperti sekarang membotakkan rambut. Pelik dan dibenarkan dikacau. Perempuan pertama bertudung itu menyebabkan aku satu hari mencari habis di dalam internet dan habis di semua enjin carian tetapi tidak menjumpai. Reformasi penukaran kesedaran ini telah melahirkan adik2 yang makan bersama aku semalam. Semua bertudung dan cantik dipandang.
Wednesday, March 23, 2011
The Truth of Datuk T
Dalam internet semua bloggers dah bercerita tentang siapa Datuk T yang kecoh 2 hari lepas. Datuk yang satu ini adalah bekas ahli terapi (tukang urut sukan) dan agak popular mengurut Rashid Sidek sedikit masa lalu. Setelah terkenal sebab mengurut dan keluar di kaca TV hujung 1990 an, beliau terlibat dengan penternakan lembu di utara. Cerita tentang masuk ke Thailand memang tepat dicerita di dalam blog2. Malaysian Insider membuat pengistiharan tentang kelibat Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk T bergotong royong membuat tayangan filem CCTV hitam putih tersebut kepada ahli2 senior Media Massa. Datuk T yang dimaksudkan adalah 3 TRIO - Datuk Shazryl Eskay (businessman), Tan Sri Rahim Thamby Chik (UMNO) dan Datuk Shuib Lazim (Perkasa). Perkara ini semacam disahkan apabila mereka muncul membuat pengesahan - berita ada di thestaronline. Apalah kerja mereka2 ni - yang pasti semua berpangkat. Banyak sangat Datuk2, Tan Sri2 dan Dato' Seri - beginilah jadi bila semua berebut ghamimah.
Time of My Life
Kadang2 bila aku renung kehidupan nampak memenatkan. Kadang2 aku rasa seronok pulak. Tapi seronok itu tak berpanjangan kalau dibandingkan dengan kesusahan. Aku tidak mengukur keseronokan itu mengikut masa tapi kalau aku biasa tahu - bila seronok masa cepat beredar dan sebaliknya kalau tak seronok masa bergerak perlahan. Masa itu emas - banyak orang cakap benda ni la. Tapi bila aku seronok buat sesuatu masa cepat bergerak sehingga bila masuk hari Isnin tengahari sembang dengan kawan, dia kata hari ni solat Jumaat kat mana? Bila penat kadang2 aku tak fikir pun masa. Cukup masa aku tidur sebab penat. Betul kawan aku cakap kalau nak rasa masa perlahan ialah masa tak ada duit. Nak mencapai hari gaji tu rasanya bertahun lama. Bila masa perlahan mungkin banyak benda kita boleh buat. Betul ke? Bila buat banyak benda masa cepat bergerak pulak. Penat aku ni. Aku rasa kalau banyak duit tak ada hutang mungkin masa itu yang seronok dengan kita. Dapat pulak berseronok dengan saudara mara dan kawan2. Telefon saudara mara tanya tahun ni berapa orang nak pergi Umrah, kita bayarkan. Telefon kawan2 tanya siapa nak ikut kita pergi London tengok bola hujung minggu ini. Kita telefon emak kita tanya ada kelapangan tak nak ajak makan di Langkawi naik helicopter kita. Seronok ke masa tu? Aku sekarang ni bukan naik helicopter tapi Naik Pelik memikirkan masa cepat dan perlahan.
Labels:
life
Tuesday, March 22, 2011
CCTV
Cerita tentang CCTV di pasang di dalam bilik hotel di Malaysia telah keluar 2 minggu lepas di akhbar2 perdana di Malaysia. CCTV itu digunakan untuk mengugut peniaga2 kaya, ahli politik dan sesiapa sahaja. Isu yang dibawa oleh mass media menjadi isu diperbahaskan di dalam surat khabar. Setelah isu itu dibangkitkan maka menjadi satu kefahaman bahawa CCTV itu memang wujud dan boleh dijadikan benda untuk mengugut. Dan yang menarik cerita pertama tentang CCTV sudah keluar semalam melibatkan tukang jumpa CCTV dan rakaman yang boleh mengugut. Perkara ini adalah rantaian cerita yang dibangkitkan 2 minggu lepas. Hebat cerita ini disusun untuk menjadi satu cerita yang benar. Di dalam salah satu media perdana memberitahu tentang peniaga yang kaya diminta memberikan wang sehingga RM300,000 jika tidak mahu cerita itu sampai kepada isterinya. Rasa-rasanya cerita ini disusun untuk nampak kebenarannya. Entahlah, aku lebih dari 20 tahun menonton CCTV di dalam pejabat tengok bebudak kerja, masukkan duit dalam ATM atau layan pelanggan datang ke pejabat. Aku tak berapa suka tengok sebab tak ada bunyi.
Datuk T
Nama T semenjak semalam menjadi carian paling popular di dalam Googgle, Yahoo, dan Baidu. Orang bukan nak cari Mr T yang punyai banyak emas dan potongan rambut kelakar lagi. T yang satu ini seorang yang terlalu clasified dan boleh mengegarkan dunia politik Malaysia. Semalam dengan cara paling hebat menjemput beberapa ahli media yang senior dan dengan saringan paling ketat menjemput menonton CCTV tahap porno. Gambaran sangat jelas mengikut kata ahli2 media yang menonton. Tak diketahui adalah adakah penonton perempuan ada bersama ketika itu. masa tayangan selama 22 minit dengan penuh aksi mendebarkan. Mengikut Datuk T ini, dia telah mengambil CCTV itu di dalam hotel dengan recordernya sekali. Datuk T ini mendakwa dia seorang sahaja yang ada CCTV tu. Hak milik penuh Datuk T. Cuma aku nak ulas CCTV tu bukan macam yang dibuat semasa Nasha Aziz dulu dimana punya la tak canggih dimana CCTV berdekatan sangat dengan perakam. Dan mengikut cerita ada 4 posisi CCTV yang diambil - ini adalah filem tahap baru 4D.
Monday, March 21, 2011
Credit Card Fiasco II
BNM dah buat keputusan dan keputusan ini memang perlu dilakukan - ikut cakap dorang la. Aku terkesima. Bukan senang yang balik ke tempat asal. Dulu ada 6 kad sekarang nak turun jadi 2. Bukan setakat susah dan macam tak logik pulak. Kalau yang hanya bergaji RM36,000 setahun je layak bagaimana kami nak memeriahkan pasaran. Ada dari kami ni yang gaji RM18,000 setahun tahun lepas dan tahun ini gaji naik RM90 je maka setahun ni gaji akan jadi RM19,000 je. Aku pasti akan pulun nak guna kad2 aku ni. Lepas masuk tahun depan apa yang dorang nak buat? Dorang suruh aku bayar bulan2 macam duit kereta. Ini nampaknya macam nak galakkan aku berlabun riang guna duit tahun ini. Tahun depan boleh muflis. Strategi ini macam buat bank dapat meningkatkan penggunaan kredit kad sampai maksimum. Seronok belanja duit orang ni tapi ini je ke cara nak kurangkan orang muflis? Cuba la naikkan bayaran minima bulanan dari 5% ke 7% dulu dan monitor perjalanan pembayaran. Bank2 sekarang bermotif keuntungan bayangkan jualan kredit kad dibuat di kedai harian seperti Giant, tesco dan Carrefour supaya orang berbelanja dalam kredit. Sedangkan nak beli beras, timun dan buah2 sepatutnya tak payah berkredit.
Legion
Cerita tentang iblis yang membantu manusia dan tentang kelahiran anak luar nikah yang perlu dijaga. Semua manusia telah dirasuk syaitan. Kononnya tuhan ini merasa manusia sudah tidak berguna dan memerintahkan 'angel'nya membunuh semua manusia. Tetapi salah satu 'angel' membantu manusia melawan semua itu. Ini cerita isu agama tapi tak terpengaruh pun. Menonton beramai2 dah semua asyik bertanya kenapa dia begini dan begitu. Cerita yang banyak darah dan tembak menembak. Filem yang tak boleh cari makan tetapi boleh tonton kalau suka dengan darah. Hujan petang Ahad menyebabkan beramai2 satu keluarga menonton cerita begini.
Mars need Moms
Bawa anak2 menonton wayang boleh memeningkan. Seorang nak tidur dan seorang nak makan. Pada aku ini hanya untuk mengajar cara mereka berada ditempat orang ramai dan boleh diam. Bila lampu tutup, anak yang kecil dah minta susu. Bagi dia lampu tutup bermaksud untuk tidur. Cerita tentang makhluk di Mars memerlukan seorang mak yang pandai disiplinkan anaknya. Cerita dalam bentuk 3D ini memang menarik dan mengikut cara pembikinan ia bukan seperti cerita2 kartun yang lain. Kalau kartun yang lain, pelakon hanya menyumbangkan suara untuk menambah jalan cerita tetapi cerita ini memerlukan pelakon untuk bergerak seperti di dalam filem itu. Semua pelakon bergerak dan berlakon dan ditukar didalam skrin dalam bentuk kartun. Seorang anak perlu menyelamatkan ibunya di dalam filem ini kerana Mars telah menculik ibunya. Cerita yang bai aku boleh tonton untuk moral bersama anak.
Saturday, March 19, 2011
Jepun : Films
Bila aku fikir tentang rentetan nuklear plant di Fukushima dan rayuan dari penduduk yang berdekatan dengan loji nuklear, aku sedih. Mereka ada yng berada 12 km sahaja dari loji dan mengikut rayuan Datok Bandar itu mereka telah ditinggalkan untuk diselamatkan. Kemungkinan mereka akan di kuarantin disitu. Mungkin mereka telah terkena radiasi nuklear yang tinggi menyebabkan kerajaan Jepun tak mahu selamatkan mereka. Dalam filem2 seperti The Walking Dead (zombie), Escape from New York, I'm Legend, Resident Evil dan banyak lagi filem tentang kemusnahan dan yang tinggal hantu2 yang kita kena potong kepala mereka kalau tidak kita pun berjangkit. Penyakit nuklear sebenarnya tidak banyak yang diwar2kan kepada umum. Selalunya penyakit radiasi berkaitan dengan kanser, kulit terbakar, kecacatan kelahiran, keracunan toxic dan macam2 lagi yang berkaitan racun. Atau kadang2 mereka boleh bertukar menjadi super Hero. boleh lari laju macam angin, boleh terbang macam burung dan entahlah aku rasa macam kena tipu je. Yang confirm penyakit disebabkan radiasi memang merbahaya.
Teratak Sementara
Malam ini usrah di mana? Pertanyaan aku di jawab oleh Azmi. Hari ini usrah dibuat di Teratak Sementara Hj Nik. Malam itu dengan bermotor aku terus ke rumah Hj Nik. Cantik hiasan rumah Hj Nik. Tersusun rapi gambar2 keluarga di dinding. Tersemat indah juga ayat2 Al-Quran untuk bacaan selalu. Buku2 bacaan ada di tempatnya. Rumah yang disusun lantai bertingkat membeza ruang tamu, makan dan menonton TV cukup cantik menunjukkan tiada anak2 kecil yang akan mengganggu. Aku duduk di lantai melihat2 keliling. Aku terlalu awal datang malam itu. Mungkin tercepat sebab terus bergerak terus selepas solat Isyak. Yang lainnya pasti juga bergerak menuju ke rumah Hj Nik. Hj Nik datang melewati aku bersalam dan tersenyum. Orang yang berumur setengah abad ini agak pendiam tetapi selalu pandai berhujah tentang sesuatu. Dia membawa air untuk aku minum. Aku senyum dan bertanya "Cantik rumah, kenapa sementara. Hj nak buat rumah lain ke? Berbalas senyum Hj kepada aku dan berkata "Ini adalah rumah sementara saya di dunia, Firdaus". Dan aku diam seolah faham.
Labels:
life
Semua Dengki
Aku bergayut kat telefon pun dengki. Aku datang lewat pun dengki. Makan lama sikit pun dengki. Tak de kerja lain ke. Dengki kesumat. Aku bergayut setiap jam 20 ke 30 minit je. Aku lewat 3 kali je seminggu. Aku makan pukul 12.30 masuk dalam pukul 2.30 ke 3.00, bukan selalu cuma 2 atau 3 hari seminggu. Semua dengki kat aku. Aku bukan filem star, aku punya email pun tak de orang nak hack, aku bukan kaya sangat, aku pun bukan budak kampung dan ok nya tu aku bukan budak2. Semua dengki tak tentu hala.
Aku kalau geram sangat, aku berhenti kerja je. Aku duduk bilik senyap2. Kalau aku duduk diam2 pun, mak aku dengki dengan aku. Apa yang dorang nak sangat dengan aku ni. Aku bukan boleh bagi duit kalau dorang dengki. Aku rasa semua dengki dengan aku sebab satu hal je. Aku nampak boleh menggugat dorang punya stability.
Aku kalau kerja betul2 silap2 jadi CEO. Itu lah dorang dengki sangat kat aku. Pernah aku duduk diam je tak bercakap - lama gak dalam 30 minit dan mata aku pejam, tak de bunyi pun. BOSS besar aku boleh datang kat aku "Hoi, tidor ke?" Terkejut BOSS besar pun dengki. Piiiiiraaah
Aku kalau geram sangat, aku berhenti kerja je. Aku duduk bilik senyap2. Kalau aku duduk diam2 pun, mak aku dengki dengan aku. Apa yang dorang nak sangat dengan aku ni. Aku bukan boleh bagi duit kalau dorang dengki. Aku rasa semua dengki dengan aku sebab satu hal je. Aku nampak boleh menggugat dorang punya stability.
Aku kalau kerja betul2 silap2 jadi CEO. Itu lah dorang dengki sangat kat aku. Pernah aku duduk diam je tak bercakap - lama gak dalam 30 minit dan mata aku pejam, tak de bunyi pun. BOSS besar aku boleh datang kat aku "Hoi, tidor ke?" Terkejut BOSS besar pun dengki. Piiiiiraaah
Labels:
life
Friday, March 18, 2011
Sek Kebangsaan Subang
Aku mula2 bersekolah di sini pada 1977 dan pada masa itu Guru Besar bernama Cikgu Sharif. Cikgu Sharif ini besar orangnya sebesar pangkat yang dipegang. Guru kelas aku bernama Cikgu Aziz. Pada masa itu sekolah Kebangsaan ini hanya ada sebaris sahaja tidak bertingkat. Dan aku pasti pada masa itu hanya ada satu sesi sahaja. Tandas berada di belakang sekolah dan aku selalu takut untuk membuang kecil atau besar di tandas pada masa itu. Setiap kali perut aku sakit, aku akan berlari keluar sekolah dan balik kerumah selesaikan hajat. Belakang tandas yang aku ingat ada kawasan bercucuk tanam. Kebanyakannya sayur la. Dan murid2 digalakkan bercucuk tanam dan aku tak berapa ingat kenapa kami bercucuk tanam. Yang pasti kawasan itu subur disebabkan tandas berdekatan. Kolam pun ada tetapi tak pernah pulak aku lihat ikan ada didalam kolam itu. Kawasan sekolah pada masa itu tidak berpagar. Selepas beberapa tahun SK Subang berubah dan bangunan 3 tingkat telah dibuat sewaktu aku masih bersekolah di situ 1980.
Labels:
memory
Bertemu orang Bank
Semalam di FMM (Federation of Malaysia Manufacturer) diadakan perjumpaan dengan MIDF. Berjumpa dengan bermacam2 industri. Dari yang membuat kasut, aksesori kereta, besi dan macam2. Tapi yang aku perasan, seminar pertemuan ini lebih senyap dari yang pernah aku datang sewaktu kerja bank dulu. Aku pantau2 baru tahu, kebanyakan yang datang ini adalah Financial Controller, Akauntan, Pengarah Kewangan dan yang berkaitan dengan akaun. Orang2 ini bekerja di tabir belakang di dalam sesebuah syarikat. Aku adalah banker yang baru menceburi bidang kilang mengilang ini rasanya macam sudah menguasai perbualan walaupun sebagai orang baru. Mungkin darah yang mengalir dalam badan ini banyak sangat pemikiran "marketing". Aku melihat perjumpaan itu sebagai satu peluang untuk mempromosi syarikat dan yang penting sekali diri aku juga. Petua - Ringan mulut untuk bertanya dan memberi kad business.
MAFIA Business Sampah
Sejarah Mafia di Amerika bermula apabila pengangkutan sampah dijadikan satu perniagaan yang monopoli. Mereka menguasai segala peralatan sampah, cara mengutip, tong sampah dan kawasan kutipan. Salvatore "Sal" Avellino Jr yang dilantik sebagai Capo (ketua didalam keluarga) menguasai Long Island, New York. Perebutan tempat kutipan telah menimbulkan pergaduhan diantara operator pengutipan sampah pada masa itu. Dan yang pasti mereka ini adalah pendatang asing ketika itu di New York. Dan mengikut rekod, mereka boleh mengugut kerajaan pada masa itu dengan tidak mengutip sampah selama seminggu. New York terpaksa mengalah kepada Mafia sampah ini. Kerja mengutip sampah ini adalah satu kerja yang tidak terfikir untuk orang kita menguasai. Kalau kita nampak sekarang, pendatang asing menguasai aktiviti mengangkat sampat kita. Rekod juga menunjukkan kita hanya ada satu syarikat yang membuat kerja2 pengutipan ini. Dan yang pasti kita sering mengomel jika sampah tak dikutip walaupun baru 2 hari. Perniagaan ini adalah perniagaan yang pasti walau ketika ekonomi merosot. Marilah mula berfikir.
Thursday, March 17, 2011
The Fukushima Fifty
Mula2 gegaran, datang tsunami dan sekarang nuklear pulak terbakar, meletop dan radiasi mula keluar. 180 technician nuklear di Jepun memantau keadaan di Fukushima setiap waktu dan mereka ini dipanggil sebagai "The Fukushima Fifty" untuk 3 shift. Mereka juga dipanggil sebagai pasukan berani mati di dalam peperangan. mengikut pakar radiologist di Colombia Services memberitahu bahawa kemungkinan 180 technician ini sudah terkena radiasi nuklear. Di Parliment Eropah, telah membuat gesaan supaya Jepun tidak menutup cerita tentang tahap radiasi yang mungkin tersebar sehingga Tokyo (Tokyo berada 250 km dari Fukushima). Semua negara yang ada nuklear boleh jengok2 balik keadaan nuklear plant mereka. Radiasi yang datang dari benda2 untuk dapatkan kuasa nuklear adalah terlalu bahaya. Kira logik aku macam kuasa gas yang datang dari kumbahan manusia.....kalau dalam tong gas - nampak ok. Tapi kalau kumbahan itu bocor, meleleh, melimpah.....mungkin beridiasi jugak.
Wednesday, March 16, 2011
NLP
Neuro Lingustic Programming (NLP) diasaskan oleh Richard Bandler dan John Grinder. Sesiapa yang pernah melalui kursus NLP pasti akan belajar tentang, minda bergambar dan kinestatik. Program ini kononnya dapat menambah nilai diri, boleh menarik kejayaan kepada kita, boleh memberikan tambah nilai pada apa yang kita sudah ketahui. Paling menarik apabila kita mengenali pergerakan tubuh untuk menilai ikhlas atau tidak sesuatu pergerakan itu. Pergerakan mata juga diberikan penumpuan. Minat aku pada benda2 begini mengalir terus dalam pekerjaan. Aku tahu bila aku ditipu oleh pekerja. Aku semacam faham bila perbuatan aku tidak disukai isteri dan aku buat2 tak tahu bila gaya aku menolak sesuatu permintaan itu tanpa perlu berkata. Cuba tonton "Lie to Me - drama siri di FOXA" tentang lie detector. Semua ini sebenarnya tidak disokong oleh sains. Tetapi sekadar ingin tahu dan kadang2 betul pulak semua yang kita jangkakan.
Lintah
Berjumpa dengan kawan yang masih mencari2 peluang perniagaan. Dia ashik bercerita tentang benda2 yang telah dilalui untuk mendapat kewangan untuk keluarga. Salah satu cerita yang timbul adalah lintah. Dia ikut program yang dibenarkan oleh kerajaan lalu mulalah menternak lintah. mengikut kawan kawan aku ini, lintah itu akan dibeli secara pukal oleh agensi yang dilantik sekian banyak kilo. Lalu bermulalah dia dengan semangat untuk mengumpul kewangan keluarga. Walaupun mengikut segala arahan dengan teliti tetapi lintah2 masih tidak beranak dan membiak. Duit yang banyak ribu sudah habis tetapi tidak memulangkan hasil. Kita sebenarnya selalu menceburi satu benda yang kita tidak faham bagaimana perniagaan ini dilakukan. Lintah yang sihat kalau dah banyak bukanlah boleh kita jual di pasar malam. Kita hendaklah memastikan bahawa orang yang membeli mesti ada. Cuba kita jengok dalam internet siapa yang mahu lintah. Mungkin orang yang menjual ubat. Cuba hubung mereka dan mendapat respon untuk kita jual kepada mereka. Kita kadang2 cuma mengharapkan dari satu sumber untuk membeli benda2 yang kita tak tahu jual.
Cape Fear
Tak tahu kenapa cerita2 genre begini menjadi pilihan aku. Ketidakadilan tentang sistem kehakiman boleh menyebabkan orang menyelesaikan masalah secara sendiri. Robert De Niro di dalam filem ini memberikan lakonan yang berat dan amat skastik. Dia telah dipenjarakan kerana peguam yang mewakilinya telah menyorokan maklumat menyebabkan dia di penjarakan. Keluar sahaja dari penjara, peguam itu Nik Nolte telah menjadi bahan untuk ditakutkan. Habis ilmu si peguam untuk menghadapi De Niro yang marah. De Niro sanggup melukakan diri untuk menunjukkan dia yang dikenakan serangan bukan sebaliknya. Habis satu keluarga peguam itu dikacau oleh De Niro. Penghabisan yang tragis di Cape Fear menutup cerita secara mudah. Pengarah oleh Martin Scorcese yang membawa banyak cerita Robert De Niro.
Middle East story
Pemberontakan, rusuhan, demontrasi dan ketidakpuasan hati orang-orang di Asia Barat bukan disebabkan oleh agama atau sistem pentadbiran. Ia adalah satu ketidakpuasan hati kerana hidup susah. Di Mesir, Hosni Mubarak dijatuhkan kerana sistem kemanusian tidak stabil. Duit yang tidak sampai ke rakyat dan tinggi pengganguran menyebabkan mereka bangkit. Di Tunisia juga mengalami benda yang sama. Melihat orang yang memerintah mengambil harta atau membelanjakan harta semewah mampu tidak dapat diterima oleh rakyat. Di Bahrain pula walaupun sudah lama diperintah oleh kumpulan istana tanpa masalah juga menimbulkan benda yang sama. Tetapi mereka menguasai keseluruhan tangki minyak untuk mereka belanjakan. Dan ini turun menurun tak tahu sampai cucu cicit mereka. Bukan sebab syiah atau sunni. Syiah di sana adalah 70% rakyat Bahrain yang tak lebih 1.3 juta orang. Sistem ekonomi kapitalis yang memberikan kebebasan membuat duit kadang2 boleh menekan rakyat untuk memberontak.
Labels:
life
Fury @ Chocolate
Menonton filem di dalam kapal terbang sekarang boleh melupakan perjalanan yang jauh. Aku menonton filem Fury ini dalam perjalanan ke Bangkok pada hujung April 2010. Cerita tentang anak gadis yang anestatik (cacat) tetapi dapat mendalami ilmu pertarungan yang hebat dengan hanya menonton TV dan melihat orang bertarung. Pengarah filem yang membawa Ong Bak dan Ton yam Gong pasti memberikan cerita pertarungan yang tidak terpengaruh dengan CGI (computer graphic). Cerita tentang harapan dan aksi ini hanya sesuai untuk orang yang suka pertarungan.
Pictural Mind
Ada satu cerita tentang ikan yang hendak mengenali dunia selain air. Lalu dia berjumpa dengan katak yang boleh tolong dia naik ke darat untuk melihat keadaan di darat dan memberitahu tentang makhluk2 di darat.
Katak naik dan berjumpa burung, lembu dan manusia. Lalu katak pun turun ke air dan berjumpa dengan ikan. Ikan bertanya pada katak apa yang ada di darat untuk kita berkenalan. Katak dengan bangga berkata bahawa dia berjumpa dengan burung, lembu dan manusia.
Ikan bertanya lagi bagaimana bentuk2 mereka ini. Lalu katak menjawab "Burung itu ada kepak, berparuh dan boleh terbang" - ikan berfikir bahawa bagaimana ikan macam dia berbentuk burung. "lembu pula ada ekor, empat kaki dan berbadan gemok" - ikan berfikir ikan berekor dan berkaki empat dan manusia itu pula berbaju.
Orang yang tidak pernah pergi sesuatu tempat atau belajar sesuatu benda pasti tidak dapat menggambarkan apa yang orang cerita. Gambaran yang mereka lihat hanyalah apa yang pernah mereka lihat sahaja. Maka kita kenalah belajar untuk mengetahui tentang banyak benda atau tentang sesuatu benda kerana gambaran yang banyak di dalam minda kita tak akan menyebabkan kita rasa otak terlalu padat. Otak kita tidak penuh kerana diberitahu sainstis kita hanya menggunakan isi otak kita untuk berfikir sekitar 1 - 3 % sahaja.
Katak naik dan berjumpa burung, lembu dan manusia. Lalu katak pun turun ke air dan berjumpa dengan ikan. Ikan bertanya pada katak apa yang ada di darat untuk kita berkenalan. Katak dengan bangga berkata bahawa dia berjumpa dengan burung, lembu dan manusia.
Ikan bertanya lagi bagaimana bentuk2 mereka ini. Lalu katak menjawab "Burung itu ada kepak, berparuh dan boleh terbang" - ikan berfikir bahawa bagaimana ikan macam dia berbentuk burung. "lembu pula ada ekor, empat kaki dan berbadan gemok" - ikan berfikir ikan berekor dan berkaki empat dan manusia itu pula berbaju.
Orang yang tidak pernah pergi sesuatu tempat atau belajar sesuatu benda pasti tidak dapat menggambarkan apa yang orang cerita. Gambaran yang mereka lihat hanyalah apa yang pernah mereka lihat sahaja. Maka kita kenalah belajar untuk mengetahui tentang banyak benda atau tentang sesuatu benda kerana gambaran yang banyak di dalam minda kita tak akan menyebabkan kita rasa otak terlalu padat. Otak kita tidak penuh kerana diberitahu sainstis kita hanya menggunakan isi otak kita untuk berfikir sekitar 1 - 3 % sahaja.
Tuesday, March 15, 2011
Nuclear
2 bom nuklear dilepaskan di Hiroshima dan Nagasaki 7 dan 9 August 1945. Di Hiroshima Jepun, bom yang bernama "Little Boy" dilepaskan dan telah menyebabkan kematian serta merta lebih dari 70,000. Berat bom tersebut adalah 60 kg sahaja. Mengikut statistik selepas bom, sehingga tahun 1950 lebih dari 200,000 orang meninggal dunia disebabkan oleh radiasi dan pasca bom tersebut. Sehingga tahun 1990 masih ada lagi kesan cancer kepada penduduk Hiroshima. Di Nagasaki, bom yang bernama "Fat Man" dilepaskan telah menyebabkan kematian serta merta diantara 45,000 hingga 70,000 orang. Dan mengikut rekot berat bom ini hanya 6.4 kilo iaitu berat bayi umur 6 bulan. Kepanasan bom itu lebih dari 3,900 celcius dan angin bergerak melebihi 600 km per jam. Disebabkan angin panas ini mengikut rekod lebih dari 150,000 telah mati di Nagasaki. Cerita ini dah jadi sejarah untuk kita ingat.
Botol Berkimia
Minum susu guna botol dah lama menjadi perbuatan biasa bila menyusukan bayi hatta kanak2. Semalam kementerian kesihatan mengumumkan penggunaan chemical Bispenol A (BPA) akan diharamkan bermula March 2012. BPA ini menggunakan polycarbonate untuk memberikan kecerahan pada botol susu dan beberapa negara seperti Germany, France, Denmark, Canada, Australia, New Zealand dan Amerika sudah mengharamkan penggunaannya. Sepatutnya Kementerian memberitahu jenama apa yang patut ibubapa tinggalkan dan jangan hanya memberitahu bahawa botol yang guna BPA diharamkan. Bukan ada tulisan yang mengatakan BPA ini digunakan untuk botol susu. Hatta polycarbonate yang nak agak pelik untuk orang kebanyakan faham sepatutnya disenang-ertikan. Dan agak terharu mengikut lapuran lebih dari 85% botol susu dipasaran menggunakan BPA ini. Kementerian Kesihatan sepatutnya mengambil inisiatif terus memperkenalkan botol susu yang tiada BPA untuk kegunaan kanak2 di Malaysia kerana kanak2 adalah Pewaris Bangsa.
Labels:
life
Monday, March 14, 2011
Bagi Minda Bekerja
Hari2 kita melalui jalan yang sama. Bangun pagi, gosok gigi pakai tangan yang sama. Gosok baju dan pakai kasut pun yang sama. Ambil kunci kereta, kunci rumah sebelum masuk dalam kereta. naik kereta ikut jalan yang sama. Sampai tempat kerja - kalau awal minum tempat yang sama, baca benda yang sama, masuk pintu yang sama. Mengikut kata biasa ini adalah rutin. Bila rutin ia akan jadi habit. Bila dah jadi tabiat maka otak kita tidak perlu berfikir lagi. Gosok gigi tutup mata pun akan masuk ke mulut. Tempat kunci akan berada di situ jika tidak diubah dan jalan biasa itu akan kita marah kalau kesesakan lalu lintas berlaku. Otak kita sebenarnya tidak diasak dengan gerak kerja minda yang betul. Cuba tukar tangan kiri kalau yang tangan kanan bila gosok gigi. Cuba tukar jalan bila pergi kerja. Cuba pakai baju warna terang. Cuba tengok tiang jalan kenapa bulat. Cuba fikir sedikit hari ini. Mungkin kita boleh memberi kerja sedikit untuk otak yang selama ini duduk berehat.
Memoir
Betulkah sebuah memoir boleh menukar landskap sejarah. Pandangan dari seseorang itu berbeza dari seorang yang lain. Cuba kita menulis memoir kita sendiri. Diberitakan bahawa di Jepun, cerita biblografi boleh disuruh orang buat. Mungkin dengan bayaran maka keluarlah biblografi yang kita mahukan. Aku teringat bahawa cerita aku tentang reformasi tahun 1998 dulu mungkin berbeza dengan orang yang tidak terlibat dengan reformasi. Cerita aku tentang kehidupan di Kg Jaya Gading di Jalan Gambang, Kuantan dulu mungkin tak sama dengan cerita orang Kuantan yang tak lebih 10 kilometer dari Jaya Gading. Cerita aku tentang hidup di lombong di Bakap, Perak tak sama dengan orang yang tinggal di Batu Gajah yang jauhnya hanya 5 km dari lombong tempat aku tinggal. Perlukah kita bermemoir. Memoir boleh menceritakan pengalaman, keadaan, keperitan, kesenangan, pandangan sendiri, sejarah, imbasan kawasan dan macam2 lagi. Yang ironi apabila memoir itu diangkat sebagai rujukan penuh untuk orang akan datang. Aku agak skeptikal untuk terima bulat2 memoir orang. Aku pernah baca biblografi A Samad Ismail bercerita tentang pendidikan di lorong pelacuran. Aku pernah baca cerita tentang Tun Dr Ismail, Pak Sako, P Ramlee, Mahathir, Said Zainal, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan banyak sekali tentang pembunuh bersiri di Amerika. Selalunya ia menjadi sekadar cerita seronok dan aku boleh tahu keadaan sekitar pada waktu itu. Yang pasti cerita tentang kudis, benda jahat, kurang enak atau buruk ditinggalkan - tidak mahu orang tahu. Bab ini aku menyokong cerita Memoir A Samad Ismail di Singapura. Bacalah dan lihat keterbukaan cerita.
10,000 quake Toll at Japan
Lebih dari 3,000 mayat sudah dijumpai selepas Tsunami melanda Jepun pada hari Jumaat 11/03/2011. Sistem pemberitahuan yang agak cepat, informasi terus kepada rakyat dan gerak pantas pekerja penyelamat masih tidak dapat menyelamatkan orang2 di Jepun. Persediaan menghadapi gempa bumi dan tsunami memang sentiasa berada di ingatan orang2 Jepun. Tetapi masih tidak dapat mengelak dari kenyataan bahawa akan ada kemalangan dan kematian. PM mereka Naota Kan telah dikritik hebat tentang lambat bertindak untuk menyelamatkan mangsa2. Keadaan sekarang lebih mencemaskan apabila kawasan nuklear mereka di Fujushima pula berlaku letupan yang mengandungi radiasi dan diberitahu bahawa 2 plant telah mengalami kebocoran. Penduduk disana perlahan2 dikeluarkan dari kawasan Fujushima. Memikirkan keadaan kecemasan disana, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi jenis2 pergerakan bumi yang melanda. Apa yang perlu kita bawa? Telefon mungkin tidak boleh dipakai lagi. Duit tidak berguna ketika itu. Yang tak tahan bila nuklear reaktor pula meletop...lagi Pening dan kelam kabut.
Sunday, March 13, 2011
Knight and Day
Tom Cruise salah satu pelakon paling mahal di Hollywood. Berganding bersama Cameron Diaz bercerita tentang agen perisikan yang berpaling tadah disebabkan seketul bateri. Bateri itu berkuasa untuk bertahan walaupun lama dipasang. Bateri yang dicipta oleh seorang pemuda dan berlaku penjualan diantara pihak perisikan Amerika dan orang jahat. Cameron Diaz yang sentiasa selau diberikan watak gembira memang suai didalam filem ini. Tom Cruise yang kacak ini tidak pernah kalah dalam setiap filem. Adiwira untuk filem2 yang dibintanginya. Pergerakan cerita yang pantas memang menghiburkan.
The next 3 days
Russel Crowe memang menjadi salah satu filem mesti tonton. Tetapi beberapa tahun ini filem2 beliau tidak memberi impak besar dalam industri. Cerita yang terlalu banyak bermain perasaan kadang2 menjemukan. Cerita tentang isteri beliau yang dituduh dan disabitkan kesalahan membunuh boss sendiri. Beliau sebagai guru mengambil inisiatif untuk melepaskan isteri dengan menggunakan cara merayu dan arahan untuk menyiasat kembali kes. Tetapi cara tersebut tidak mendatangkan hasil lalu beliau membuat kajian bagaimana ingin melepaskan isteri dengan cara menculik dan kasar. Liam Nesson yang berlakon kurang lebih 5 minit didalam filem membantu memberikan maklumat cara untuk melepaskan isteri Russel Crowe. Cerita yang agak slow untuk ditonton sehingga habis tetapi 10 minit terakhir adalah yang paling penting menunjuk 3 hari lagi sebelum isteri Russel Crowe hendak dipindahkan ke penjara lain dan boleh menyebabkan plan awal Russel Crowe akan gagal.
Labels:
Filem
Selepas 28 Tahun
Ikut tahun pasti anak muda dah kacak, anak perempaun boleh dikawinkan, mungkin boleh bercucu. Perjumpaan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Subang 1982 diadakan di Restoran Antan Batura di Shah Alam memang nampak ikhlas. Cerita2 lama berlegar2 di kepala untuk diceritakan. Tentang siapa kami minat dulu, guru mana paling garang, siapa lagi boleh dihubungi, bagaimana perjumpaan ke 2 boleh dibuat dan yang pastinya pasangan masing2 tidak dilayan. Yang bawa suami - duduk jauh2. Mungkin mereka faham perjumpaan sekian lama ini perlu diberi peluang. Datang seorang menangis gembira, datang seorang sedih menjelma, datang seorang berpelukan gembira. Perjumpaan dari pukul 2 sehingga 5.30 petang itu memang terlalu singkat untuk bercerita walaupun yang hadir hanya 10 orang - 2 lelaki dan 8 wanita. Hebat masa diatur untuk kita kenang.
Saturday, March 12, 2011
SK Subang
Satu majlis perjumpaan semula bagi pelajar2 SK Subang 1982 akan diadakan pada pukul 2.00 pm 12/03/2011 di Restaurant Antan Batura di Sec 2 Shah Alam (berhadapan dengan pejabat SIRIM). Ini adalah perjumpaan kali pertama diadakan setelah 29 tahun. Majlis diadakan sehingga pukul 5 petang hari ini. SK Subang berada di Kg Melayu Subang iaitu diantara perjalanan Shah Alam ke Sungai Buluh. Berdekatan dengan Subang Airport. Pasti perubahan besar berlaku iaitu Sekolah itu sendiri dan pelajar2 lama ini. Dan aku adalah salah satu produk SK Subang. Bangga beb.
Mat Tenggek
Filem ini adalah filem Melayu yang pertama aku sendiri pergi tengok di panggung wayang di Klang. Suasana yang agak kelam kabut kerana tiada sistem beratur. Siapa cepat dan cekap pasti dapat tiket. Terlalu ramai yang datang sehingga seolah2 pergaduhan akan berlaku. Aku yang berumur 9 tahun pada masa itu masih tidak tahu tentang seks rasa terhibur dengan cerita tentang kambing dan kelucahan pelakon - Sukarni Jaafar. Dalam salah satu adegan seekor ular telah masuk ke dalam kain Sukarni Jaafar menyebabkan panggung penuh dengan siulan dan tepukan orang ramai. Dengan hanya berbekal RM1.50 aku sudah pandai menonton wayang. Tiket wayang dibeli oleh jiran aku yang berumur 13 tahun bersama2 berebut didepan kaunter tiket. Cerita yang tak berapa ingat cuma bab masuk kain je aku ingat - tentang saintis yang mereka kapal terbang bersama isteri telah terbabas lalu isteri terlah terberanak dalam kapal terbang itu dan anak itu jatuh dalam hutan dan dijagai oleh sekumpulan kambing. Baru teringat ini adalah hasil duit kutipan hari raya tahun itu dan inilah perkara paling jahat pernah aku buat pada tahun itu.
Barang atas Jalan
Dah selalu sangat dengar, baca dalam suratkhabar dan tengok dalam TV cerita lori terbalik. Ada yang bawa beras, ada yang bawa gula, bawa duit dan hatta bawa minyak wangi pun boleh terbalik. Semalam 11/03/2011 kampit2 gula di Klang juga terjatuh di jalan selepas treler yang membawa kampit2 gula itu membelok tanpa sedari bahawa kampit2 itu talinya telah terungkai. Isu sekarang apabila sekian ulama di Malaysia memberitahu bahawa haram hukumnya mengambil barang2 yang dijumpai. Bagaimana reaksi kita bila lori terbalik, pemandu tersepit dan tiba2 ternampak orang yang datang menolong mengambil kesempatan untuk mengambil duit dari dompet pemandu yang cedera. Bagaimana reaksi kita bila kita bersama2 dengan pemandu yang sihat tolong mengemas barang2 yang terbalik seperti durian lalu sambil menolong kita diberi hadiah durian yang bukan dipunyai oleh pemandu.
8.9 Magnitude
Satu lagi Tsunami berlaku selepas kiraan 8.9 magnitude pada skala Richter gegaran berlaku di Utara Jepun. Di Utara Jepun di kawasan Kesunnuma yang lebih dari 74,000 orang sekarang ditenggelami air dan di khuatiri nuklear reaktornya di Fukishima Plant ada berlaku kebocoran. Tsunami terburuk selepas 140 tahun dimana perkataan tsunami itu pun datang dari Jepun seolah2 sudah dilupakan oleh penduduk Jepun. Banyak bangunan dan kereta seperti barang permainan dihanyutkan seolah ringan seringannya. Teringat saya ketika tahun 2004 ketika bersamaan tarikh Hari Krismas, berlaku juga di Acheh dan melibatkan kematian lebih 100,000 orang. Dan ingatlah firman Allah SWT ".....sesungguhnya segala kerosakan di muka bumi ini disebabkan tangan2 manusia sendiri"
Labels:
life
Friday, March 11, 2011
Potong Gaji
Cadangan telah dibuat untuk memotong gaji kepada pemandu2 bas yang mengakibatkan pelanggaran atau cuai di jalanraya. Pandangan ini telah menimbulkan berbagai reaksi dan bantahan dari persatuan pemandu2 bas. Marah dan mungkin kurang yang ingin memandu bas jika cadangan ini diteruskan. Cuba lihat pada pandangan lain pula. Kalau di bank2, teller di kaunter diberikan insentif khas sebagai seorang teller. Ini dapat memberikan satu semangat untuk tidak cuai didalam pekerjaan. Jika kehilangan duit semasa bertugas sebagai teller, mereka akan dikenakan penalti atau diminta bayar duit yang hilang itu. Maka duit insentif yang diberikan setiap bulan boleh memangkinkan mereka untuk membayar. Sama seperti pemandu bas, sepatutnya mereka diberikan insentif khas atau elaun kemaslahat untuk memberikan mereka peluang untuk menunjukkan prestasi yang baik dan tidak cuai dalam memandu.
Doktor di mana2
Perubahan pada Akta Perubatan 1971 iaitu boleh belajar dimana2 memberikan peluang terbuka luas untuk menjadi pengamal perubatan. Tidak ada lagi 375 tempat pendidikan yang dibenarkan untuk praktik sebagai doktor. Peluang ini boleh membuka peluang kepada semua orang untuk belajar menjadi doktor. Mereka hanya perlu mendaftar dan mendapat kelulusan "No objection" sijil. Bomoh2 dan dukun2 boleh mula mengiklankan perkhidmatan untuk mengajar. Ini juga bakal memberikan peluang pelajar2 mendapat ilmu kedoktoran, kebomohan, kedukunan di Malaysia lebih murah. Hebat cadangan yang telah diterima ini.
Wednesday, March 9, 2011
1RUMAH
Semalam dilancarkan skim seorang satu rumah untuk pengguna yang bergaji di bawah RM3,000. Satu cadangan yang baik dan rumah yang akan masuk skim ini adalah rumah diantara RM100,000 hingga RM220,000. Skim ini nampaknya akan membantu rakyat Malaysia dengan tidak mengeluarkan apa2 deposit. Ini hanya untuk orang2 yang berada di bawah umur 35 tahun. Pinjaman boleh dilakukan sehingga 20 tahun di bank2 yang terpilih. Ini tidak termasuk rumah untuk 'refinance'. Skim ini boleh berjalan diluar dari KL dan Selangor. Kediaman yang berada dalam lingkungan itu mungkin kondo atau apartmen sahaja. Sesiapa yang masih menyewa boleh memikirkan untuk ambil skim ini. Cuma dinasihatkan bank2 tidak terlalu tegas ketika memproses permohonan.
Paling Susah
Mendengar bual bicara di radio bernama pagi tadi tentang pendidikan di Jepun dan bagaimana kesusahan untuk masuk dengan berderet A baru boleh masuk. Mereka terpaksa mengharung pendidikan bermula di Malaysia untuk tahun 1 dengan bahasa Jepun dan keseluruhan medium pendidikan dalam bahasa Jepun (tahun ke 2 di Jepun).
Tetapi apabila ditanya tentang peratus kelulusan dengan bangga menyatakan bahawa tahap kelulusan diantara 97 - 99% lulus. Maka boleh diputuskan bahawa kursus ini tidak susah seperti diwar2 diawal tadi. Mengikut panel yang dijemput tahun lepas kelulusan 48 orang dari 50 yang dihantar. Dan dengan bangga dia menyatakan bahawa 2 orang yang mengulang belajar itu akan habis belajar juga pada bulan Jun ini.
Kadang2 kita cukup suka menunjuk susah terlebih dahulu tanpa niat menggalakkan orang sama2 belajar. Kalau mereka menjengok sedikit kepala ke universiti2 swasta yang menggalakkan pendidikan walau tanpa kelulusan, maka terbuka sedikit minda bahawa semua yang susah (rasa2 cuma nak menunjukan susah je) sebenarnya senang. Tumpukan perhatian dan belajar semata2 itu sahaja - Pasti Lulus
Tetapi apabila ditanya tentang peratus kelulusan dengan bangga menyatakan bahawa tahap kelulusan diantara 97 - 99% lulus. Maka boleh diputuskan bahawa kursus ini tidak susah seperti diwar2 diawal tadi. Mengikut panel yang dijemput tahun lepas kelulusan 48 orang dari 50 yang dihantar. Dan dengan bangga dia menyatakan bahawa 2 orang yang mengulang belajar itu akan habis belajar juga pada bulan Jun ini.
Kadang2 kita cukup suka menunjuk susah terlebih dahulu tanpa niat menggalakkan orang sama2 belajar. Kalau mereka menjengok sedikit kepala ke universiti2 swasta yang menggalakkan pendidikan walau tanpa kelulusan, maka terbuka sedikit minda bahawa semua yang susah (rasa2 cuma nak menunjukan susah je) sebenarnya senang. Tumpukan perhatian dan belajar semata2 itu sahaja - Pasti Lulus
I spit on your grave
Cerita2 tentang dendam perempuan sudah banyak kali ditayangkan. Brave One lakonan Jodie Foster dan dendam si perawan (tetapi ini cerita hantu). I spit on your grave ini sudah diulang cetak beberapa kali untuk tontonan umum. Cerita tentang perempuan disiksa dan dirogol oleh 5 orang lelaki dan perempuan ini kembali untuk membalas dendam. Yang ironisnya semua aksi dendam menyamai apa yang telah diperlakukan oleh kesemua lelaki tersebut kepada perempuan itu. Yang paling menyakitkan apabila anu lelaki di potong.
Buku Kekasih
Pagi2 menjengok buku Shaharum TM Sulaiman. Buku ini sudah dihabis baca lebih dari 5 tahun lepas dan masih seronok di baca. Kandungan buku bermula dengan sejarah pengumpulan buku2, perangai pelik penulis buku, pencapaian buku sehingga difilemkan dan buku2 yang mengubah dunia. Tulisan Shaharum di dalam Utusan menjadi ikutan aku sedikit masa dulu dan disebabkan tulisan yang memberikan ilmu, buku Kekasih ini aku hadap sekali lagi. Berkongsi tentang cerita2 seronok tentang penulis, buku, pengumpulan dan sejarah ilmu memang menjadi kegemaran aku. Bacalah seperti tulisan Shaharum, ia tidak pernah mengecewakan kita walaupun dalam duka dan suka.
Labels:
buku
Tuesday, March 8, 2011
4% je Bayar
Sudah diberi masa lebih 6 bulan. Diberi diskaun 50% dan boleh dibayar dimana2, tetapi menyedihkan apabila Datuk Wira Abu Seman mengumumkan hanya 700,000 saman atau 4% dibayar sehingga tempoh diberikan 28/02/2011. Dia mengatakan jika kesalahan2 yang dibuat adalah benar, sila datang untuk bayar. Sebagai seorang pengurus kewangan, wang untuk membayar selain dari makan, pakai, kenderaan bulanan, sewa dan anak2 maka saman jatuh nombor ke berapa? Komitmen mana yang perlu dibayar dulu. Kalau dulu di Bank, aku akan pastikan bank aku adalah yang pertama telefon atau yang pertama menjerkah pelanggan pada masa gaji diterima. Aku amat pakar untuk mengetahui bila gaji sesuatu syarikat itu dibayar. Walaupun hutang kami itu jatuh nombor 4 dalam susunan hutang pelanggan. Siapa yang ganggu dulu, siapa yang telefon dulu, siapa yang susah2 datang dulu maka akan dibayar oleh pelanggan. Saman ini adalah masalah ke 3 atau ke 4 dalam komitmen seseorang. Walaupun memang difikirkan tetapi keperluan lain lebih memerlukan.
Tablet
Nak berubah atau tidak. Kalau kita tak berubah masa akan merubah kita. Dan pada masa itu kita rasa kita terkebelakang dan tertinggal banyak benda. Bila iPad keluar dulu, rasa tak nak berubah tapi bila iPad 2 nak dilancarkan, hati nak berubah meluap2. Apple baru menunjukkan ciri2 canggih yang boleh melelehkan air liur orang yang suka gadget. Kamera depan dan belakang memberikan benda baru untuk menutup kelemahan iPad awal. iMovie didalam iPad2 ini semacam boleh memberikan kepandaian percuma untuk orang yang tidak tahu buat filem. mengikut Apple ia 2x lebih laju dari iPad awal. Mula akan dijual di UK dan US pada 11/03/2011 dan hanya selepas 25/03/2011 ia akan berada di serata dunia. Harga diantara RM1,600 - RM2,650. Bertukar sebelum masa merubah kita.
Labels:
Macam2
Subscribe to:
Posts (Atom)